CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 885|Reply: 3

Harga Ayam Naik Mencanak, Tapi Saiz Hanya Sebesar Tapak Tangan Lelaki Dewasa

[Copy link]
Post time 30-11-2021 10:31 AM | Show all posts |Read mode
George Town – Belum selesai isu kenaikan harga bekalan ayam di pasaran dan penyeludupan haiwan hidup itu dari Thailand, kini timbul pula isu penjualan ayam segar belum cukup matang dengan anggaran berat maksimum hanya 700 gram.


Sebahagian peniaga di pasar awam daerah Barat Daya dan Timur Laut, di sini mula meru­ngut tentang saiz ayam segar pa­ling minima yang diperoleh daripada pihak pemborong.


Difahamkan, ada dalam kalangan peniaga bertindak mengembalikan semula stok ayam segar itu kepada pemborong dengan alasan tidak sanggup menanggung kerugian besar.


Foto: Kosmo




Dalam tinjauan Kosmo! semalam mendapati, saiz ayam tersebut hanya separuh daripada ayam matang iaitu seberat kira-kira 700 gram atau sebesar tapak tangan lelaki dewasa.


Seorang peniaga ayam segar di pasar awam daerah Barat Daya yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad berkata, dia sanggup menutup operasi perniagaan sekiranya masih menerima bekalan ayam yang belum cukup matang.


Dakwanya, jisim berat ayam kini lebih ringan, manakala saiz­nya terlalu kecil berbanding yang dipasarkan sebelum ini.


“Sudahlah berdepan dengan banyak kenaikan harga bekalan mentah terutama plastik, inikan pula terpaksa jual ayam de­ngan anggaran harga serendah RM6.65 dengan berat 700 gram. Kami juga perlu melunaskan kos sewa tapak, gaji harian pekerja dan bil elektrik serta air.


“Saya beritahu pembekal, kami sanggup tutup kedai jika perkara ini masih berterusan. Saya nekad serah semula ayam segar itu kepada mereka.


“Mereka memberi alasan yang penternak terpaksa menjual ayam yang tak cukup umur atau belum membesar dengan saiz yang sepatutnya di ladang kerana mendapat permintaan yang terlalu tinggi dalam kala­ngan peniaga terutama peniaga makanan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.


Ketika ini, ayam segar dipasarkan antara harga RM9.60 hingga RM9.80 sekilogram di pasar awam dan kedai runcit di sekitar negeri ini.


Katanya, bekalan ayam bersaiz kecil atau yang tidak cukup matang kini dikatakan hanya dihantar pembekal dan dipasarkan di pasar raya pada harga serendah RM8 seekor.


Sementara itu, seorang pengguna dan pelanggan, Muhammad Syafiq Ahmad, 46, pula membe­ritahu, dia terkejut apabila mendapati saiz bagi seketul paha ayam goreng yang dihidangkan di sebuah restoran makanan di ne­geri ini didapati semakin kecil berbanding biasa.


“Sebelum ini, seketul paha ayam goreng itu boleh dilihat dengan saiz yang hampir memenuhi tapak tangan. Harga hidangan lauk itu juga sama se­perti saiz sebelum ini,” jelasnya. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2021 10:36 AM | Show all posts
jalil hamid tersenyum ayam



Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
'Ayam Siam'....tak cukup umur...mmmm....payah...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayam Vietnam jah harga kekal mampu milik, RM300 sejam jah, tak ngam kalu boleh tukar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.705496 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list