CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1018|Reply: 4

[Tempatan] Lelaki curi tiang besi, kabel ditahan kurang 24 jam

[Copy link]
Post time 30-11-2021 02:59 AM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar video tular memaparkan tindakan seorang lelaki dipercayai sedang mencuri kabel telefon milik Telekom Malaysia (TM) di Manjoi, Perak.


Lelaki curi tiang besi, kabel ditahan kurang 24 jam

  • Oleh ASLIZA MUSA
  • 29 November 2021, 8:21 pm


Share on facebook

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegram




IPOH – Seorang lelaki berjaya ditangkap polis dalam tempoh kurang 24 jam selepas terbabit dalam kes curi tiang besi dan kabel di Manjoi dekat sini semalam.
Lelaki berusia 41 tahun yang mempunyai 11 rekod jenayah lampau itu ditahan pada pukul 12.15 tengah malam tadi di sebuah bangunan kosong di Manjoi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, suspek ditahan susulan laporan dibuat seorang lelaki pada pukul 9.16 malam tadi.
Katanya, bertindak atas laporan tersebut, polis berjaya mengesan dan menangkap suspek serta merampas beberapa barang kes.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morfin dan mempunyai 11 rekod lampau bersabit kes dadah dan jenayah.
“Hasil siasatan awal mendapati suspek melakukan perbuatan itu disekitar kawasan Manjoi dan Jelapang,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, suspek direman tiga hari mulai hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
Terdahulu, dua video berdurasi 34 saat dan satu minit lima saat tular di aplikasi TikTok memaparkan gelagat seorang lelaki mencuri tiang besi dan kabel sambil ditegur seorang lelaki.
Difahamkan, kejadian itu masing-masing dirakam pada Khamis lalu dan semalam. -K! ONLINE.








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-11-2021 03:01 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 08:32 AM | Show all posts
demi sesuap dadih
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Mat dadah memang susah nak bela dah . Keluar penjara dia buat balik
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 09:28 AM | Show all posts
tak boleh buat apa mat dadah ni semua .. siang siang depan orang ramai merompak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.056262 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list