CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3572|Reply: 49

[Tempatan] Budak lima tahun maut didera sejak Jun lalu. #2, Ibu kandung, bapa angkat terjahat. #4, Kedua-dua suspek pernah dijel 6 bulan kerana dera kakak si mati.

  [Copy link]
Post time 5-12-2021 10:35 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 5-12-2021 02:47 AM

Budak lima tahun maut didera sejak Jun lalu

https://www.utusan.com.my/terkin ... era-sejak-jun-lalu/

Oleh NURAINA HANIS ABD. HALIM dan MOHAMAD FAIZAL HASHIM
5 Disember 2021, 9:45 am


SITI ZAILAH MOHD YUSOFF

PETALING JAYA: Lima bulan terakhir hidup seorang kanak-kanak berusia lima tahun seperti dalam neraka dan penderitaan itu berakhir semalam apabila dia meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital selepas menjadi mangsa penderaan di Taman Nusa Bistari, Iskandar Puteri di Johor semalam.

Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu dipercayai dilakukan ibunya sendiri yang berusia 35 tahun bersama teman lelakinya berusia 32 tahun di rumah mereka sejak Jun lalu.

Kejadian yang menimpa kanak-kanak itu adalah kes terbaharu membabitkan kanak-kanak di negara ini. Sebanyak 472 kes direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung keganasan terhadap kanak-kanak sejak Januari hingga September lalu.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Timbalan Menteri Pembangunan Wani­ta, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff memberitahu, beliau sangat sedih dengan kejadian penderaan itu yang tidak sepatutnya berlaku.

Menurutnya, ibu bapa perlu bertanggungjawab dan memberi perlindungan terhadap keselamatan anak-anak selain menggesa masyarakat bertindak segera jika ada elemen penderaan terhadap orang terdekat.

“Sekiranya ada jiran atau ahli keluarga mengetahui atau mengesyaki berlaku kes dera sepatutnya mereka melaporkan kepada pihak berwajib.

“Di kementerian sendiri, kita ada talian kasih (15999) atau melalui aplikasi WhatsApp iaitu 019-2615999.

“Mereka juga boleh melaporkan di balai-balai polis terdekat,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Katanya, pelaku berdepan hukuman berat iaitu denda maksimum sehingga RM50,000 atau penjara atau kedua-duanya sekali, bergantung kepada kesa­lahan.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, polis Johor Bahru Selatan (JBS) menerima panggilan daripada petugas HSA mengenai kematian kanak-kanak itu kira-kira 12.20 tengah hari.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa tinggal bersama ibu kandungnya dan teman lelaki berusia 35 tahun serta seorang adik dan kakak.

“Forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor turut menjumpai getah paip di sinki dalam bilik air, batang kayu dan poly pipe di atas sofa serta kesan darah di rumah suspek.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kedua-duanya mempu­nyai rekod jenayah lampau yang sama iaitu kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan empat rekod mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-12-2021 10:41 AM | Show all posts
Ibu kandung, bapa angkat terjahat

https://www.kosmo.com.my/2021/12 ... pa-angkat-terjahat/

Oleh KOSMO!
5 Disember 2021, 10:20 am


Paip plastik yang dipercayai digunakan suspek untuk mendera mangsa ditemui di atas sofa di rumah sewa mereka di Taman Nusa Bestari, Iskandar Puteri kelmarin.

ISKANDAR PUTERI – Sungguh menyayat hati apabila seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menanggung kesakitan dan kesengsaraan selama lebih lima bulan apabila didera oleh ibunya sendiri dan bapa angkat di sebuah rumah di Taman Nusa Bes­tari di sini.

Penderitaan yang ditanggung kanak-kanak berusia lima tahun itu berakhir apabila mangsa ‘dijemput’ Ilahi ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru kelmarin.

Mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 12.20 tengah hari ketika dibawa ibunya yang berusia 32 tahun itu untuk mendapatkan rawatan kecemasan di hospital tersebut.

Difahamkan, ibu mangsa tidak mempunyai pekerjaan, manakala bapa angkat iaitu teman lelaki wanita terbabit pula merupakan seorang pemandu lori. Mereka juga dipercayai masih belum berkahwin.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, mangsa dipercayai mati akibat didera ibu kandung serta teman lelakinya yang berumur 35 tahun sejak Jun lalu di rumah sewa mereka di Taman Nusa Bestari di sini.


Paip plastik yang digunakan suspek yang diletakkan atas sofa di rumah berkenaan.

Menurutnya, kejadian itu terbongkar selepas pihak hospital menghubungi polis apabila mengesan terdapat kesan lebam pada anggota badan kanak-kanak tersebut selain kecederaan pada mulut mangsa dipercayai akibat didera.

“Berdasarkan laporan itu, pasukan penyiasat Unit Forensik Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor kemudian melakukan siasatan dan pemeriksaan di rumah suspek.

“Hasil pemeriksaan, pihak polis menemui getah paip di sinki di dalam bilik air, batang kayu dan paip plastik di atas sofa serta kesan darah di kediaman tersebut. Kesemua barang kes itu dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dzulkhairi memberitahu, ibu kandung mangsa telah ditahan di HSA, manakala kekasih wanita terbabit pula diberkas di tempat tinggal mereka di Taman Nusa Bestari di sini bagi membantu siasatan.


Kesan darah turut ditemui pasukan penyiasat Unit Forensik ketika pemeriksaan dijalankan.

Katanya, siasatan awal mendapati, kanak-kanak tersebut tinggal bersama ibu dan bapa angkatnya selain seorang kakak serta adiknya.

Kakak dan adik mangsa juga telah dihantar ke HSA untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sekiranya wujud unsur-unsur penderaan ke atas mereka.

“Kakak serta adik si mati masih lagi dalam pemeriksaan dan pengawasan pihak hospital.

“Bedah siasat ke atas mangsa akan dilakukan selepas keputusan ujian calitan Covid-19 kanak-kanak itu diperoleh,” katanya.

Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Selain itu, kes tersebut turut disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana mendera.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga mak kandung dan teman lelakinya di gantung sampai mampos
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2021 10:45 AM | Show all posts
Suspek pernah dijel 6 bulan kerana dera kakak si mati

https://www.kosmo.com.my/2021/12 ... dera-kakak-si-mati/
Oleh KOSMO!

5 Disember 2021, 10:25 am


Kesan darah turut ditemui pasukan penyiasat Unit Forensik ketika pemeriksaan dijalankan.

JOHOR BAHRU – Dua suspek yang dipercayai mendera seorang kanak-kanak berusia lima tahun sehingga meninggal dunia dalam kejadian di Iskandar Pu­teri kelmarin mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes dera dan penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, satu rekod melibatkan kes dera ke atas seorang anak perempuan sulung wanita terbabit yang berusia lapan tahun iaitu kakak kepada kanak-kanak yang maut itu.

Menurutnya, kedua-dua suspek sudah pun dikenakan tindakan hukuman penjara selama enam bulan dan denda selepas mereka mengaku salah atas perbuatan itu tahun lalu.

“Mereka sudah pun dikenakan hukuman penjara dan denda oleh mahkamah selepas me­ngaku bersalah atas mengikut pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Kedua-dua suspek juga memiliki empat rekod jenayah berkaitan dadah di bawah Sek­syen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya semalam.

Dzulkhairi memberitahu, kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari bermula semalam untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.




Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
setannya mak kandung..kalau jnis xsuka bdk jgn beranak..ayah kandung mana..xkan xjenguk ank..kesiann..mcmana pernah dera si kakak blh lg iaga ank2..bodohnya undang sini
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
The fuck la weh.

Mana kebajikan masyarakat?
Mana masyarakat?

Sedara, atuk, nenek, jiran mana?

Dah Ada sabitan jenayah dera yg kebajikan tak amek anak2 Tu Babi apa sial?????
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2021 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Pihak berwajib pakai sistem apa utk melindungi kanak2 ?

Bila mati baru meratib hiba sedih, kecewa? That's the SOP?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Mengapa masih diberi hak penjagaan kepada suspek yang sudah memiliki rekod lampau?
Semoga si kecil ini tenang di syurga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2021 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah pernah kena jel sbb dera si kakak pun dibagi balik sambung jaga anak2 tu?!?!?!?!

Frust aku
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
awanearisu replied at 5-12-2021 11:58 AM
Mengapa masih diberi hak penjagaan kepada suspek yang sudah memiliki rekod lampau?
Semoga si kecil  ...

Itulah aku pelik..cmne lah pihak berwajib buat keje...dh terang2 ada kes
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Dr menteri bawak ke jkm makan gaji buta.. Negara kapir kalau ko ada rekod dera anak bagai, anak2 terus masuk dlm sistem bawah jagaan pusat kebajikan.. Ni menteri x abes2 rasa sedih bila ada kes camni.. Burit..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
selagi tak mati, selagi tu la sambil lewa.. menteri dengan timbalan makan gaji buta.. b*bi
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Eee b*b* ..baru je semalam I menyumpah mak syafiah humaira kat thread manatah..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada org yg mati selain pasal cobid keww sejak setahun dua tahun yg lalu?

Propaganda apa pulak ini?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by JunkMail at 5-12-2021 01:03 PM

Aku tak paham konsep undang undang macam ni. Dah pernah sabit kesalahan mendera anak, pastu izinkan dia bela balik budak yg didera termasuk adik beradik lain? Apa punya bodohhhhhhh?? Dah sabit kesalahan tu patut dah hilang kelayakan .. rampas je lah anak2 dia. Bodoh nokharommm apa punya law lah ni. Ini pun rakyat nak kena ajar ke?? Babi tonyok punya pemimpin lahabau bangang tongong. Gaji puluh ribu tapi bangang
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Xleh ke buat mcm child protective services (CPS) mcm kat US nun
Ko buat silap skit dgn ank, boleh terlepas terus hak jagaan
Ni dah ada history dera ank, aman2 je jaga ank2 lain, sampai meninggal akhirnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2021 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu pernah kena penjara sb dera anak, macam mana dia boleh jaga anak2 dia balik ye.? Kenapa JKM tak amik anak2 dia. Malang nasib kau dik..
Untuk mak and pakwe dia harapnya kali terus ke tali gantung . Jangan pulak lepas atas alasan takde niat..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
exclusive_vvip replied at 5-12-2021 12:47 PM
Eee b*b* ..baru je semalam I menyumpah mak syafiah humaira kat thread manatah..

Ni kes kena pijak dlu kan . Pakwe pihak smpi mati , ttp sayang pakwe. Laki kat penjara bini membirah smpi anak mati.
Ada 1 lagi kes yg budak kena campak  kat dinding dgn mak tiri. Mati jugak . Eh banyak la. Harapnya semua ke tali gantung. Jangan kasi can
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 01:38 PM | Show all posts
kasibiman replied at 5-12-2021 11:52 AM
The fuck la weh.

Mana kebajikan masyarakat?

Kannnnn?
Aje gampang la. Sebelum ni dah ada rekod buruk pun. Lepas kena jel tu kenapa masih tak de jabatan kebajikan ambik anak2 dia?
Kenapa la kat Mesia ni, kes mcm ni nak kena tunggu mangsa dera MATI baru nak bertindak betul2.

Kesian la budak2 kecik kena dera tanpa simpati ni.
Jilake la mak kandung yg sanggup buat anak sendiri mcm tu pastu bersekongkol lagi ngan boifren.

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 01:39 PM | Show all posts
JunkMail replied at 5-12-2021 01:02 PM
Aku tak paham konsep undang undang macam ni. Dah pernah sabit kesalahan mendera anak, pastu izinkan  ...

Konsep deme ni, biar anak2 tu mati baru bertindak.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.084098 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list