CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 225|Reply: 0

[Kedah] KPDNHEP keluarkan kompaun RM17,000 daripada 58 kes Op Menu

[Copy link]
Post time 5-12-2021 03:48 PM | Show all posts |Read mode
Jitra: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluarkan kompaun RM17,000 daripada 58 kes ke atas peniaga dalam Op Menu yang dijalankan di seluruh negara setakat ini.

Op Menu yang bermula sejak 6 November lalu sehingga 31 Disember ini mensasarkan peletakan tanda harga yang jelas dan penggunaan alat timbang yang masih dalam tempoh penentusahan.

Timbalan Pengarah Penguatkuasa (Operasi) KPDNHEP Putrajaya, Shamsul Nizam Khalil berkata, antara kesalahan yang dilakukan ialah tidak meletakkan tanda harga, menggunakan alat timbang yang tidak ditentusahkan atau tamat tempoh serta harga yang mengelirukan.


Shamsul Nizam (dua dari kiri) melakukan pemeriksaan harga sayur-sayuran di Pasar Awam Jitra untuk memastikan harga sayuran tidak naik mendadak. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI

Beliau berkata, daripada 58 kes itu, Sabah antara negeri yang merekodkan kes tertinggi diikuti Terengganu, Perak, Johor, Selangor, Melaka dan Sarawak.

"Setakat ini pihak KPDNHEP sudah melakukan pemeriksaan sebanyak 4,619 premis di seluruh negara dalam Op Menu ini.

"Kita turut menerima 50 aduan daripada pengguna berkaitan harga makanan dan bahan mentah di negara ini dan seramai 2,200 pegawai KPDNHEP di seluruh negara digerakkan untuk melakukan pemeriksaan Op Menu dan Op Pasar.

"Kita mempunyai lebih 1,000 pegawai pemantau harga untuk melakukan kutipan harga di pasar raya, kedai runcit, pasar awam dan sebagainya manakala tugas penguat kuasa pula mengeluarkan kompaun," katanya.

Dalam pada itu, Shamsul Nizam berkata, pemeriksaan Op Pasar turut dilakukan di 1,500 lokasi di seluruh negara ini dan sebanyak 480 barangan direkodkan harga untuk mengenal pasti sama ada berlaku kenaikan atau sebagainya.

Beliau berkata, sekiranya berlaku kenaikan terhadap barangan terbabit, pihaknya akan menyiasat apa sebabnya dan faktor berlakunya kenaikan harga terbabit.

"Setakat ini di Kedah, terdapat dua kes yang dikesan tidak meletakkan tanda harga bagi Op Menu.

"KPDNHEP akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) bermula Selasa ini sehingga 31 Disember ini sebagai langkah untuk menstabilkan harga barangan keperluan pada masa ini, di samping memastikan kenderaan bekalan di pasaran.

"Selepas 7 Disember ini, sekiranya masih ada peniaga yang menaikkan harga barangan dan melakukan kesalahan dengan tidak meletakkan tanda harga, harga yang mengelirukan serta kesalahan alat timbang, tindakan kompaun akan diambil serta-merta," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan pemeriksaan harga sayur-sayuran dan barangan bahan mentah di Pasar Awam Jitra, di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri (Operasi), Md Nasir Mohamad dan Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Kubang Pasu, K Muniandy.

Sementara itu, Shamsul Nizam berkata, pihaknya bukan saja melakukan pemantauan terhadap harga semasa di peringkat pemborong, pengeluar, pengedar dan peruncit peniaga malah pemborong dan pengeluar bagi memastikan tidak berlaku kenaikan mendadak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-6-2022 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.220344 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list