CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12154|Reply: 180

[Jenayah] Setujukah Najib Lepas Daripada Jadi Banduan?

  [Copy link]
Post time 8-12-2021 10:50 AM | Show all posts |Read mode
Edited by ketipongtipah at 1-2-2024 12:01 AM

[LAPORAN LANGSUNG] MAHKAMAH Rayuan akan menyampaikan keputusannya pada Rabu berhubung rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Keputusan itu dijadualkan disampaikan melalui dalam talian pada jam 9 pagi, berikutan bekas Perdana Menteri itu dan peguam belanya merupakan kontak kasual kepada anak lelaki Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Muhammad Farhan, yang disahkan positif Covid-19.

Difahamkan pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram akan hadir dalam prosiding mahkamah terbuka itu.

Seramai 42 wartawan dari media tempatan dan asing telah diberi pas untuk mengikuti prosiding itu melalui pautan video di dewan persidangan dan 47 jurugambar dan jurukamera akan berada di lobi Istana Kehakiman untuk membuat liputan.

10.40am-Najib didapati kekal bersalah

10.18am-Hakim Abdul Karim berkata pemindahan RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd (SRC) ke dalam akaun bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak diklasifikasikan sebagai kepentingan negara.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil masih lagi membaca keputusan pada prosiding yang bermula jam 9.30 pagi.


9.35am-Panel Hakim baca keputusan

9.30am-Keputusan dijangka diketahui beberapa minit lagi

Prosiding keputusan rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta bagi kesalahan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Rayuan bermula.

Prosiding hari ini dilaksanakan melalui zoom yang menyaksikan hakim dan pasukan pendakwaan berada di Mahkamah Rayuan manakala Najib dan pasukan peguamnya berada di lokasi lain berikutan pendedahan bahawa bekas perdana menteri itu serta peguam bela menjadi kontak rapat dengan individu positif Covid-19.


https://www.sinarharian.com.my/article/176677/BERITA/Nasional/Najib-didapati-kekal-bersalah





























































Multiple Polls: ( Max 2 choices ), Total 68 Users voted

Count down: 621 Days17 Hours36 min.

Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2021 10:55 AM | Show all posts
Najib masih bersalah, kekal penjara

https://www.utusan.com.my/terkin ... alah-kekal-penjara/

Oleh SUWARNI MOKHTAR
8 Disember 2021, 10:44 am


NAJIB TUN RAZAK

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini sebentar tadi sebulat suara mengekalkan sabitan salah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. selepas menolak rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dan bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara memutuskan demikian selepas mendapati rayuan Ahli Parlimen Pekan itu tidak mempunyai merit.

Mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini atas alasan hukuman yang dikenakan adalah wajar dan bersesuaian.

Tujuh pertuduhan yang dikenakan terhadap Najib membabitkan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa melibatkan dana syarikat itu.

Dalam penghakiman yang dibacakan, mahkamah antara lain menyatakan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali adalah selamat dan tidak perlu diubah.

Peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sedang mengemukakan permohonan agar hukuman penjara dan denda tersebut ditangguhkan kerana mereka ingin mengemukakan rayuan. – UTUSAN ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2021 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah..kemengan utk rakyat

Welcomme to River Bamboo Inn Bossku!

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2021 03:05 PM | Show all posts
'Memalukan negara' - Hakim tolak penjelasan Najib untuk 'kepentingan negara'

https://www.malaysiakini.com/news/602224

Diterbitkan:  Dec 8, 2021 2:49 PM⋅
Dikemaskini: 2:49 PM



Mahkamah Rayuan tidak dapat menerima penjelasan Najib Razak bahawa semua tindakannya berkaitan SRC International Sdn Bhd adalah demi “kepentingan negara”.

Dalam penghakiman yang dibaca hari ini, panel hakim Mahkamah Rayuan menjelaskan yang Najib terlibat secara aktif dalam memastikan SRC International mendapat pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) pada 2011 dan 2012.

Najib ketika itu adalah menteri kewangan dan perdana menteri. Dia mendapatkan kelulusan kabinet untuk Kementerian Kewangan menjadi penjamin bagi pinjaman itu.

Mahkamah juga yakin Najib mempunyai kawalan penuh terhadap SRC International menerusi peranan perdana menteri sebagai penasihat emeritus terhadap syarikat itu, yang berperanan untuk membuat pelaburan dalam sektor tenaga dan sumber negara.

Sebaik SRC mendapat wang pinjaman itu, kata hakim, Najib menjadi “tidak ambil kisah” terhadap bagaimana ia digunakan dan mengarahkan menteri kewangan kedua ketika itu, Ahmad Husni Hanadzlah untuk tidak “mengambil tahu (keep off)” terhadap syarikat itu.

“Perlakuan perayu ini hanya menunjukkan satu perkara, iaitu sebaik saja dana diberi kepada SRC, di mana perayu ada kawalan penuh, dia bebas untuk menggunakannya untuk kepentingan peribadi.

“Ini ditunjukkan menerusi aliran RM42 juta daripada SRC ke akaun peribadinya. Ini bukan sesuatu yang boleh dikatakan sebagai dilakukan untuk kepentingan negara.

“Tiada kepentingan negara di sini, hanya memalukan negara,” kata hakim.

Panel hakim adalah Abdul Karim Abdul Jalil, Has Zanah Mehat, and Vazeer Alam Mydin Meera.

Mereka berkata “tidak munasabah” untuk kerajaan menjamin pinjaman terhadap syarikat berkaitan kerajaan yang tiada keupayaan untuk membuat bayaran balik mahupun membayar faedahnya.

“Pastinya untuk ada sejumlah syarikat yang tidak mampu membayar hutang (insolvent), dengan kerajaan terdedah sepenuhnya dengan hutang yang diambil syarikat-syarikat ini, bukan untuk kepentingan negara.

“Ia hanyalah pengurusan wang rakyat yang teruk,” kata mereka.

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang menyabitkan Najib untuk tujuh pertuduhan berkaitan aliran RM42 juta daripada SRC International ke akaun peribadinya.

Nazlan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kepada bekas perdana menteri itu.

Bagaimanapun Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Najib untuk menangguhkan hukuman sementara menunggu rayuan di peringkat Mahkamah Persekutuan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2021 03:09 PM | Show all posts
Kes Najib: Hukuman penjara 12 tahun, denda RM210 juta ditangguhkan

https://www.malaysiakini.com/news/602202

Diterbitkan:  Dec 8, 2021 11:55 AM⋅
Dikemaskini: 12:00 PM



Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap bekas perdana menteri Najib Razak sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Abdul Karim Abdul Jalil yang mengetuai panel tiga hakim membenarkan permohonan pihak pembelaan setelah mengekalkan hukuman yang dijatuhi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini.

Hakim berkata sabitan kes turut ditangguhkan sementara menunggu proses rayuan di mahkamah lebih tinggi.

Abdul Karim berkata, syarat penangguhan hukuman sama seperti diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi iaitu jaminan RM2 juta dengan dua penjamin, dan perlu melapor diri ke balai polis berhampiran dua kali sebulan.

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan sabitan bersalah Najib Razak dalam kes salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

Ketiga-tiga hakim juga sependapat untuk mengekalkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta terhadap bekas perdana menteri tersebut.

Panel tiga hakim juga sebulat suara menolak rayuan Najib untuk membatalkan keputusan terdahulu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Semasa prosiding secara hibrid pagi ini, wajah Najib kelihatan tenang ketika keputusan dibacakan Abdul Karim.

Dua lagi hakim yang mendengar permohonan tersebut ialah Vazeer Alam Mydin Meera dan Has Zanah Mehat.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2021 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
1st check it out
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2021 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Jib, don’t drop your soap
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2021 10:58 AM | Show all posts
penjilat tegar buah najib bersedih hari ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2021 10:59 AM | Show all posts
jadi memang benarlah, 1MDB, najib, jho low dan lain2 merompak duit rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2021 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Bye bye Jibby
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2021 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana rashiman, simunggu & the gang?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2021 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Pekan dh blh standby PRK dah
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2021 11:02 AM | Show all posts
hanya di malaysia rakyat melayu menyokong banduan...rakyat kita bertaraf sampah tul
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2021 11:03 AM | Show all posts
lepas ni bawak ke mahkamah persekutuan pulak, selagi boleh tangguh... solat hajat lagi la penyokong buta dia
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2021 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena refer Yang Mulia Sittah ada berapa minggu lagi tinggal sebelum bungkus baju
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2021 11:05 AM | Show all posts
bila najib nak dihantar ke sg buloh ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2021 11:06 AM | Show all posts
selagi tak nampak dia masuk penjara, selagi tu iols rasa semua ni wayang.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2021 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Pencacai tersohor 3 ketul penjilat najib dijembut masuk dan lakukan tarian bogel @kemaruk @Simunggu @rashiman  
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2021 11:11 AM | Show all posts
Mahkamah Persekutuan ‘talian hayat’ terakhir
Selepas hari terakhir perbicaraan yang penuh drama, esok bakal menjadi penentu nasib Najib sama ada kekal bersalah atau bakal dibebaskan

MOHD FAIZUL HAIKA MAT KHAZI
07 Disember 2021

Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan terhadap perbicaraan kes SRC Najib esok.

  
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih mempunyai satu lagi 'talian hayat' iaitu Mahkamah Persekutuan sekiranya Mahkamah Rayuan esok mengekalkan sabitan bersalah ke atas beliau dalam kes menyeleweng dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd (SRC).

Mahkamah Persekutuan juga boleh menjadi pilihan seterusnya untuk pasukan pendakwa raya jika Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan bersalah iaitu hukuman penjara 12 bulan serta denda RM210 juta yang dibuat Mahkmah Tinggi pada Julai tahun lalu.

Menurut Peguam kanan, Haniff Khatri Abdulla, dari segi perundangan jika Najib didapati bersalah untuk satu atau semua tuduhannya maka pelaksanaan hukuman bergantung kepada budi bicara Hakim Mahkamah Rayuan.

Haniff Khatri menjelaskan, Hakim Mahkamah Rayuan bebas membuat keputusan sama ada mengekalkan hukuman diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi, sebelum ini atau menaikkan atau mengurangkan jumlah tahun hukuman penjara berdasarkan budi bicara mereka.

"Kalau rayuan Najib ditolak sepenuhnya maka Mahkamah Rayuan akan putuskan sama ada hukuman dibuat oleh Mahkamah Tinggi akan dikekalkan atau diubah.

"Bagi denda pula jika didapati bersalah hakim boleh mengarahkan Najib membayar minimum lima kali ganda iaitu lebih kurang RM210 juta dari nilai asalnya RM42 juta.

"Kalau rayuan Najib dibenarkan terhadap beberapa pertuduhan, maka dia masih perlu menghadapi hukuman penjara dan denda berkaitan dengan pertuduhan yang dikekalkan ke atasnya.

"Bagaimanapun pada kebiasaannya dalam sistem perundangan jenayah, keputusan Mahkamah Rayuan berkaitan hukuman penjara akan digantung sehingga proses rayuan di Mahkamah Persekutuan selesai," katanya bagi menjawab proses perundangan yang mungkin perlu dilalui Najib dan pasukan pendakwa raya dalam kes berprofil tinggi itu pada Selasa.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2021 11:12 AM | Show all posts
Syukur, Alhamdulillah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2021 11:13 AM | Show all posts
mahkamah persekutuan next stop najib...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2021 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Najib masuk jail, i confirm akan undi bn next pru
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2021 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 8-12-2021 11:02 AM
hanya di malaysia rakyat melayu menyokong banduan...rakyat kita bertaraf sampah tul

Betul tu...geng2 PH sudah lama menyokong banduan dan mengangkatnya sebagai pemimpin mereka.

Najib nie..nk ke sg buloh ke...kena lah tunggu perbicaraan di mahkamah persekutuan pula kot...
Biarlah mahkamah persekutuan buat keputusanan pula sama ada nak mengekalkan keputusan mahkamah tinggi & rayuan atau beliau dibebaskan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.095775 second(s), 60 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list