View: 1327|Reply: 10
|
Rumah Dipecah Masuk Tularkan Di Media Sosial, Bukan Nak Lapor Polis
[Copy link]
|
|
Kuala Terengganu– Polis Terengganu menegur sikap seorang lelaki yang memuat naik status rumahnya dipecah masuk di media sosial tetapi tidak membuat laporan rasmi berhubung kes jenayah itu kepada pihak berkuasa.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd. Marzukhi Mohd. Mokhtar berkata, tambah dikesalkan, dakwaan lelaki kononnya tujuh lagi kediaman kawasan perumahannya di Kampung Bukit Besar di sini turut dipecah masuk didapati tidak benar.
Beliau berkata, hasil semakan pihaknya, tiada sebarang kes pecah rumah pernah dilaporkan di Kampung Bukit Besar dalam tempoh tiga bulan kebelakangan.
“Pengadu juga tidak pernah membuat laporan berhubung rumahnya dipecah masuk kepada pihak polis.
“Dia hanya membuat laporan rasmi selepas dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung status Facebook yang dimuat naiknya pada 3 Disember lalu,” katanya di sini hari ini.
Mohd. Marzukhi berkata, kenyataan yang dimuat naik lelaki tersebut telah menimbulkan keresahan dan kegusaran dalam kalangan penduduk Kampung Bukit Besar.
Sebelum ini, lelaki berkenaan yang juga seorang peniaga telah memuat naik status mendakwa rumahnya telah dipecah masuk menyebabkan dia kehilangan barangan kemas yang dianggarkan bernilai RM5,000.
Begitupun, status yang dimuat naik oleh lelaki tersebut pada Jumaat lalu itu didapati telah dipadam tidak lama kemudian. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Orang bodoh makin bertambah ramai |
|
|
|
|
|
|
|
Melayu takut dengan Polis Dan Mahkamah...dapat surat mahkamah pun dah terkencing sebab miskin x mampu bayar loan Dan saman sivil |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti lelaki tu pikir. Lapor polis pun bukan polis dpt carik pun. Jadi dia lapor kat media sosial |
|
|
|
|
|
|
|
lol
viral dulu baru report ye bang
|
|
|
|
|
|
|
|
Teringat pulak tokti tanya netizen kat ig.
|
|
|
|
|
|
|
|
Report kat FB. |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 6-12-2021 05:09 PM
Report kat FB.
FB lagi berkesan dari FBI.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia upload kat fb lebih efektif.....
Cepat je polis panggil dia.... |
|
|
|
|
|
|
|
Jenis gila perhatian pasti itu tindakan pertamanya kedua baru report polis |
|
|
|
|
|
|
| |
|