CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2531|Reply: 19

Honda City Hatchback dilancarkan di Malaysia

[Copy link]
Post time 7-12-2021 05:23 PM | Show all posts |Read mode


Selepas diprebiu bulan lalu, hari ini Honda City Hatchback secara rasmi dilancarkan di Malaysia. Seperti yang sudah diketahui sebelum ini, City Hatchback merupakan pengganti kepada Honda Jazz GK di mana Malaysia bersama pasaran Asia Tenggara lain seperti Thailand dan Indonesia tidak akan menerima Honda Fit/Jazz generasi ke-empat seperti di Jepun dan Eropah.

Secara ringkasnya, model ini merupakan City sedan yang dihasilkan tanpa but belakang. Jadi varian City Hatchback yang ditawarkan di Malaysia ini adalah hampir sama dengan penawaran kembar sedannya – tiga varian dengan enjin petrol 1.5 liter, dan satu varian dengan unit penjana hibrid petrol-elektrik i-MMD.

Ia bermula dengan model asas 1.5 S dijual dengan harga RM75,670 , diikuti varian pertengahan 1.5 E berharga RM83,060, serta varian tertinggi 1.5 V pula berharga RM87,860. Menurut Honda Malaysia, penghantaran untuk pelanggan terawal yang telah menempah City ini akan dibuat pada Januari 2022. Apa yang berbeza, versi harchback ini masih belum ditawarkan dengan varian petrol 1.5 V Sensing seperti sedan.



Manakala versi hibrid, City Hatchback hadir dalam tahap kemasan paling sporty iaitu e:HEV RS – sama seperti RS sedan tempoh hari, ia akan mula dijual sedikit lambat iaitu bermula pada awal 2022, dan harganya juga akan diumumkan hampir kepada tarikh ia sampai ke bilik pameran.

Semua angka yang dinyatakan ini adalah harga atas jalan tanpa insuran, termasuk pengecualian cukai jualan oleh kerajaan sehingga 30 Jun 2022. Kesemua model menerima perlindungan waranti pengeluar selama lima tahun tanpa had perbatuan bersama lima servis dengan kos buruh percuma. Model e:HEV RS pula menerima waranti selama lapan-tahun untuk bateri lithium-ion sistem hibrid juga tanpa had perbatuan.

Seperti yang disebutkan tadi, City Hatchback ini dihasilkan dari kembar sedannya dengan hanya membuang but belakang, menjadikan ia 208 mm lebih pendek dengan ukuran panjang 4,345 mm (4,349 dengan bampar RS), dan 21 mm lebih tinggi (1,488 mm). Manakala untuk dimensi lain ia kekal sama dengan sedan iaitu 1,748 mm lebar dan jarak roda 2,589 mm.



Honda City Hatchback RS e:HEV yang hanya akan mula dijual bermula awal tahun hadapan

Berbanding model yang digantikannya iaitu Honda Jazz generasi GK sebelum ini, City Hatchback ini adalah lebih panjang dan lebar, tetapi lebih rendah. Ia juga menampilkan jarak roda 59 mm lebih panjang berbanding Jazz.

Ia juga berkongsi rekaan dalaman yang sama dengan model sedan termasuk papan pemuka, roda stereng dan juga tempat duduk hadapan. Namun City Hatchback ini turut menampilkan konfigurasi Ultra Seat yang sama seperti Jazz, menawarkan empat larasan tempat duduk fleksibel iaitu mod Refresh, Long, Tall dan Utility.

Untuk kesemua varian dengan enjin petrol penuh, ia dijana dengan enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC berkuasa 121 PS dan tork maksima 145 Nm, bagi menggantikan enjin SOHC i-VTEC pada Jazz GK sebelum ini. Namun ia masih dibekalkan dengan kotak gear CVT automatik bagi memacu roda hadapan.


Ruang enjin City Hatchback 1.5L V (kiri) dan RS e:HEV (kanan)

Manakala untuk City RS e:HEV, ia menerima unit rangkaian kuasa hibird i-MMD (intelligent-Multi Mode Drive) yang terdiri dari enjin 1.5 liter i-VTEC kitaran-Atkinson berkuasa 98 PS dan tork maksima 127Nm. Ia digandingkan dengan dua motor elektrik iaitu unit motor generator (MGU) yang bertindak sebagai motor penghidup dan pengecas semula bateri hibrid, bersama satu lagi motor utama yang digelar sebagai Traction Motor.

Tiada kotak gear konvensional diberikan pada sistem i-MMD ini kerana kebanyakkan masa termasuk semasa mula bergerak, tayar hadapan dipacu oleh Traction Motor berkenaan yang menyediakan 109 PS dan tork maksima 253 Nm bermula dari 0 rpm, manakala enjin petrol hanya bertugas untuk mengecas bateri lithium-ion.

Namun ia masih diberikan transmisi kelajuan tunggal yang membolehkan enjin petrol memacu roda hadapan ketika cruising. Macam mana sebenarnya sistem i-MMD ini berfungsi? Anda boleh ketahuinya dalam artikel pandu uji kami terhadap City RS e:HEV versi sedan pada PAUTAN INI.
  
Papan pemuka City Hatchback 1.5L V (kiri) dan RS e:HEV (kanan)

Kelengkapan setiap varian pada City Hatchback ini juga hampir sama seperti kelengkapan yang diberikan pada model sedan. Bagi model asas 1.5 S, ia menerima perincian standard termasuk lampu hadapan projektor halogen dengan lampu nyalaan siang LED, lampu belakang LED, rim aloi 15-inci kemasan perak, sistem masuk tanpa kunci bersama butang penghidup enjin, pendingin hawa manual, upholsteri fabrik, pemain audio biasa dengan hubungan Bluetooth serta empat pembesar suara.

Model pertengahan petrol 1.5 E pula ditambah dengan rim aloi kemasan dua tona, penghidup enjin kawalan jauh, sistem pendingin hawa automatik zon tunggal, pedal penukar gear, cruise control, sistem infotainmen dengan skrin sesentuh 8-inci bersama sokongan Apple Carplay dan Android Auto serta kamera undur.

Manakala model tertinggi dengan enjin petrol 1.5 V pula menerima tambahan perincian seperti lampu hadapan LED sepenuhnya bersama lampu kabus hadapan LED, rim aloi 16-inci kemasan dua tona, upholsteri kulit dengan serlahan jahitan dan paip berwarna putih, kemasan sentuhan lembut berwarna hitam pada papan pemuka serta sistem audio yang menampilkan lapan-pembesar suara.

Bagi model e:HEV RS, imej agresif pada varian ini diserlahkan menerusi gril hadapan dan cermin sisi dalam kemasan hitam berkilat, perumah lampu kabus dengan elemen bersirip, serta rim 16-inci dalam kemasan dua-tona. Bahagian kabin model RS ini turut diberikan upholsteri gabungan kulit dan sued, set pedal aloi, pelapik bumbung hitam, pencahayaan merah pada suis kawalan pendingin hawa, serta paparan meter separa digital dengan skrin instrumen tujuh-inci.

Serlahan jahitan benang merah turut diberikan pada roda stereng, papan pemuka, sarung tuil gear bagi memberikan imej lebih sporty pada kabin versi RS ini. Malah, tempat duduk City Hatchback RS ini juga diberikan sedikit fabrik berwarna merah pada setiap sisi tempat duduk hadapan, berbanding hitam sepenuhnya pada sedan RS.

Juga sama seperti sedan, hanya model RS diberikan brek parkir elektronik dan brek cakera pada roda belakang (tuil manual biasa dan brek dram pada roda belakang untuk model petrol). Walau bagaimanapun, hanya varian RS pada City Hatchback ini yang menerima liang pendingin hawa belakang. Pada model sedan, liang penghembus udara sejuk untuk penumpang belakang berkenaan diberikan pada setiap varian secara standard.



Bagi aspek keselamatan pula, City Hatchback pasaran Malaysia ini diberikan standard dengan empat beg udara dan juga sistem kestabilan kenderaan elektronik. Model tertinggi petrol 1.5 V menerima tambahan beg udara tirai (menjadikan enam secara keseluruhan) dan juga kamera titik buta Honda LaneWatch.

Manakala varian e:HEV RS, ia ditambah dengan pakej sistem bantuan pemanduan termaju Honda Sensing. Sistem tersebut memberikan fungsi seperti brek kecemasan automatik dengan pengesan pejalan kaki, penunggang basikal dan kenderaan arah bentetangan, cruise control adaptif, bantuan pengekal tengah lorong dan lampu tinggi automatik.

Model ini juga menerima servis Honda Connect yang memberikan fungsi seperti pengesan pelanggaran dan penggera automatik, amaran kelajuan dan geofencing, pengesan lokasi kereta dan juga panggilan kecemasan. Sistem ini juga boleh dihubungkan kepada aplikasi pada telefon pintar membolehkan pemilik memeriksa status kenderaan mereka, mengawal pelbagai fungsi dalam jarak jauh serta pengingat untuk servis seterusnya.

Untuk warna pula, lima rona badan ditawarkan termasuk dua warna baharu iaitu Ignite Red and Meteorite Grey Metallic. Tiga warna lagi adalah sama dengan versi sedan iaitu Platinum White, Crystal Black Pearl dan Lunar Silver Metallic. Sama seperti versi sedan, model Hatchback RS hanya ditawarkan dalam tiga warna iaitu merah, putih dan hitam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2021 05:54 PM | Show all posts
buruk. sekian terima kasih.

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2021 02:08 AM | Show all posts
ok lh...yaris 2dr lg lawa
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2021 01:46 PM | Show all posts
ok gak city, tp prefer jazz...tp mula rasa x smooth plk jazz aq. selama ni xde pulak ok je
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2021 10:07 PM | Show all posts
kakakyee replied at 15-12-2021 01:46 PM
ok gak city, tp prefer jazz...tp mula rasa x smooth plk jazz aq. selama ni xde pulak ok je

kena check pressure tayar, mungkin x balance. kadang tu sbb tak rasa smooth bila bawak tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 12:55 PM | Show all posts
x berapa ngam aa dgn modal dia..makin buruk honda
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2021 12:57 PM | Show all posts
kakakyee replied at 15-12-2021 01:46 PM
ok gak city, tp prefer jazz...tp mula rasa x smooth plk jazz aq. selama ni xde pulak ok je

check alignment, biasa sbb tu je
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 12:59 PM | Show all posts
angieen replied at 17-12-2021 10:07 PM
kena check pressure tayar, mungkin x balance. kadang tu sbb tak rasa smooth bila bawak tu

dh check, tayar xde masalah so far. tp suspek enjin la prob. aq pon pkai 2nd hand je ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2021 01:00 PM | Show all posts
luffyjr replied at 20-12-2021 12:57 PM
check alignment, biasa sbb tu je

alignment ok je...tp mmg kalau alignment x betul boleh jadi gk bwk kereta rasa berat smcm, mcm x berapa smooth aa. dulu cmtu tp dh adjust
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 01:14 PM | Show all posts
kakakyee replied at 20-12-2021 12:59 PM
dh check, tayar xde masalah so far. tp suspek enjin la prob. aq pon pkai 2nd hand je ni

mungkin filter clog
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 01:16 PM | Show all posts

lebih kurang je
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 01:35 PM | Show all posts
kakakyee replied at 20-12-2021 12:59 PM
dh check, tayar xde masalah so far. tp suspek enjin la prob. aq pon pkai 2nd hand je ni

kena pkai minyak yg sesuai dgn kereta, klau xnk cpt rosak... mcm SFS95 tu dia boleh lindungi enjin sbb ada triple action formula, utk elakkan pembentukan deposit dlm bwh tangki
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 01:49 PM | Show all posts
batkoo88 replied at 20-12-2021 01:35 PM
kena pkai minyak yg sesuai dgn kereta, klau xnk cpt rosak... mcm SFS95 tu dia boleh lindungi enjin ...

yg ni mmg klu pakai byk save doh, perasan jgk klu isi full tank around rm50, ulang alik hari2 dekat seminggu masih boleh tinggal 2 bar. kalau distance lebih kurang 30 - 40 mins la pi kerja
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 01:51 PM | Show all posts
chimumeow replied at 20-12-2021 01:49 PM
yg ni mmg klu pakai byk save doh, perasan jgk klu isi full tank around rm50, ulang alik hari2 deka ...

ha'ah dia save minyak skali. harga minyak x naik pon tp aku berkira skrg lagi2 sbb harga barang naik...end of yr lagi sakit nk bayar insurans kereta bagai
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 01:56 PM | Show all posts
Edited by batkoo88 at 20-12-2021 01:58 PM

btw klu pkai yg credit card RHB tu dpt 30% rebate. jadi lagi untung la , pkai bonus link pulak dpt 4X points
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 03:03 PM | Show all posts
Edited by powerranger111 at 20-12-2021 03:25 PM
batkoo88 replied at 20-12-2021 01:51 PM
ha'ah dia save minyak skali. harga minyak x naik pon tp aku berkira skrg lagi2 sbb harga barang na ...

skrg mmg smua benda mahal. kena pkai minyak yg berkualiti jgk sbb klau x engine dlm sume cpt rosak, kita jugak merana nk kena bayar utk repair
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2021 03:07 PM | Show all posts
batkoo88 replied at 20-12-2021 01:35 PM
kena pkai minyak yg sesuai dgn kereta, klau xnk cpt rosak... mcm SFS95 tu dia boleh lindungi enjin ...

ooo shell eh...ok nnti nk try pkai shell pulak. xberapa expert sgt bab minyak ni, kalau boleh save lebih lagi bagus. lagi2 hujung bulan makin pokai
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 03:12 PM | Show all posts
kakakyee replied at 20-12-2021 03:07 PM
ooo shell eh...ok nnti nk try pkai shell pulak. xberapa expert sgt bab minyak ni, kalau boleh save ...

mmg saving sbb dh compared dh dgn minyak lain ... pastu dia sesuai utk semua jenis enjin. mmg dari dulu first belajar naik kereta smpai skrg pakai shell je, walaupun dh try yg lain tp mmg paling ngam dgn shell
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau wheel alignment kete honda berbaloi tak buat kat authorised service centre honda? Ke buat kat kedai tayar mana2 pun ok?
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2021 12:36 PM | Show all posts
Truefeelings replied at 20-12-2021 05:18 PM
Kalau wheel alignment kete honda berbaloi tak buat kat authorised service centre honda? Ke buat kat  ...

pergi kedai biasa je pun dh ok, kalau honda authorised centre mesti diorang overcharge
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:25 PM GMT+8 , Processed in 0.085330 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list