CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 314|Reply: 1

[Dunia] Lelaki berpaut 2 jam pada roda pesawat terselamat

[Copy link]
Post time 30-11-2021 09:11 AM | Show all posts |Read mode

Lelaki tersebut terselamat meskipun berpaut selama 2 jam 30 minit. – Instagram

Lelaki berpaut 2 jam pada roda pesawat terselamat

MIAMI, FLORIDA – Seorang lelaki yang berpaut pada gear pendaratan sebuah pesawat ternyata mempunyai nasib yang baik apabila dia dilaporkan terselamat selepas bertindak demikian dalam penerbangan selama dua jam 30 minit, lapor akhbar Daily Star semalam.

Dalam kejadian pada 27 November lepas, lelaki tersebut berpaut pada gear pendaratan pesawat American Airlines yang terbang dari Bandar Guatemala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Miami.

Perjalanan tersebut mengambil masa selama dua jam 30 minit.

Berdasarkan klip video yang sempat dirakam seorang pekerja lapangan terbang, lelaki berkenaan kelihatan letih dan dibantu untuk turun ke tanah serta diberikan minuman oleh pekerja.

“Penerbangan 1182 American Airlines dari Guatemala ke Miami yang tiba pada pukul 10.06 pagi (waktu tempatan) itu perlu menjalani prosedur undang-undang disebabkan isu keselamatan.

“Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk siasatan lanjut,” kata syarikat penerbangan tersebut dalam satu kenyataan.

Video yang dikongsikan petugas lapangan terbang itu menjadi tular dengan ramai pengguna menyatakan rasa tidak percaya kerana lelaki tersebut terselamat selepas berpaut pada roda pesawat tersebut.

Ini kerana mereka yang bersembunyi pada gear pendaratan kebiasaannya mati akibat pendedahan berterusan, terjatuh atau kekurangan oksigen.

“Ia sememangnya nasib yang amat baik,” kata seorang netizen. – Agensi



Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/11 ... pesawat-terselamat/

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2021 01:33 PM | Show all posts
Bukan berpaut pada roda pesawat lah ko ingat ini citer katun dari afghanistan.

Dia dah menyorok siap2 dalam compartment simpan tayar tu. Keajaiban pertama ialah masa bila dia menyusup masuk tanpa dikesan. Teori aku kapal tu park overnight maybe.
Kedua pandai pulak dia cari space tak kena crush bila tayar tu lipat masuk dalam.
Ketiga udara nipis pada 30k kaki.
Ke4 sejuk macam antartika kat atas tu or maybe dalam compartment tu ada heat source somewhere.

Pendek kata memang ajaib lah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

20-5-2022 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.085776 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list