CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 557|Reply: 0

[Tempatan] PH perlu kerjasama Pejuang, Muda dan Warisan - Akar umbi Amanah

[Copy link]
Post time 30-11-2021 09:34 AM | Show all posts |Read mode
PH perlu kerjasama Pejuang, Muda dan Warisan - Akar umbi Amanah

https://www.malaysiakini.com/news/601155

Diterbitkan:  Nov 30, 2021 8:06 AM⋅
Dikemaskini: 8:06 AM



Beberapa Ketua Pemuda Amanah Zulhafiz Zulkifli (Lembah Pantai), Hafizzuddin Razian (Kepong), Mohd Nur Fadhil (Bandar Tun Razak), Sheikh Khuzaifah (Bukit Bintang), Haripra Lazuardi (Batu) berkata episod kegagalan dalam PRN Melaka "mesti menjadi pengajaran yang dapat dipelajari oleh semua pemimpin PH."

"Kebanyakan kajian pasca PRN Melaka menunjukkan kehadiran pengundi yang rendah serta pertandingan banyak penjuru di majoriti kerusi DUN Melaka telah memberi kelebihan besar kepada Barisan Nasional, dan juga Perikatan Nasional di beberapa kerusi.

"Peningkatan peratusan besar pengundi Melayu juga memilih PN dan bukan PH sebagai alternatif kepada BN untuk sebilangan kerusi," kata mereka pada satu kenyataan bersama malam tadi.

Pemimpin Pemuda Amanah ini juga menggesa pemimpin PH "berjiwa besar dan mengetepikan sengketa peribadi."

"Pendekatan pragmatik perlu diambil segera untuk bekerja bersama Pejuang, Muda, Warisan dan parti-parti lain yang sehaluan untuk mendirikan khemah besar gabungan pembangkang bagi mengelakkan kegagalan sama berulang kembali pada PRU ke-15 akan datang," katanya lagi.

BN menang 21 daripada 28 kerusi dalam pilihan raya Melaka pada 20 Nov, meraih majoriti dua pertiga dalam DUN.

PH hanya menang lima kerusi. DAP dan Amanah menyaksikan kerusi mereka mengecil daripada lapan kepada empat dan dua kepada satu manakala PKR terlepas tiga kerusinya.

PN pula menang dua kerusi, yang diwakili Bersatu.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.078974 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list