CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 3785|Reply: 66

[Dunia] Orang ramai perlu divaksin setiap tahun-CEO Pfizer

  [Copy link]
Post time 2-12-2021 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
WASHINGTON – Orang ramai berkemungkinan besar memerlukan suntikan  vaksin Covid-19 secara tahunan selama bertahun-tahun pada masa akan datang, kata ketua firma farmaseutikal Pfizer kepada Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) hari ini,

Dr Albert Bourla berkata, beliau berpendapat suntikan berkala tersebut perlu untuk mengekalkan ‘perlindungan  tahap tinggi’ daripada jangkitan koronavirus.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pfizer itu bercakap kepada BBC sebelum kemunculan varian Omicron yang pertama kali dikenal pasti di Afrika Selatan dan juga menjelang pengumuman  London bahawa Britain telah menandatangani kontrak untuk membeli 54 juta dos tambahan vaksin Pfizer-BioNTech serta 60 juta dos Moderna pada tahun 2022 dan 2023.

Bourla berkata, Pfizer telah pun menghasilkan vaksin dinaik taraf  bagi menangani varian Beta yang juga pertama kali dikesan di Afrika Selatan dan Delta yang julung kalinya ditemui di India namun, kedua-dua vaksin itu tidak diperlukan.

Pfizer, katanya, kini berusaha untuk menghasilkan vaksin diperbaharui bagi menangani varian Omicron dengan dos tersebut dijangka siap dalam masa 100 hari.

Sementara itu, beberapa yayasan kesihatan global mendakwa bahawa Pfizer, BioNTech dan Moderna telah mengaut keuntungan daripada pandemik  dan ia adalah perbuatan tidak bermoral.

Pfizer menjana pendapatan sekurang-kurangnya AS$35 bilion (RM148 bilion) hasil daripada jualan vaksin pada tahun ini yang turut menyaksikan harga sahamnya melonjak tinggi

Bourla bagaimanapun menganggap isu syarikatnya mengaut keuntungan sebagai perkara biasa.

“Apa yang penting adalah berjuta-juta nyawa dapat diselamatkan,” katanya. – Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-12-2021 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
2 tahun meniaga untung 148b, kalau bertahun2 mau trillion....pakcik kayoooo
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2021 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
nanti ada la tu ratib pasal flu shot. yearly renewal yada yada yada

ada ke orang duk malaysia panas kedaung ni ko dgr amik flu shot?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2021 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
ellejo replied at 2-12-2021 10:49 PM
nanti ada la tu ratib pasal flu shot. yearly renewal yada yada yada

ada ke orang duk malaysia pana ...

Tu la pasal, kalau bencana tsunami, banjir, gempa bla, bla mangsa dapat bantuan mencurah2 org bagi derma, bantuan free2 jerr....tp bencana kobit ni lain mcm sket, yg jd mangsa plk jd MANGSA sbb nk dptkan bantuan kena kuar duit poket beli beksin
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2021 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan kata tiap2 tahun.. Kami mahu tiap2 bulan vaksin.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2021 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn wajibkn lh. Huhu. Booster ni pun hambar je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2021 11:03 PM | Show all posts
Herd immunity apa khabar?
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2021 11:07 PM | Show all posts
bukan 6 bulan sekali ke

kecewa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2021 11:17 PM | Show all posts
... “Apa yang penting adalah berjuta-juta nyawa dapat diselamatkan,” katanya. – Agensi

.
Waris2 di bawah boleh saman Pfizer dan CEO ini untuk pampasan US$1 juta senyawa, kerana vaksin Covid Pfizer tiada menyelamatkan nyawa mereka.? .......
.


.
= ada 3 orang yang sudah menerima dos penggalak Pfizer  hilang nyawa.

.


Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2021 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts

"Pfizer, katanya, kini berusaha untuk menghasilkan vaksin diperbaharui bagi menangani varian Omicron dengan dos tersebut dijangka siap dalam masa 100 hari."

Jadi, KJ kena beli vaksin lagi lah ye untuk omicron punya varian? Yang 88 juta dos nak tohok Mano?? Dahla booster shot ni tak dapat sambutan sangat.
Jelas kita hanya mengkayakan mereka sahaja. Takda herd immunity pun. 6 bulan lebur. Cocok lagi. Setiap kali varian baru, kena beli lagi. Ini gila.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2021 07:55 AM | Show all posts
kalau dah macam tu, kenapa kita tak buat vaksin sendiri. kita dahlah tak suka beli vaksin sebab kita rasa jelos orang lain dapat duit banyak, tapi kita tak mau pulak buat sendiri sedangkan ada kemampuan maka itu namanya masalah sendiri...

kalau dah kena beli setiap tahun dah masuk beban tu kena spend banyak, kena start dari sekarang, sebab akhirnya untuk jangka masa panjang ianya berbaloi... kena start dari sekarang sebab orang buat vaksin lama..

bukan dah ada ker ura-ura buat vaksin tu, mana tahu vaksin kita ini lebih bagus sekali cucuk tahan setahun dan tak ada kesan sampingan langsung bukan mcm pfizer, 6 bulan pertama kena 3 dos

...tetapi janganlah bagi nama vaksin dengan nama pm sebabnya ada orang suka dengan orang tak suka kerana berdasarkan politik... namakan dengan nama neutral dan yg mempunyai ciri identiti bersama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2021 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
lurkingaround replied at 2-12-2021 11:17 PM
.
Waris2 di bawah boleh saman Pfizer dan CEO ini untuk pampasan US$1 juta senyawa, kerana vaksin Co ...

Kat bolehland xde dengar pun kes2 mcm ni, suma sihat walafiat
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2021 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 3-12-2021 08:19 AM

Prifzer byk masalah, agak2 sinobek byk kali x pe janji jgn prifzer
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2021 08:20 AM | Show all posts
secara teori ...YA, begitu juga vaksin lain rasanya..

aku rasa tak nak ambillah setiap tahun nanti jadi hamba vaksin
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2021 08:21 AM | Show all posts
nampak agenda secara terang terang dh ni buat duit
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2021 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak tanya lah..
Korg yg tak vaksin langsung ni..if la kan 1 hari nnt korg nk vaksin..kna bayar ke atau blh je ambik free yg gomen offer tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2021 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Masyukkkkkkkkkkkkkk Bill Gates...

Bakal memintas Elon mask dari kedudukan spesis terkaya didunia...

Kahkahjahkah
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2021 09:17 AM | Show all posts
semestinya MRNA
made in china xberkesan sini sino
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2021 09:20 AM | Show all posts
krustykrab replied at 3-12-2021 08:51 AM
Nak tanya lah..
Korg yg tak vaksin langsung ni..if la kan 1 hari nnt korg nk vaksin..kna bayar ke at ...

ntahla... pg je kot kt KK
klu klinik swasta sinovac ke sinopharm ke baru 150-175


Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2021 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak nak n tak akn ambil vksinasi..kcuali trdesak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.121235 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list