CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2610|Reply: 4

Kia Carnival 2022 – CBU, diesel turbo 2.2 liter

[Copy link]
Post time 4-12-2021 12:44 PM | Show all posts |Read mode


Pengedar rasmi kenderaan Kia di Malaysia, Dinamikjaya Motors telah membuat pra tonton awal Carnival baru hari ini dan ia sekarang sudah dibuka untuk tempahan. Ini adalah model versi import sepenuhnya (CBU), sebelum versi CKD diperkenalkan Mei tahun hadapan, dan harganya cuma akan didedah waktu pelancaran nanti.

Hanya satu varian ditawarkan, iaitu 2.2D yang menggunakan enjin diesel turbo empat silinder 2.2 liter dengan padanan transmisi automatik lapan kelajuan, menghasilkan kuasa 202 PS pada 3,800 rpm dan 441 Nm tork pada 1,750 hingga 2,750 rpm.

Pada bahagian luar, rekaan Carnival baru ini diubah sepenuhnya, dengan kini tampil lebih moden dan mempunyai kemasan plastik hitam di bawah bampar serta skirt, skid plate dan juga rel bumbung. Pada bahagian hadapan, gril “Tiger Nose” yang digunakan kini lebih besar dan menyambungkan lampu hadapan yang menggunakan unit projector LED. Dalam keadaan asal, kenderaan ini datang dengan rim 18 inci



Model CBU yang dibawa ke Malaysia ini menggunakan tetapan 11 tempat duduk dan rekaan bahagian dalamnya juga diubah sepenuhnya dengan kini mempunyai konsol tengah tinggi, pemilih gear jenis tombol bulat serta skrin sesentuh 12.3 inci untuk sistem infotainmen, dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay. Panel meter menggunakan gabungan analog serta digital 4.2 inci.

Ruang di dalam juga bertambah luas kerana model baru ini lebih besar, dengan catatan panjang 5,155 mm (+40 mm), jarak roda 3,090 mm (+30 mm) dan lebar 1,995 mm (+10 mm). Bahagian belakang yang lebih panjang juga menjadikan ruang barangan lebih luas.

Kelengkapan lain yang diberikan terus adalah termasuk lampu kabus depan dan belakang, sistem tanpa kunci, butang pemula enjin, kawalan pendingin hawa tiga zon, tempat duduk hadapan larasan kuasa, balutan kulit tiruan Saddle Brown, pengecas Qi tanpa wayar, enam pembesar suara, sistem kamera 360 darjah serta pintu gelungsur dan pintu but bukaan kuasa.

  

Bagi aspek keselamatan, ia datang dengan enam beg udara, kawalan stabiliti, pemerhati titik buta dan amaran trafik melintas dari belakang. Walaubagaimanapun, model ini tidak diberikan sebarang sistem bantuan pemandu seperti Autonomous Emergency Braking atau Adaptive Cruise Control.

Di sebalik badannya, Carnival baru ini menggunakan sistem suspensi serba baru serta tahap bunyi yang ditambah baik, menjadikan perjalanan di dalamnya lebih selesa. Bukan setakat itu, maklum balas sistem stereng kuasa juga telah dilaras semula.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2022 10:26 AM | Show all posts
Menarik tapi harganya agak premium
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 04:57 PM | Show all posts
venom1 replied at 24-5-2022 10:26 AM
Menarik tapi harganya agak premium

brp eh price? 11 seater
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 07:16 AM | Show all posts
airisa replied at 13-6-2022 04:57 PM
brp eh price? 11 seater

Kalau tak silap RM199k termasuk insurans. Ya 11 seater.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 10:26 AM | Show all posts
venom1 replied at 14-6-2022 07:16 AM
Kalau tak silap RM199k termasuk insurans. Ya 11 seater.

wahh .. value buy la kalau nak banding dgn vellfire & alphard.

ni kira sama kategori dgn starex ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.057887 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list