CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1479|Reply: 4

[Tempatan] ‘Tan Sri Muhyiddin nampaknya semakin keliru sejak tidak lagi jadi PM’

  [Copy link]
Post time 5-12-2021 10:29 AM | Show all posts |Read mode
‘Tan Sri Muhyiddin nampaknya semakin keliru sejak tidak lagi jadi PM’

https://www.utusan.com.my/terkin ... tidak-lagi-jadi-pm/

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI
5 Disember 2021, 10:11 am


MOHAMED KHALED NORDIN

JOHOR BAHRU: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menafikan kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa sistem parti politik dominan tidak lagi sesuai.

Mohamed Khaled sebaliknya berkata, dengan cara itu sahaja kerajaan dibentuk dapat fokus membangunkan negara dan bukan menyelamatkan kuasa yang hanya dapat dicapai apabila parti politik memenangi kerusi terbanyak sekali gus membentuk kerajaan majoriti.

“Tan Sri Muhyiddin nampaknya semakin keliru sejak tidak lagi menjadi Perdana Menteri dan tewasnya PN di Melaka. Masakan boleh diterima hujah beliau bahawa sistem parti politik dominan tidak lagi sesuai. Ia berbahaya kata beliau kerana pemusatan kuasa adalah pada individu dan bukannya parti.

“Agaknya beliau lupa bahawa beliau tersingkir dari jawatan Perdana Menteri kerana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak dominan dalam kerajaan PN. Kerana parti beliau itu kecil lah maka kerajaan pimpinan beliau begitu mudah tersungkur,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah bekas Menteri Besar Johor itu, ketidakstabilan politik yang Malaysia alami selama 42 bulan lalu adalah kerana tiadanya parti terbesar dan dominan dalam membentuk kerajaan.

“Sehingga berlakunya tragedi puluhan ahli Parlimen lompat melompat parti demi memperdagangkan kedudukan mereka bagi membentuk kerajaan.
“Malaysia tidak pernah menyaksikan episod khianat mandat rakyat dalam magnitud sedemikian. Hanya sejak Bersatu menjadi kerajaan dalam Pakatan Harapan (PH) dan PN, budaya politik curang itu menjadi kelaziman.

“Atau juga beliau (Muhyiddin) tidak lagi boleh membezakan bahawa Malaysia ini adalah sebuah demokrasi ala Westminster. Maknanya hanya parti terbesar dan terkuat dijemput untuk membentuk kerajaan,” katanya.

Mohamed Khaled berkata, pergerakan politik kepartian di seluruh dunia bertungkus-lumus untuk memenangi pilihan raya dengan kerusi terbanyak.

“Kita ingin melihat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, berapa banyak kerusi yang akan Bersatu tandingi. Dalam PRU-13, mereka menang hanya 13 kerusi sahaja tetapi pemimpin mereka menjadi Perdana Menteri. Mungkin kerana itu, Bersatu selesa untuk hanya menjadi parti kecil tetapi memerlukan nyawa dari UMNO.

“Insya-Allah dalam PRU akan datang, UMNO akan menjadi parti dominan dan mengembalikan demokrasi ala Westminster yang sebenarnya kepada Malaysia,” katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2021 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahayayudin tu PM yg.pandai baca doa. Itu satu aset tak ternilai negara
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2021 01:50 PM | Show all posts
Pencapaian Mahiaddin selama menjadi PM cumalah buat perutusan PKP. Memang bala bagi sesiapa yang jadi PM tahun lepas. Angkat sumpah 1/3/2020. PKP satu negara start 18/3/2020.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2021 02:27 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2021 02:35 PM | Show all posts
Muhyidin sembab ni kena hina berkali2 dgan umngok pon masih xnak tarik sokongan. Mmg layak la dijatuhkan dan jadi PM paling sekejap abad ini. Kahkahkah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.060813 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list