CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1758|Reply: 8

'Shuib keluarga saya, tiada istilah menantu tiri atau apa-apa'

[Copy link]
Post time 30-11-2021 04:55 PM | Show all posts |Read mode
'Shuib keluarga saya, tiada istilah menantu tiri atau apa-apa'



Kuala Lumpur: Ibu tiri Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Siti Fatimah Suberi, 34, mengakui tiada istilah segan wujud di antara dia dengan Shuib.

Siti Fatimah atau mesra disapa Makde berkata, mereka selaku keluarga saling menghormati antara satu sama lain dan tidak pernah memandang status.

"Terkejut saya baca mesej ini. Sebenarnya tiada istilah segan sebab kami adalah keluarga. Tak wujud istilah menantu tiri ke, menantu kandung ke, menantu betul ke, menantu tipu ke sebab Shuib adalah keluarga saya. Anak-anak mereka semua cucu saya dan saya jaga sejak lahir," tulisnya.

Makde memberikan reaksi terhadap satu mesej peribadi yang diterima daripada netizen yang mendakwa Shuib kelihatan segan dengan dirinya yang juga ibu tiri kepada Allahyarham Siti Sarah.

Menurut Makde yang kini menguruskan perniagaan Loveta milik Siti Sarah, hubungan dia dengan Shuib sudah mula rapat sejak awal perkenalan Shuib dengan Siti Sarah kira-kira 12 tahun lalu.

"Mungkin apa yang orang nampak ingat Shuib segan dengan saya, tapi sebenarnya kami saling menghormati.

"Lagipun masa arwah Sarah bercinta dengan Shuib dulu pun, saya yang selalu temankan. Ingat lagi masa pertemuan pertama Sarah dengan Shuib, saya ada masa itu temankan arwah.

"Bukan malu bukan segan tapi saya hormat. Saya minta doa baik-baik semua pihak untuk keluarga kami. Amin Insya Allah. Semoga doa yang baik juga berbalik kepada kalian semua," katanya.

SUMBER:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... u-tiri-atau-apa-apa

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2021 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuma nak tanya, mak tiri dgn apak arwah duduk sekali ke kat rmh shuib? Ada nmpak gambar mak tiri pegang anak arwah yg baby kat balcony arwah selalu duduk.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tibeh mak tiri masuk news  feed
Nk promo tudung ke
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Makde  ni ada anak tak ye ngah ayah sarah tu? Tapi dia mmg rapat ngn anak2 sarah tu ig dia pun penuh ngan gambar dorang je daripada sejak lahir lagi.
Nama ig pun buh nama uwais tu,satu lagi bonding dorang ni rapat juga laa ye ngn mak shuib pun mcm geng2 je.
Masa arwah mak sarah sakit dulu pun mak tiri tu dengan sarah duk jaga kat hospital.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 30-11-2021 05:00 PM
Cuma nak tanya, mak tiri dgn apak arwah duduk sekali ke kat rmh shuib? Ada nmpak gambar mak tiri peg ...

Taktaula duk sekali ke tak tapi shuib ada sebut yg keluarga semua duk dekat2. Kira dlm satu puchong tu gak.
Sbb tak silap yg mengasuh baby tu biras dia, isteri abang sarah tu.
Shuib tu anak tunggal kan? Kiranya dia dikelilingi dgn keluarga sarah je kan.
Maybe dia suka kot ada ramai2 org gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 06:49 PM | Show all posts
oh ok...  talian darah anak dengan atok masih ada... mestilah masih keluarga... dah tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2021 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 30-11-2021 10:27 AM
Taktaula duk sekali ke tak tapi shuib ada sebut yg keluarga semua duk dekat2. Kira dlm satu puchon ...

Shuib anak tunggal ye. Ada baby dan anak kecik2 mmg elok la ada family tolong jaga. Dok dekat2 ok la. Dok sekali mcm tak sesuai lah pulak sbb shuib tu menantu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak² shuib ni x sekolah ke ek ..ade je kt umh ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2021 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Family sarah ramai, selalu penuh rumah shuib tu. Susah juga nanti bini baru nak masuk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.069533 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list