"Jika ditanya apakah saya sanggup melakonkan, jawapannya ya."
Alicia Amin yang sering berpenampilan seksi mengakui tidak kisah membawa adegan ranjang dan sensual.
Kredit foto: IG
"Tidak dinafikan, saya pernah menerima tawaran melakonkan babak ranjang dan panas. Saya tidak kisah menerimanya.
"Cuma, saya ingin tahu, apakah babak panas diperlukan dalam cerita ataupun sekadar suka-suka. Jika perlu, saya kena menilai dahulu, adakah jika babak itu tiada boleh menjejaskan jalan cerita mahu emosi pelakon.
Kredit foto: IG
"Jika babak ini sangat diperlukan disebabkan faktor disebutkan, saya tak kisah untuk melakukannya. Lagipun, watak itu bukanlah saya, tetapi karakter dalam naskhah," jelasnya.
Alicia berkata demikian apabila diajukan soalan oleh wartawan Berita Harian sama ada pernah ditawarkan melakonkan adegan ranjang dan 'sensual' hanya kerana keberaniannya menggayakan pakaian seksi
Kredit foto: IG
Bagaimanapun, Alicia mempersoalkan semula sama ada babak keterlaluan boleh bolos Lembaga Penapis Filem (LPF).
"Ada pengarah sengaja mahu membuat adegan panas, tetapi tak buat pun," katanya.
Kredit foto: IG
Boleh gegar Malaysia kalau Alicia Amin melakonkan babak ranjang! - CARI |