CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 472|Reply: 4

[Politik] Nazri Aziz akui terima sumbangan daripada kontraktor projek terowong

[Copy link]
Post time 30-11-2021 12:07 AM | Show all posts |Read mode
Nazri Aziz akui terima sumbangan daripada kontraktor projek terowong


Nazri Aziz hadir di Mahkamah Tinggi. FOTO Saifullizan Tamadi

Kuala Lumpur: Bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen, di sini, bahawa beliau menerima sumbangan daripada Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli yang juga kontraktor projek terowong dasar laut serta jalan utama di Pulau Pinang.

Ketika mendedahkan perkara itu, Mohamed Nazri, 67, berkata, sumbangan itu adalah bagi pembinaan sekolah agama di selatan Thailand iaitu Pattani.

Beliau berkata demikian ketika disoal balas peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili Lim Guan Eng pada perbicaraan kes rasuah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang berdepan empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di negeri itu bernilai RM6.3 bilion.

Kepada soalan Gobind sama ada beliau menerima apa-apa bayaran untuk kes ini (projek terowong), Mohamed Nazri menjawab "Tidak."

Saksi itu juga menafikan bahawa beliau ada menerima wang RM500,000 daripada Zarul Ahmad.

Ketika pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin, saksi pendakwaan ke-14 itu berkata, Zarul Ahmad mempunyai pengetahuan bahawa sumbangan itu adalah untuk pembinaan sekolah agama di Pattani.

Disoal Wan Shaharuddin sama ada sumbangan itu berbentuk sedekah, Mohamed Nazri menjawab, "Saya berasal dari Hulu Perak, saya orang Melayu berketurunan Pattani. Saya melawat Pattani sejak 1975, terdapat banyak sekolah pondok yang daif maka bermula tahun 1990-an, saya melibatkan diri untuk mendapatkan sumbangan untuk membina sekolah di selatan Thailand."

Terdahulu, ketika membacakan pernyataan saksi, Mohamed Nazri berkata beliau mula mengenali Zarul Ahmad pada awal 1990-an sebagai ahli perniagaan melalui kawan lama dan mereka sering bertukar pendapat berkaitan isu semasa negara.

"Selepas perkenalan itu, saya mengetahui Zarul Ahmad mempunyai beberapa syarikat di Malaysia. Antara syarikat yang dimiliki beliau ialah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd. Saya memang kenal rapat dengan Zarul Ahmad tetapi bukan dari segi politik atau perniagaan.

"Saya tidak ada sebarang urusan perniagaan dengan beliau. Saya kenal rapat dengan Zarul Ahmad atas urusan peribadi dan sosial. Sepanjang perkenalan saya dengan beliau, saya tahu beliau pernah bekerja dengan pelbagai agensi dan syarikat," katanya.

Mohamed Nazri juga berkata, Zarul Ahmad ada menyatakan kepadanya bahawa beliau mahu berkenalan dengan 'orang kuat' di Pulau Pinang untuk membantu ahli perniagaan itu membuat projek namun tidak menyatakan projek apa.

"Selepas itu, saya mengambil inisiatif untuk menghubungi Lim dan memberitahunya bahawa ada seseorang mahu berjumpa dengan beliau berkaitan projek di negeri itu. Lim bersetuju untuk berjumpa dengan Zarul Ahmad. Saya telah menetapkan perjumpaan mereka pada awal Januari 2011 di Hotel Shangri La di Kuala Lumpur. Saya tidak ingat tarikh sebenar kejadian itu.

"Pada awal Januari 2011, saya telah berjumpa dengan Lim di sebuah pub di Hotel Shangri La. Saya tidak ingat mengenai perancangan perjumpaan di pub itu tetapi saya dan Lim memang berjumpa di pub berkenaan kira-kira 9 malam.

"Selepas berjumpa Lim kira-kira 10 minit, Zarul Ahmad yang datang berseorangan duduk semeja bersama saya dengan Lim. Selain memperkenal Zarul Ahmad kepada Lim, saya memang tidak ada sebarang urusan lain dengan Lim. Lim adalah kenalan saya dalam bidang politik," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak ingat sama ada Zarul Ahmad ada meminta Lim untuk memilih syarikatnya dalam apa-apa projek di Pulau Pinang sepanjang perjumpaan selama sejam itu.

"Seingat saya, saya juga pernah berjumpa Lim dan Zarul Ahmad pada Mac 2011 di sebuah restoran Itali di Kuala Lumpur tetapi saya tidak ingat sama ada saya ada menghubungi Lim atau Zarul Ahmad untuk berjumpa di restoran itu. Saya tidak ingat pukul berapa mereka berdua balik dari restoran itu," katanya.

Lim berdepan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta sebagai tindakan membantu syarikat milik Zarul Ahmad mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town antara Januari 2011 dan Ogos 2017.

Mengikut pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh syarikat itu sebagai penghargaan mendapatkan projek tersebut berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, Kuala Lumpur pada Mac 2011.

Setiausaha Agung DAP itu turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua plot tanah bernilai RM208.8 juta milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang, Tingkat 21, Komtar pada 17 Februari 2015 dan 22 Mac 2017.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung esok.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tor-projek-terowong

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 12:17 AM | Show all posts
saya tidak tahu
saya tidak ingat

tu jelah plot boleh lepas dakwaan...ypjp
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 08:42 AM | Show all posts
Manusia tak kira parti manapun tetap ada kelemahan. Bagi kuasa, bagi duit, pompuan..habis tumbang.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 09:08 AM | Show all posts
patani ka paris ???
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 09:16 AM | Show all posts
dah kaya raya pun tagih sumbangan

pehtu bini poyo kat paree

padahal laki level pemintak sedekah

apoooooo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Forum Hot Topic
Happy New Year 2022 Warga CARI!
XimHappy New Year 2022 Warga CARI!
Views : 863 Replies : 93
Dr. Aishah Yunos dedah ada  Wanita hidap ‘Vaginismus’ takut bersama suami selama enam tahun
YgBenarDr. Aishah Yunos dedah ada Wanita hidap
Views : 181 Replies : 1
Lagu cina
namemysoulLagu cina
Views : 70 Replies : 20
[ILMU MUDAH]: COFFEE (KOPI)..SELAMAT KE?
ipes2[ILMU MUDAH]: COFFEE (KOPI)..SELAMAT KE?
Views : 45181 Replies : 504
PAKAR MEMPERBAIKI MESIN BASUH, MESIN PENGERING, PETI SEJUK. PROFESSIONAL REPAIR
a开心果PAKAR MEMPERBAIKI MESIN BASUH, MESIN PEN
Views : 29786 Replies : 508
Kuin keris v60
owhgeeKuin keris v60
Views : 70662 Replies : 1990
Wanita maut digilis tren selepas ditolak lelaki kurang siuman
ultra78Wanita maut digilis tren selepas ditolak
Views : 1421 Replies : 32
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 9724 Replies : 564
Brand New Massage Chair Kerusi Urut Healthcare Zero Gravity Space Capsule
冷寂雨-紫雨Brand New Massage Chair Kerusi Urut Heal
Views : 20930 Replies : 629
[SBS/Netflix 2021] OUR BELOVED SUMMER - Choi Woo Sik, Kim Da Mi
Rahah[SBS/Netflix 2021] OUR BELOVED SUMMER -
Views : 3559 Replies : 108



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

18-1-2022 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.083488 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list