CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1246|Reply: 13

CAPRICE nak masuk PARLIMEN nak UBAH MALAYSIA?

[Copy link]
Post time 5-12-2021 10:51 AM | Show all posts |Read mode


Daddycap nak masuk Parlimen, ubah dari dalam

“SIBUK dengan keluarga sekarang. Tanggungjawab sekarang dah lain sebab saya ada anak, dia berusia lima tahun.

“Banyak beza sebab dah ada isteri tetapi saya sangat suka dengan transisi kehidupan saya sekarang,” kata Caprice yang kini ingin dikenali dengan nama pentas baharu, Daddycap.

Tidak mahu lagi disapa dengan gelaran nama Caprice, lelaki berusia 33 tahun itu berkata, dia sedang dalam fasa menyesuaikan diri.

Pendek kata, masih dalam fasa untuk cuba ‘bergaul mesra’ dengan status sebagai seorang suami dan juga ayah.

“Saya dah kenal Elis (isteri) kurang setahun. Jadi, kami memang sudah ada keserasian. Tanggungjawab memang lagi besar, saya kena pastikan isteri dan anak okey.

“Saya perlu memastikan anak membesar menjadi manusia yang berguna. Saya bukan hanya fikir tentang diri sendiri tapi pasal dua orang lain yang amat bermakna dalam hidup. Saya sedang menyesuaikan diri dengan benda-benda baharu tersebut,” tuturnya yang mesra dibahasakan sebagai Cap.

Aleesya penghubung

Diajak berbicara tentang bibit-bibit perkenalan dengan permaisuri hatinya, Elis, Cap memaklumkan, mereka berkenalan melalui Instagram dan ternyata jodoh itu adalah rahsia Allah yang paling misteri.


MENJAWAB soal zuriat, baik Cap mahupun Elis, masing-masing bersyukur dengan kurniaan Aleesya dalam hidup mereka. Buat masa sekarang, mereka ingin memberi fokus soal perniagaan, Perfume Mafia dan keluarga kecil yang sedia ada.

“Kita kenal dalam Instagram. Saya ajak dia pergi makan tengah hari. Waktu itu, dia bawa bersama anaknya, Aleesya. Masa pertama kali jumpa anaknya di sebuah pusat beli-belah, kami terus serasi.

“Saya pun tak tahu bagaimana boleh serasi dengan mudah tapi Elis beritahu, anak dia memang jenis susah nak ‘click’ dengan orang. Entahlah, dengan saya senang jadinya. Sejak dari itu, kami jadi kawan baik.

“Sejujurnya, saya pun tak jangka akan berkahwin tapi selepas segala drama yang berlaku, ibu saya beri teguran. Dia cakap, hidup saya masih macam ‘roller coaster’ disebabkan ada satu benda yang saya masih buat.

“Banyak perkara jahat yang saya dah berhenti buat lama dulu tapi satu benda tak boleh tinggal adalah perempuan. Saya rasa semua orang tahu tentang itu. Orang cakap saya ‘bad boy’ dan geng buaya,” ceritanya.

Tutur pelantun lagu Lenglui itu lagi, perkara lain yang membulatkan keputusannya untuk berumah tangga adalah Aleesya sendiri.

Katanya, dia sendiri terkejut apabila kanak-kanak berusia lima tahun itu mempersoalkan sesuatu yang melebihi jangkauan pemikirannya.

“Dipendekkan cerita, masa tengah ‘lepak’, Aleesya tanya ‘mak dan daddy’ dah kahwin atau belum?

“Kanak-kanak usia sekecil itu tanya soalan sebegitu, saya macam terasa jugalah dan fikir terus nak halalkan hubungan kami. Pelik untuk kami ada hubungan yang belum halal selepas ditegur Aleesya,” katanya.

Penunggang agama pikat isteri

Melanjutkan bicara, Cap mendedahkan, sebelum bergelar suami kepada Elis, dia berdepan insiden yang membuatkan dirinya kian meluat dengan golongan agama yang bertopengkan nafsu demi kepentingan diri sendiri.

“Waktu itu, kami memang rancang nak kahwin dah. (Semasa persiapan itu) Elis ada beritahu saya, seorang kakitangan jabatan agama melakukan perkara tidak senonoh.

“Kakitangan itu ‘kacau’ Elis, tanya macam-macam soalan yang tidak sepatutnya menerusi WhatsApp secara peribadi.

“Kalau dia tahu bakal suami wanita yang diganggunya adalah saya, dia takkan buat semua itu. Saya cakap dengan Elis, saya nak pergi gegar pejabat dia. Tarik dia keluar, lempang dan bogelkan dia. Pasang kamera, biar dia tahu langit itu tinggi atau rendah,” dedahnya.


TIDAK letih dengan perjuangan membongkar individu didakwa bertopengkan agama, Daddycap memberitahu, dia akan terus ‘menekan’ demi ummah.

Getus Cap, dia sudah lelah dengan budaya pemikiran masyarakat bahawa orang agama bebas daripada melakukan sebarang dosa.

“Mereka rasa selamat dan ada lesen nak buat semua perkara. Mungkin Elis bukan mangsa pertama.

“Nasib baik Elis tenangkan saya. Kalau tak, perang baharu akan meletus. Dah satu negara akan benci saya,” katanya.

Politik, contohi Indonesia

Dalam ‘keghairahan’ melakukan banyak kerja termasuk aktiviti kemanusiaan, bidang seni, memberi motivasi kepada masyarakat termasuk yang muda-mudi, Cap memaklumkan, dia sememangnya memasang impian untuk menjadi seorang ahli politik suatu hari nanti.

“Ya, insya-Allah tapi bukan sekarang. Mungkin 2030. Apa yang kita lalui selama ini terutamanya berkenaan permasalahan korupsi, misi kemanusiaan di Gaza, Palestin dan sebagainya, saya dah lihat banyak perkara tak munasabah.

“Kalau saya berhenti sekarang, memang tidak akan pergi ke mana-mana. Kalau saya ada peluang masuk Parlimen Malaysia, bentang isu macam-macam, insya-Allah apa yang dibentangkan akan beri kesan kepada orang ramai terutama yang muda.

“Sejujurnya, saya buat semua ini untuk generasi muda negara ini. Untuk waris kita yang akan datang.


CAPRICE yang kini ingin dikenali sebagai Daddycap atau Ariz memberitahu, dia memang memasang impian untuk bergelar seorang ahli politik.

“Saya ada anak usia lima tahun dan saya nak pastikan dia membesar di tanah Malaysia yang lebih baik.

“Cara terbaik untuk menggerakkan negara ke hadapan adalah dengan melibatkan diri dalam politik, masuk Parlimen dan mula buat perubahan di dalamnya,” katanya.

Pada hematnya, adalah menjadi satu kerugian buat negara andai terus membiarkan orang-orang yang tidak layak duduk di Parlimen.

Hal ini kerana, apa yang mereka buat hanyalah berpolitik dan fikir tentang periuk nasi sendiri.

“Tengok Indonesia yang sekarang dah jadi antara kuasa ekonomi terbesar dunia.

“Mereka letak orang muda iaitu pengasas Gojek, Nadiem Makarim sebagai Menteri Pendidikan. Ada juga situasi menarik lain berlaku di sana.

“Dah sampai masa Malaysia ‘pasang’ orang dalam Parlimen yang mempunyai visi untuk rakyat.

“Orang yang kononnya paling mulia, pakai baju cantik-cantik tapi masih buat tahi sini sana, di mana logik semua itu,” ujar Caprice bernada tegas sebelum menggulung perbualan.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/12 ... en-ubah-dari-dalam/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2021 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mojarean_X at 5-12-2021 11:49 AM

Ko try masuk DUN dululah caprice. Mula sikit2 dari bawah baru longevity dlm politik lama. Dira Abu Zahar lama join politik baru dpt bertanding DUN. Lg dia dh lama jd puteri umno dan aktif di peringkat akar umbi siap terpilih jd ahli majlis tertinggi umno lg. Ko pula feeling2 entitle nk terus masuk parlimen. Plus ko nk bertanding parti apa dan kawasan mana? Jgn ko bertanding kawasan luar bandar sudahlah. Ko kan fefeeling urban...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni kalau masuk sekadar nak jadi lalang je dalam politik untuk teruskan kelangsungan hidup jah macam bisnes2 yang heols mencapub sebelum ni termasuk kengkonon nak bagi education, tapi semuanya terkambuihhh tak payah lah masuk politik kalau takde rasa nak bantu rakyat melainkan sekadar nak tolong diri sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya auloh rengserknya.
Daddycap pulak si topi nasik ni.
Ko sapa wey nak masuk parlimen stakat pakcik bawang instagram. Sembang babi terbang.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 03:28 PM | Show all posts
gigih bc crita paparich nie eh papadom ehhhh silap...tp lantak ko lah...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Poyonya semua stetmen dia. Kemain nk bogelkan orang. Elok benar fikiran gitu? Mentaliti pemimpin? Nk masuk politik sbb nk habuan duit la. Eh ko acah2 badboy sbb kat insta ramai pompan konon suka ko. Hakikatnya irl ada ke pompan nak kat ko? LOLLLL
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2021 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
"Dah sampai masa Malaysia ‘pasang’ orang dalam Parlimen yang mempunyai visi untuk rakyat."

And you, Ariz have NONE.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 5-12-2021 12:34 PM
Dia ni kalau masuk sekadar nak jadi lalang je dalam politik untuk teruskan kelangsungan hidup jah  ...

Ekzekli! Segala benda dia nak tunggang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2021 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Mabuk ketum betul anak ramli sekor nih
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 09:32 PM | Show all posts
diamla ko playboy tuwe..

ko sendiri pon pilih isteri ntah ape2 seksi semata..ada hati nk ubah msia..ubah bini ko tu dulu..lg satu xpyh nk sembang sgtla..mcm byk jasa walhal just jual produk ko je sbnrnyaaa..bkn sbb islam pon
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 09:43 PM | Show all posts
hahaha....besarnya cita cita...kisah ebit senyap saja.....dulu beria ia nak buktikan
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
dia masuk parlimen ke tak x de beza pun.. dlm parlimen tetap penuh dgn org bodoh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2021 10:38 AM | Show all posts
kitmal replied at 5-12-2021 09:43 PM
hahaha....besarnya cita cita...kisah ebit senyap saja.....dulu beria ia nak buktikan

makan taik punya olang mmg cm ni la
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2021 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Bininya tu semacam gila glemer jugak.


Hati hitam iols berkata.. Tah2 elis tu suruh anaknya tanya cap dorang dah kawin belum supaya cap cepat2 ambik jadi bini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.063950 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list