CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1253|Reply: 19

[Tempatan] Anggaran 69% pekerja bekerja dari rumah (BDR aka WFH) mengadu burnout (letih yang melampau) - kerja pejabat, memasak, jaga anak2

  [Copy link]
Post time 5-12-2021 01:01 AM | Show all posts |Read mode
Mula-mula nikmat, bertukar azab, burnout banyak berlaku kepada yang bekerja dari rumah
December 2, 2021
Oleh Azma ML

MEMAKAI baju biasa sepanjang hari, bekerja di bilik tidur dan tidak perlu ke sana ke mari sangat menyeronokkan pada mulanya.

Namun selepas sekian lama hari berubah ke minggu, mingu berubah ke bulan dan bekerja dari rumah bertukar daripada nikmat kepada azab.

Kebanyakan daripada kita yang bekerja dari rumah semasa wabak Covid-19 mempunyai sempadan yang kabur antara rumah dan tempat kerja.

Faktor itu menjadikan kita lebih sukar untuk menyedari keadaan diri yang menuju ke tahap keletihan.
Menurut Pakar Psikiatri, UiTM Private Specialist Centre (UPSC), Dr Nor Jannah Nasution Raduan, dianggarkan 69% pekerja yang bekerja dari rumah mengalami sindrom burnout atau letih yang melampau.

Tidak menghairankan jika korang berasa keletihan yang melampau memandangkan berapa ramai daripada kita yang sibuk dengan jadual kerja yang padat, panggilan video, persekolahan anak-anak di rumah dan kerja rumah setiap hari.

Burnout secara teknikal bukanlah diagnosis itu sendiri, sebaliknya ia merujuk kepada himpunan simptom.

Jika korang mengalami keletihan atau sangat letih, koranbg akan mempunyai sedikit motivasi untuk bekerja, berasa marah atau cemas dan kemudian mengalami penurunan dalam prestasi kerja.

Segelintir daripadanya turut mengalami gejala fizikal seperti sakit kepala atau sakit perut atau masalah tidur.

Burnout lebih serius daripada tekanan kerja. Korang tidak boleh mengubatinya dengan mengambil cuti panjang, melambatkan atau mengurangkan tempoh bekerja.
Sebaik sahaja ia terjadi, korang seolah-olah kehabisan petrol, kesannya lebih daripada keletihan semata-mata.

PENCEGAHAN

Penyelesaiannya ialah pencegahan iaitu penjagaan diri dan keseimbangan kehidupan kerja yang baik untuk menghentikan keletihan sebelum melampaui hadnya.

Apabila ramai yang bekerja bekerja dari rumah, penyelidikan baharu menunjukkan bahawa risiko keletihan semakin meningkat.

Baca juga: Cabaran bekerja dari rumah banyak gangguan dan memberi tekanan. Ketahui tips untuk kekal produktif

APAKAH GEJALA BURNOUT?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengiktiraf burnout sebagai "fenomena pekerjaan" pada 2019, menunjukkan tanda dan gejala berikut:

- Kurang tenaga atau keletihan.

- Penurunan motivasi dari pekerjaan seseorang, atau menimbulkan perasaan negatif atau sinis yang berkaitan dengan pekerjaan.

-Mengurangkan keberkesanan profesional.

    Jika burnout dibiarkan tanpa bantuan maka produktiviti dan penglibatan korang di tempat kerja akan merudum. Semangat untuk memberi yang terbaik pada syarikat dan majikan juga akan terganggu.

TIP ATASI KELETIHAN / BURNOUT

Mengesan tanda amaran keletihan dan meluangkan masa untuk berehat dan bersantai boleh membantu korang mengelakkannya.

Berikan ruang untuk anda menghadirkan sepenuhnya perasaan. Tidak mengapa jika korang mengalami burnout, yang penting kamu menyedarinya.
Beri ruang untuk tidak menghukum diri atau berpandangan kritis pada diri sendiri. Korang juga adalah manusia biasa yang tidak terlepas dari tekanan dan kepenatan.

Seterusnya tanyalah pada diri, apakah makna disebalik pengorbanan yang korang lakukan selama ini.

    Apakah halatuju yang diingini? Sudah tentu ada kebaikan disebalik setiap pengorbanan tersebut namun keutamaan haruslah diberikan terhadap perkara yang penting dalam kehidupan korang.

Apabila rutin hidup dijalankan berdasarkan keutamaan tersebut, lantas ia akan seterusnya membawa makna dalam kehidupan. Pastinya setiap pengorbanan atau kesusahan itu ada maknanya yang tersendiri. Ini adalah waktu yang terbaik untuk anda berhubung dengan Tuhan dalam mencari kekuatan spiritual.

Pastikan korang mengambil cuti tahunan. Ramai daripada kita tidak mengambil cuti bekerja kerana pelbagai halangan tetapi cuti adalah penting walaupun anda hanya di rumah. Ia memberi anda peluang untuk berehat dan mengecas semula.

Dapatkan tidur yang mencukupi. Matikan paparan skrin peranti dan lakukan sesuatu untuk berehat sebelum tidur pada waktu malam. Jika kesihatan mental menyebabkan masalah tidur, korang perlu mendapatkan tips tidur yang sihat.

    Cuba selesaikan kerja pada masa yang sama setiap hari iaitu jam lima atau enam petang. Tanpa perjalanan ulang-alik ke tempat kerja, lebih mudah untuk bekerja sehingga lewat petang dan cuba menyelesaikan segala-galanya.

Sekali-sekala ok, tetapi cuba pastikan korang menyelesaikan kerja tepat pada masanya hampir setiap hari supaya mendapat waktu rehat yang mencukupi.

Jadualkan masa untuk aktiviti yang menyenangkan. Luangkan masa untuk berehat, beriadah, hobi dan menelefon dengan rakan dan keluarga.

Kadang kala mempunyai hobi yang tidak berkaitan dengan kerja benar-benar membantu.

Minta bantuan jika korang memerlukannya. Jika bergelut dengan keletihan mungkin korang perlu mengambil cuti kerja beberapa hari sehingga pulih. Berbincanglah dengan majikan atau pengurus tentang sebarang isu yang hadapi di tempat kerja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2021 01:48 AM From the mobile phone | Show all posts
paling nyampah psl cuti. dah dibagitau masa wfh tu ambiklah cuti.. skali opis dah bukak.. masih ramai x clear cuti.. yg x ambik block leave pun ada..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana ada, jiran2 bz main game main henpon tgk movie shopping masa wfh
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
bethol la..adik i on pc sampai mlm...dulu2 i tutup pc kul 4 ptg..lately ni i balik dr ofis sampai umah 8 mlm sheols still dk kerja lg..pastu ngadu stress
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh tau byk kerja yg dibayar gaji gigih nk masak jgk..pastu complain penat. Selama ni kerja di ofis waktu siang mmg makan kt luar jgk kan bagi yg bekerja laki bini. Tiber bila kena wfh gigih nk masak from breakfast until dinner
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 08:00 AM | Show all posts
yang kata penat memasak tu bukan pasal apa pun. dah la setiap kali makan nak masak makanan baru, tiap2 kali nak masak kena keluar pegi kedai beli bahan2. kalau sehari tiga kali memasak, tiga kali juga la at least nak start kereta keluar pegi kedai. dengan lupa bahan nya lagi. campur lak dengan perangai sorang nak makan itu, sorang lagi nak makan ini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2021 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku stress sebab malam2 pun call aku suruh buat kerja. Kononnya tu tanggungjawab aku. Walhal aku dah siapkan kerja pukul 5 yakni sejam awal sebelum habis kerja pukul 6 tu. Tiap hari aku siap awal. Lepas tu ahsoo ahsoo takde laki, duduk sorang, takde family rajin benar buat kerja malam2 sampai aku pun kena buat kerja dorang. Nampak sgt dorang suka buat kerja last minute! Sabtu aku cuti. Pernah sekali tu aku dah dekat atas highway nak ke Kuala Selangor. Boleh pulak call aku suruh buat kerja. Aku kata aku atas highway dah. Dia kata urgent. Aku terpaksa patah balik buat kerja dorang!
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
akak lg suka WFH sbb akak takde anak
so tak serabut la nak tetekkan anak la,nak PDPR la,nak basuh berak anak la bagai
bila WFH, akak lg produktif and lg boleh jaga badan sbb bleh workout in between meetings,bleh masak sendiri (no sugar no salt no oil)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2021 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Laaaa..baru tau ke.... Wfh mmg letih namatey. Sama je pergi dia minus journey to workplace.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 08:57 AM | Show all posts
Kurex replied at 5-12-2021 08:08 AM
Aku stress sebab malam2 pun call aku suruh buat kerja. Kononnya tu tanggungjawab aku. Walhal aku dah ...

paham perasaan uols... ye ah so ah so yang anak dah besaq2 belaja overseas and yg x kawen... sabtu ahad pun forward keje...
yg x tahan siap whatsapp kene buat itu ini... pernah i balik kg... kene juga open laptop sbb system punya hal...
kalau documentation idak le iols nak layan.. ckp sume kat pc kat rumah... memang burnout giller wehhh.. ade lak molot longkang yg kata hah! tulah awat beranak berderet cam tikus... nak je ku cili molot tu.. iols ade cuti 12.5 days lagi... bakal dpt 2 replacement leave lagi sbb keje sabtu ahad ni duty utk conference.. tapi bile le nak ambik.... apply cuti pun still ade yg kejor kita.. ni dah 5/12 wehhh ape ingat kita ni robot!!! robot pun bole breakdown... inikan lagi manusia
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
i memang letih sangat wfh.. stress dengan internet connection and frequent system down pun ye juga.. bila siang tak dapat siapkan kerja, malam kena sambung lagi.. boss pun bagi kerja berlambak², takut sangat staff curi tulang.. ofis entah bila nak buka
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 5-12-2021 08:08 AM
Aku stress sebab malam2 pun call aku suruh buat kerja. Kononnya tu tanggungjawab aku. Walhal aku dah ...

Rajinnya.. Klu iols.. I said NO.. Coz I
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
@Kurex boleh kasi tip camna nak log in tak de iklan.. Serabut ya iklan atas bawah
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 10:34 AM | Show all posts
cadarblogsot replied at 5-12-2021 10:13 AM
@Kurex boleh kasi tip camna nak log in tak de iklan.. Serabut ya iklan atas bawah

download app web browser nama Brave.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 10:56 AM | Show all posts
wfh ni penat.. malas nk ckp byk. kalau single, rileks sikit.

bos akan bg kerja yg lg banyak dari masa keja tanpa wfh. mcm x ada istilah 8 pagi - 5 ptg. mlm pun gohek wat keja tau!
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
edee_91 replied at 5-12-2021 10:34 AM
download app web browser nama Brave.

Terima kadih daun keladi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2021 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
bulan_gerhana replied at 5-12-2021 08:57 AM
paham perasaan uols... ye ah so ah so yang anak dah besaq2 belaja overseas and yg x kawen... sabtu ...

Kannnnnnnn

Iols ambik cuti pun siap suruh kerja, buat document, check email, back up kerja..
Dapat cuti (company bagi cuti utk sesiapa yg vaksin hari tu) pun siap call mintak check order. Dengan demam masa tu.
Sabtu pulak call tanya document. Tepuk dahi iols sebab kerja iols dah siap lama, dia baru nak buat kerja bila orang nak closing account.

Lepas tu tanya kenapa asyik cuti je. Dah cuti aku yg sebelum2 ni korang kacau, aku demam pun korang call tanya hal document, boleh korang tanya kenapa cuti banyak kali
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
cadarblogsot replied at 5-12-2021 10:13 AM
@Kurex boleh kasi tip camna nak log in tak de iklan.. Serabut ya iklan atas bawah

Guna opera.
Tips paling penting utk tak stress, buka porem kalau perlu jah. Baca artikel seperenggan, lepas tu keluar balik.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Skng ni diet xde sebuk nk mkn..so aman2 je..pepandai la nk manage kome2 oi
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2021 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tupai at 5-12-2021 12:32 PM

I baru blk klinik ambik ubat muscle relaxing & pain killer, leher & bahu sakit gile then now melarat ke lutut pulak doc diagnose sbb hadap laptop & duduk for long hour…die ckp normal for those yg wfh…die siap suggest to beli yoga ball utk balance kan body

Wfh mmg exhausted….cuti 3 hari ni i bantai tido je pdhal keje melambak x siap lg…mati la mak isnin ni….penat gile…masak mmg x la but i just make sure rumah i sentiasa kemas & bersih or else i serabut sbb tu la office tu la rumah…need to makesure dlm best condition for myself
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.073989 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list