CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3268|Reply: 26

Semak Segera, Ini Panduan Lengkap Permohonan Bayaran Balik Wang Tak Dituntut

  [Copy link]
Post time 30-11-2021 11:52 AM | Show all posts |Read mode
Ada wang yang lama dulu di bank tak dituntut? Macam mana nak tuntut wang tidak dituntut?


Sebenarnya, mudah sahaja. Perkara pertama yang anda perlu buat ialah mendaftar dahulu dengan eGUMIS. Secara ringkasnya, sebelum anda buat tuntutan, sila buat pendaftaran untuk login eGUMIS terlebih dahulu.

Individu dan syarikat dibenarkan untuk membuat semakan WTD secara atas talian melalui nombor pengenalan diri dan nombor pendaftaran syarikat.




Foto: Google



CARA BUAT SEMAKAN WANG TAK DITUNTUT
Pemohon boleh membuat semakan WTD secara atas talian dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut:


Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/


Langkah 2 : Buat pendaftaran pengguna secara atas talian.


Langkah 3 : Log masuk portal menggunakan kata laluan yang didaftar. Pengguna perlu menukar kata laluan baharu.


Langkah 4 : Kemaskini maklumat pengguna.


Langkah 5 : Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat Semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak  maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada).






Tempoh pengguna aktif adalah 6 bulan dari tarikh terakhir log masuk ke portal eGUMIS. Akaun pengguna akan dinyahaktif secara auto dan pengguna perlu mendaftar semula sebagai pengguna baharu.


Maklumat WTD yang terdapat dalam portal eGUMIS hanya mengandungi rekod WTD yang lengkap yang diserahkan oleh syarikat/firma kepada Pendaftar WTD.


Semakan WTD boleh dilakukan sendiri di kaunter Pejabat Pendaftar WTD atau Pejabat Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri/Cawangan, ataupun dengan membuat semakan pada Warta Kerajaan yang disimpan di Perpustakaan Negara Malaysia.







CARA BUAT TUNTUTAN WANG TAK DITUNTUT SECARA ONLINE
Pengguna eGUMIS boleh membuat Tuntutan WTD secara dalam talian dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut:


Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/


Langkah 2 : Klik pada ruangan  “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk  membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri. Klik Cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika perlu)


Langkah 3 : Klik pada rekod WTD yang ingin dituntut pilih Teruskan Dengan Permohonan


Langkah 4 : Klik pada Tambah Penerima untuk masukkan perihal penerima WTD. Pilih pada kotak yang disediakan sekiranya. Maklumat Diri adalah sama seperti Maklumat Pemohon, masukkan maklumat perbankan dan kemudian Simpan.


Langkah 5 : Tandakan Kotak untuk bersetuju dengan pengakuan serta terma dan syarat eGUMIS dan Klik Hantar. Pilih Ya untuk menghantar permohonan tuntutan


Langkah 6 : Rujuk dan ikuti arahan mesej yang dipaparkan untuk penghantaran dokumen sokongan dalam tempoh yang ditetapkan.


Proses bayaran hanya akan dilaksanakan apabila dokumen lengkap DITERIMA.


Langkah 7 : Rujuk Portal eGUMIS untuk status permohonan WTD.


Wang Bantuan
Pemohon boleh hadir sendiri ke kaunter Pendaftar Wang Tak Dituntut atau mana-mana Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri/Cawangan yang berdekatan dengan mengemukakan dokumen asal atau surat pengesahan daripada syarikat/firma yang dapat membuktikan keempunyaan WTD tersebut.


Sila rujuk alamat Pejabat Pendaftar WTD dan senarai alamat JANM Negeri/Cawangan di laman sesawang www.anm.gov.my. Pemohon juga boleh membuat semakan di syarikat/firma yang menyerahkan WTD tersebut kepada Pendaftar. -CARI


Sumber: Gengborak.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2021 12:19 PM | Show all posts
Huhhhh, berjanggut tunggu.. walaupun hak sendiri. Tapi g tuntut mcm lembab lagi dari pinjam loan.. pergi sana-sini haprak pun takde.. dah 5 bulan dah menunggu.. hmm
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 12:52 PM | Show all posts
macam hanjeng..carian max 2 kali je pastu lak kalu tersalah letak no ic pun da kira sekali percubaan..hanatnyeehhh
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 02:06 PM | Show all posts
Alhamdulillah....iols dpt dah tuntut RM5,620. Dapat bulan ni. Simpan nk joli melancong thn depan...rezeki iols. Thn lps cek EGUMIS cuma ade RM11.00. Tahun cek lagi tetiba ada RM5,620...yahooooo!
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Shazid replied at 30-11-2021 02:06 PM
Alhamdulillah....iols dpt dah tuntut RM5,620. Dapat bulan ni. Simpan nk joli melancong thn depan...r ...

Wow bestnya.....

Selamat berjoli
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols dah 3 kali dapat daripada WTD ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2021 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Shazid replied at 30-11-2021 02:06 PM
Alhamdulillah....iols dpt dah tuntut RM5,620. Dapat bulan ni. Simpan nk joli melancong thn depan...r ...

Wahh byknya. Dalam setaun banyak betul peningkatan hehe. Iols check takde rekod pun ????
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 03:20 PM | Show all posts
gam_gajah replied at 30-11-2021 03:08 PM
Wahh byknya. Dalam setaun banyak betul peningkatan hehe. Iols check takde rekod pun ????

YUp, Jbtn akauntan ni akan update setiap tahun. So, ceklah tiap2 tahun. Iols pun x sangka ada. rupa2nya ade duit dr CIMB bank....last guna akaun tu 2010 kot. Guna pun sb dapat biasiswa. Iols ingat dah dapat semua...rupa2nya ade lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2021 04:04 PM | Show all posts


aku xdpt2 lgg
menanti lg menanti
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 04:21 PM | Show all posts
kenapa uols punya id pengguna dan kata laluan tak boleh access
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 04:30 PM | Show all posts
Shazid replied at 30-11-2021 02:06 PM
Alhamdulillah....iols dpt dah tuntut RM5,620. Dapat bulan ni. Simpan nk joli melancong thn depan...r ...

pergh..banyak tu..duit apa bebanyak tu?

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah check..ada la 271 dgn citibank, n cimb 17hinggit acc scholarship dulu. Camno nak tuntut
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
syaz_lina replied at 30-11-2021 08:41 PM
Dah check..ada la 271 dgn citibank, n cimb 17hinggit acc scholarship dulu. Camno nak tuntut

Ada panduan kat website. Iols dh apply alhamdulillah dpt dh
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2021 08:08 AM | Show all posts
mamajawie replied at 30-11-2021 04:30 PM
pergh..banyak tu..duit apa bebanyak tu?

Iols rasa duit biasiswa kot....tp lps abis belajar tu rasanya dah dpt semua. Tu yg pelik dr mana datang...hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2021 03:16 PM | Show all posts
mejaputih replied at 30-11-2021 08:42 PM
Ada panduan kat website. Iols dh apply alhamdulillah dpt dh

lama tak proses utk dpt duit yg dituntut tu? iosl baru apply semalam
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2021 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
ketambangkang replied at 1-12-2021 03:16 PM
lama tak proses utk dpt duit yg dituntut tu? iosl baru apply semalam

Iols dulu 2 bln sbb kena submit document via email. Supposedly skrg makin laju la sbb submit document guna portal tu je kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2021 10:51 PM | Show all posts
Ok.. dah pernah submit online, langsung takda repon.

Lepas tu dpt call dari agen mana tah ckp dorg boleh uruskan tapi nak komisyen 23%. Siap tahu detail amiunt dan sumber lagi. Sapa ounya angkara ni

G jabatan perbendaharaan kat putrajaya . Tak boleh masuk pasal tak vaksin. Malas nak argue legality arahan tu. So klu mcm ni yg x lengkap dos tanak bayar income tax boleh tak?

Semua sial. Nnt korg semua akan dipersoallan
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2021 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Sehari boleh cek 2 kali / no ic je kan. Tadi iolss cek yg iolss punya dgn ayah iolss punya. Nak cek yg mak iolss punya skali dia bagitau dah capai limit
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2021 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa meols dah chk, tapi takde sesen pun
Adakah possible tiada langsung wang tidak dituntut utk meols?
Takde ke atuk2 kaya kasi 30K utk meols
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2021 08:11 AM | Show all posts
alhamdulillah .. ada rm2k lebih .. rupanya byk dividen shares tak clear cheque .. dari tahun 2001 pun ada .. duhhh
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.068039 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list