CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 921|Reply: 8

[Tempatan] 'Orang Bangladesh pun fasih BM' - Pemuda Bersatu desak mansuh sekolah vernakular

  [Copy link]
Post time 30-11-2021 09:33 AM | Show all posts |Read mode
'Orang Bangladesh pun fasih BM' - Pemuda Bersatu desak mansuh sekolah vernakular

https://www.malaysiakini.com/news/601142

Diterbitkan:  Nov 29, 2021 9:02 PM⋅
Dikemaskini: 9:02 PM



Pemuda Bersatu menegaskan sekali lagi pendiriannya supaya sekolah vernakular dimansuhkan secara berperingkat.

Ketua Penerangan Pemuda Bersatu Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir menegaskan hal itu selepas Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven menyoal di Dewan Rakyat apakah Timbalan Menteri Perpaduan Negara Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal masih kekal dengan pendirian terdahulunya untuk memansuhkan sekolah vernakular.

Ini menyebabkan Wan Fayhsal menjawab dia hanya mahu bahasa Melayu dimantapkan sebagai bahasa pengantar di sekolah vernakular dan bahawa dia pada ketika itu bercakap atas kapasitinya sebagai ketua Pemuda Bersatu.

Menjawab Sim, Mohd Ashraf Mustaqim menuduh DAP, parti yang dianggotai Sim menjadi “duri dalam daging” yang menggagalkan integrasi bangsa Malaysia.

Ashraf mempersoalkan apakah Sim tidak sedar akan peratusan anak-anak bukan Melayu di sekolah vernakular yang tidak boleh bertutur bahasa kebangsaan.

“Ini merupakan suatu realiti, mereka lahir di Malaysia, mereka mendiami negara ini dan negara ini telah menjadi kampung halaman mereka, tetapi tetap gagal bertutur bahasa kebangsaan.

“Bangladesh, Pakistan, Nepal yang duduk baru beberapa bulan, ramainya lebih fasih malah masuk setahun dua tatabahasa yang bukan warga ini lebih baik tambah tanpa pelat mengalahkan mereka yang punyai kad pengenalan biru, warganegara Malaysia - sedarlah!” katanya dalam satu kenyataan.

Kata Ashraf, Pemuda Bersatu sedar akan kepentingan mempelajari bahasa pengantar kedua mahupun ketiga - selain bahasa Inggeris - seperti Mandarin dan Tamil.

Pun begitu, tegasnya lagi, ia perlulah dijayakan di bawah satu bumbung, bukan di bawah sistem yang berpisah-pisah.

Katanya, bahasa Melayu tidak dimartabatkan dan sejarah Malaysia pula disongsangi menerusi sukatan pelajaran di sekolah vernakular.

“Justeru Pemuda Bersatu kekal dengan pendirian bahawa sekolah vernakular wajar dimansuhkan secara berperingkat,” katanya lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2021 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
So, pegilah berambus pindah Bangladesh.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Lebih setengah abad menerajui negara...isu recycle...

Siyalll haramjadah punya kepimpinan

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
bersatu ni saja nak bagi cina takut undi melayu terutama umno
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 06:35 PM | Show all posts
Perkasakan sekolah kebangsaan sampai tahap sekolah2 di Singapore dan sekolah vernakular akan mati sendiri.

Boleh buat tak?

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 30-11-2021 07:22 PM

"Betul ka u orang Malaysia???Sendiri negara punya bahasa pon..tableh cakap...."-Abangla
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2021 02:36 PM | Show all posts
baru jalan2 kat Google terbaca bahasa Bengali kebanggaan abang la paling sweet di donia

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2021 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 30-11-2021 06:35 PM
Perkasakan sekolah kebangsaan sampai tahap sekolah2 di Singapore dan sekolah vernakular akan mati se ...

Skrg ni orang sibuk cakap syllabus sekolah kt msia yang keterlaluan selain isu beg berat....
Ada satu lagi isu, kewajipan pakai tudung dari peringkat pra-sekolah yang sangat merepek..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2021 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Okay je dah satu negara apahal nak sekolah asing..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.231519 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list