CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 748|Reply: 0

[Tempatan] Muafakat Nasional tidak ditubuh untuk disertai Bersatu

  [Copy link]
Post time 5-12-2021 10:27 AM | Show all posts |Read mode
Muafakat Nasional tidak ditubuh untuk disertai Bersatu

https://www.utusan.com.my/terkin ... k-disertai-bersatu/

Oleh BADRUL HAFIZAN MAT ISA
5 Disember 2021, 9:56 am


MOHAMAD HASAN

SEREMBAN: Kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa UMNO telah memungkiri piagam Muafakat Nasional (MN) adalah tersasar.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, UMNO tidak pernah memungkiri piagam tersebut malah tegas beliau, penubuhan MN bukanlah dengan matlamat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjadi sebahagian daripadanya.

Jelas beliau, salah satu sebab penubuhan MN adalah untuk menentang PH dan Bersatu pada ketika itu adalah sebahagian daripada gabungan tersebut.

“Memaksa UMNO menerima Bersatu adalah bercanggah dengan semangat sebenar MN itu diasaskan. Apalagi bila mengenangkan bagaimana Bersatu bersekongkol dengan DAP dalam menentang UMNO dan menumbangkan kerajaan pimpinan UMNO.

“Kedua, memang benar MN itu harus memayungi semua orang Melayu namun sesiapa juga yang ingin kita bawa masuk ke MN mestilah serasi dengan kepentingan UMNO dan Pas. Piagam MN pula mestilah ditafsirkan selari dengan realiti politik semasa UMNO dan Pas.

“Oleh itu UMNO tidak pernah mengajak PKR, Amanah, Putra ataupun Pejuang untuk menyertai MN walaupun mereka juga sebahagian daripada ummah yang berkepentingan. Jujurnya kerana UMNO tidak mahu menyinggung Pas,” kata Mohamad menerusi kenyataan hari ini.

Semalam, Abdul Hadi berkata, Pas menolak gagasan MN kerana UMNO tidak mengikut piagam dipersetujui ketika kerjasama dua parti itu dibentuk.

Menurut beliau, berdasarkan piagam MN, dua parti itu sedia menerima parti-parti lain termasuk Bersatu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Jelas Mohamad, Pas dan seluruh negara telah arif bahawa perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO memutuskan bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan Bersatu.

“UMNO terikat dengan pendirian ini, jadi amatlah munasabah untuk realiti ini difahami dan diterima, sebelum PAS mencadangkan keanggotaan baru dalam MN.

“Ketiga, piagam MN adalah persefahaman yang tidak mengikat, MN pula tidak kita daftarkan sebabnya kerana UMNO mahu orang Melayu melihatnya sebagai wadah untuk semua dan bukan instrumen politik UMNO dan Pas semata-mata.

“Jadi janganlah dek kerana UMNO tidak mahu menerima PPBM, MN itu Pas tinggalkan. Kepentingan orang Melayu dan Islam itu jauh lebih besar dari kepentingan Bersatu menyertai MN,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, beliau berharap Abdul Hadi akan terus bersama UMNO dalam meneroka pelbagai dimensi baharu dalam membangunkan bangsa Melayu.

“Janganlah kita melakukan sesuatu yang akhirnya akan menjauhkan lagi orang Melayu daripada MN.

“Semoga Tan Sri Presiden Pas akan terus bersama UMNO dalam meneroka pelbagai dimensi baharu dalam membangunkan keberdayaan bangsa Melayu, insya-Allah,” katanya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.085364 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list