CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 180|Reply: 1

[Kedah] Usia 14 tahun sudah terjebak jadi Geng Man Muncung

[Copy link]
Post time 6-12-2021 03:16 PM | Show all posts |Read mode
Kubang Pasu: Usianya baru mencecah 14 tahun tetapi sudah berani terjebak dengan Geng Man Muncung yang terbabit melakukan beberapa kegiatan pecah kedai di daerah ini.

Remaja lelaki yang masih bersekolah itu akhirnya dicekup polis bersama tiga individu lagi termasuk dalang geng itu, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, kesemua mereka yang berusia 14 hingga 33 tahun itu ditahan selepas pihaknya menerima laporan berkaitan kes pecah kedai di Ayer Hitam di daerah ini pada awal pagi hari sama.

Beliau berkata, mereka ditahan di dua lokasi berasingan iaitu di hadapan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar dan di Taman Pulasan, di daerah ini antara jam 8.45 malam hingga 10.30 malam Khamis lalu.

Katanya, modus operandi yang dilakukan kumpulan itu adalah dengan menyewa kereta untuk melakukan kegiatan pecah kedai dan bergerak pada sekitar waktu malam dan awal pagi.

"Mereka akan mencabut fius elektrik di luar kedai bagi mengelak perbuatan mereka dirakam kamera rakaman litar tertutup (CCTV) selain turut menyebabkan bekalan elektrik terputus sebelum masuk ke dalam kedai melalui pintu atau tingkap yang diumpil.

"Sasaran mereka hanyalah kedai runcit di kawasan kampung dan mereka akan mencuri barangan asas keperluan harian seperti bungkusan minuman bercoklat, roti, alat pencukur serta pemetik api," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kubang Pasu, Asisten Superintendan Mohd Shuhaimi Joohari.

Rodzi berkata, dalam kes terbaru di Ayer Hitam itu, kumpulan terbabit turut melarikan wang tunai berjumlah RM4,250, alat pencukur serta pemetik api.


SUPERINTENDAN Rodzi Abu Hassan (dua dari kanan) menunjukkan peralatan yang dirampas selepas menahan empat suspek yang terbabit dalam kegiatan pecah kedai di daerah Kubang Pasu. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI

Katanya, ketika tangkapan dilakukan, pihaknya turut merampas sepasang sarung tangan, lima telefon bimbit pelbagai jenama dan sebuah kereta Perodua Myvi kelabu yang dipercayai disewa untuk melakukan kegiatan itu.

"Pemeriksaan di rumah salah seorang tangkapan juga turut menemui sebarang besi kuku kambing, satu pemotong besi dan pemutar skru yang dipercayai digunakan untuk jenayah pecah kedai itu.

"Turut dirampas, sejumlah pemetik api dan pisau cukur yang dipercayai hasil curi di kedai yang dipecah masuk itu.

"Remaja itu tidak memiliki rekod jenayah sebelum ini manakala tiga daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah, pecah rumah dan curi kenderaan," katanya.

Rodzi berkata, siasatan juga mendapati, dalang utama geng itu yang berusia 33 tahun itu pernah terbabit dalam kegiatan pecah masuk sebuah syarikat kurier di Alor Setar, beberapa bulan lalu.

Katanya, hasil siasatan mendapati, kumpulan ini dipercayai melakukan 10 kes jenayah pecah kedai di daerah Kubang Pasu sejak Ogos hingga November lalu.

"Kesemua suspek yang ditahan dan direman lima hari bermula semalam sehingga Khamis ini untuk membantu siasatan bagi Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2021 03:31 PM | Show all posts
hasil siasatan mendapati, kumpulan ini dipercayai melakukan 10 kes jenayah pecah kedai di daerah Kubang Pasu sejak Ogos hingga November lalu.


ye ye ttp semua kes...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Forum Hot Topic



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

18-5-2022 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.696297 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list