CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 769|Reply: 0

Thailand pertimbang batal guna kit ujian pengesanan pantas

[Copy link]
Post time 30-11-2021 09:24 AM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN. FOTO AFP



Bangkok: Thailand sedang mempertimbangkan untuk membatalkan rancangan menggunakan kit ujian pengesanan pantas semasa ketibaan memandangkan semakin banyak negara mengesan varian Omicron, dan sebaliknya akan mengenakan sekatan perjalanan baharu bagi mencegah penularan varian itu.

"Ujian RT-PCR mungkin terus digunakan. Bagaimanapun, Kami akan terus menyemak situasi itu," kata penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Dr Apisamai Srirangsan, pada taklimat harian Covid-19 di sini, semalam.

Pada Jumaat, Thailand meluluskan rancangan untuk menggunakan kit ujian pengesanan pantas kepada pengembara lengkap vaksin Covid-19 bagi mempercepat proses kemasukan dalam usaha merancakkan semula sektor pelancongannya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan Awam Dr Satit Pitutecha berkata, tiada kes varian Omicron dikesan di Thailand setakat ini.

Dr Satit sudah mengarahkan agensi di bawah Jabatan Sains Perubatan untuk meningkatkan pengawasan bagi memastikan varian Omicron boleh dikesan dengan cepat.



"Bagaimanapun, varian itu mungkin dibawa masuk menerusi secara semula jadi dan merentasi sempadan dengan negara jiran, jadi berhati-hatilah," katanya seperti dipetik The Nation.

Pada Sabtu, Thailand turut mengenakan larangan ke atas pengembara dari lapan negara Afrika susulan penuralan varian Omicron.

Sepanjang 24 jam lepas, Thailand merekodkan 4,753 kes baharu COVID-19 dan 27 kematian, jumlah kes dan kematian terendah dalam tempoh lima bulan.

Sehingga kini, Thailand merekodkan 2,111,566 kes COVID-19 dan 20,734 kematian.

Disiarkan pada: November 30, 2021 @ 8:29am


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.056021 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list