CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 615|Reply: 5

[Tempatan] Kerja akauntan pun kena tipu ngan scammer. Rugi bersih RM26,937

[Copy link]
Post time 30-11-2021 08:51 AM | Show all posts |Read mode
Ditipu agensi pekerjaan tidak wujud, akauntan rugi RM26,937
FMT Reporters -
November 29, 2021 11:26 PM

PETALING JAYA: Seorang wanita kerugian RM26,937 selepas terpedaya dengan tawaran komisyen daripada sebuah agensi pekerjaan yang tidak wujud di laman sosial Facebook.

Mangsa berusia 21 tahun bekerja sebagai akauntan di sebuah syarikat di sini dengan komisen sebanyak 15% dari nilai harga produk yang ditawarkan.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Zulkipli Suhaili berkata, kejadian bermula sejak 21 November lalu apabila mangsa melihat iklan tawaran pekerjaan separuh masa ketika melayari Facebook.

“Mangsa berminat bagi menjalankan pekerjaan sambilan itu kemudiannya berurusan dengan seorang individu yang juga wanita kononnya mahu membantu mangsa untuk melakukan kerja sambilan berkenaan,” katanya menurut laporan Berita Harian menerusi kenyataan.

Jelas beliau, tertarik dengan pulangan lumayan ditawarkan, mangsa bersetuju untuk melakukan tugas diberikan.

Bagaimanapun, katanya, mangsa diarahkan membuat pembayaran ke atas produk yang diberikan melalui aplikasi WhatsApp mengikut masa ditetapkan, untuk mendapat keuntungan dijanjikan.

“Selepas berjaya melakukan tugasan itu, mangsa diarahkan oleh sindiket terbabit untuk melakukan tugasan seterusnya sehingga 10 tugasan dan diminta untuk membuat pembayaran ke beberapa akaun bank yang diarahkan oleh sindiket.

“Mangsa hanya menyedari yang dirinya ditipu apabila mangsa bertanyakan tentang wang miliknya termasuk pulangan yang dijanjikan, namun sindiket memberikan pelbagai alasan dan meminta mangsa untuk melakukan tugasan lain bagi melayakkan mangsa menebus modal dan komisen ditawarkan,” ujar beliau.

Menyedari dirinya ditipu, mangsa bertindak membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan berhubung perkara berkenaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2021 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Teruknye.. ni mesti konon jadi test buyer or something kan..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 09:15 AM | Show all posts
akauntan apoo umo 21?

plg kuat buat data entry jew.. ke buat PO invoice DO

apoooo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2021 09:41 AM | Show all posts
amoi kerja kedai pomen pun tetap dipanggil akauntan
janji pandai data entry duit keluar masuk
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 09:43 AM | Show all posts
jual beli dlm FB jgn percaya sangat...dlm FB ni ramai penjual bontot
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 10:11 AM | Show all posts
umur 21 sah sah bukan akauntan..
tah tah kerani check akaun, masuk-masuk nombor terus panggil akauntan
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.057231 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list