CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 488|Reply: 9

[Tempatan] Pemborong ayam gagal turunkan harga

  [Copy link]
Post time 30-11-2021 09:10 AM | Show all posts |Read mode
Pemborong ayam gagal turunkan harga


Empat pemborong ayam disiasat kerana membekalkan produk dengan harga tinggi. - Foto hiasan NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuka empat kertas siasatan ke atas pemborong ayam, atas kesalahan gagal menurunkan harga.

Pengarah KPDNHEP Terengganu, Saharuddin Kia, berkata harga maksimum ayam yang diperiksa ialah RM10.50 sen sekilogram, manakala harga minimum ditetapkan RM8.80 sen sekilogram.

Katanya, empat kertas siasatan itu dibuka ke atas pemborong ayam atas kegagalan menurunkan harga pada paras ditetapkan.

"KPDNHEP juga mengeluarkan sebanyak 47 notis Pengesahan Maklumat Barangan kepada peniaga ayam di seluruh negeri," katanya melalui kenyataan, di sini, hari ini.

Saharuddin berkata, sebanyak 41 peniaga peringkat borong dan runcit diberikan surat pemberitahuan mengikut Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011.

Katanya, pemborong dan peniaga berkenaan diminta untuk menurunkan harga jualan ayam seperti ditetapkan.

Ketika mengulas mengenai kenaikan harga sayur, Saharuddin berkata, kenaikan harga sayur-sayuran bersifat sementara dan dijangka turun semula selepas cuaca bertambah baik.

Katanya, kenaikan harga sayur disebabkan cuaca yang memberi kesan kepada kekurangan bekalan dan kerosakan hasil pertanian serta faktor tambahan kos baja.

"Hasil pemantauan kami, bukan semua pasar awam dan pasar raya menaikkan harga sayur. Masih terdapat peniaga menjualnya dengan harga murah," katanya.

Beliau berkata, pengguna disarankan untuk berbelanja secara bijak dengan memilih premis yang menawarkan barang pada harga berpatutan.


KPDNHEP mengatakan kos baja yang meningkat juga menyumbang kepada kenaikan harga sayur. - Foto hiasan

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... agal-turunkan-harga

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 09:13 AM | Show all posts
jawapan menteri pasola

ayam ikan sayur mahal, sila makan ubi
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 10:08 AM | Show all posts
day by day rakyat gak kena
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2021 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa kata ko dedahlan ajer pasar yg jua murah tuh biar pdn muka mereka yg jual mahal!
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2021 05:47 PM | Show all posts
kesian budak-budak yang tengah membesar
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2021 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
apa  pun xboleh... negara gagal
reset je la dgn perang 5 tHun
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2022 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Sembang kari jah. Tauke ayam sume mobsters
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2022 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Ayam Vietnam jah menten harga RM300 sejam
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2022 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Kelentong...menteri pun weak
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2022 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Rega ayam pun terhegeh-hegeh nak selesai inikan rasuah ..balak.. rohingya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

26-5-2022 09:41 AM GMT+8 , Processed in 2.891992 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list