CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 543|Reply: 0

[Tempatan] 3,770 premis diperiksa menerusi Ops Menu

[Copy link]
Post time 30-11-2021 12:08 AM | Show all posts |Read mode

Azman (dua dari kanan) memeriksa harga makanan siap dimasak di sebuah restoran di Kajang dalam Ops Menu malam ini.

3,770 premis diperiksa menerusi Ops Menu

KAJANG – Sebanyak 3,770 premis kedai makan telah diperiksa oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerusi Ops Menu di seluruh negara bermula 6 November lalu.

Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, pihaknya mengambil maklum berhubung isu kenaikan harga barang yang dilaporan di media arus perdana dan media sosial serta sentiasa melakukan penguatkuasaan serta pemeriksaan untuk menanganinnya.

“Bagi menangani isu kenaikan harga barang, pelbagai pendekatan berterusan dan agresif telah dilakukan termasuklah pelaksanaan Ops Menu yang bertujuan memantau dan menangani isu harga makanan bermasak di seluruh negara.

“Sehingga kini, sebanyak 3,779 pemeriksaan telah dilakukan di premis-premis kedai makan dan daripada jumlah itu sebanyak 27 tindakan kes telah diambil ke atas peniaga yang melakukan kesalahan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Azman, kementerian juga akan terus melaksanakan sesi libat urus bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) serta agensi di bawahnya juga pemain industri berkaitan untuk mencari kaedah terbaik bagi menyekat kenaikan harga secara mendadak.

“Menerusi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011, tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana peniaga yang mengambil kesempatan dengan mengaut keuntungan secara tidak munasabah (mencatut) sehingga menyebabkan kenaikan harga yang melampau.

“Mana-mana peniaga yang dikesan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(1), AKHAP 2011 ini boleh dikenakan denda sehingga RM500,000.00 bagi perbadanan atau syarikat dan sehingga
RM100,000.00 bagi individu atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” tegas beliau.

Tambah Azman, pengguna dinasihatkan untuk menyalurkan aduan yang lengkap termasuk bukti seperti resit, gambar dan alamat lengkap premis kepada pihak KPDNHEP tanpa melalui saluran media arus perdana atau media sosial supaya tindakan segera dapat diambil.

“Aduan boleh disalurkan menerusi aplikasi WhatsApp di nombor 019-279 4317, pusat panggilan KPDNHEP di talian 1 800 886 800 atau emelkan ke e-aduan@kpdnhep.gov.my,” ujar beliau. – K! ONLINE.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/11 ... -menerusi-ops-menu/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.404171 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list