CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 817|Reply: 0

[Tempatan] Pemasangan jeriji kepada kediaman strata perlu disokong

  [Copy link]
Post time 29-11-2021 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by mojarean_X at 29-11-2021 11:47 PM


Wajar berlapang dada jika ada cadangan mewajibkan pemasangan peralatan keselamatan seperti jeriji pada tingkap dan pintu kediaman mereka bagi mengelak kejadian tidak diingini. - Foto hiasan

PUTRAJAYA: Sebarang usaha meningkatkan tahap keselamatan demi menyelamatkan penghuni kediaman bertingkat atau berstrata perlu disokong semua pihak.

Seorang bapa, Kamarulfaizal Mohd Zani, 41, yang anaknya pernah terjatuh daripada tingkat empat sebuah pangsapuri di sini, berkata semua penghuni pangsapuri atau kondominium, wajar berlapang dada jika ada cadangan mewajibkan pemasangan peralatan keselamatan seperti jeriji pada tingkap dan pintu kediaman mereka bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Beliau berkata, langkah keselamatan sedemikian dilihatnya boleh menjadi sebahagian usaha mengekang berlaku lebih banyak kejadian penghuni terjatuh dari bangunan tinggi.

Katanya, penggubalan undang-undang itu perlu membabitkan perumahan kakitangan kerajaan kerana sudah berlaku beberapa kes sehingga mengakibatkan kematian.

"Usaha mewujudkan ketetapan bagi pembinaan baharu kediaman tinggi dilengkapkan keselamatan tambahan seperti pemasangan jeriji pada setiap tingkap dan balkoni adalah inisiatif baik yang perlu disegerakan," katanya kepada BH hari ini.

Semalam BH melaporkan, kerajaan diminta menggubal undang-undang mewajibkan pemasangan peralatan keselamatan seperti jeriji tingkap dan pintu kediaman tinggi bagi mengelak kejadian tidak diingini menimpa penghuni.

Pakar keselamatan binaan dan bomba berkata, pemasangan jeriji boleh mengelakkan kejadian buruk seperti kanak-kanak terjatuh daripada kondominium dan pangsapuri.

Pada awal Disember tahun lalu, anak perempuan Kamarulfaizal, Nur Alya Maisarah, 11, terjatuh dari tingkat empat sebuah pangsapuri di Presint 11, namun terselamat selepas ia menimpa bumbung sebuah kediaman di tingkat bawah pangsapuri berkenaan.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Putrajaya, dan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan selepas dua hari menerima rawatan di hospital.


Gambar fail pada Disember 2020 - Nur Alya bersama bapa, Kamarulfaizal Mohd Zani (kanan) menerima kunjungan dari wakil UMNO Putrajaya dikediamannya di Presint 11. - Foto NSTP

Kamarulfaizal berkata, sudah tiba masanya kerajaan menggubal undang-undang mewajibkan pemasangan jeriji kerana mereka sekeluarga sendiri pernah berdepan detik hitam.

Pun begitu, beliau dan keluarga bersyukur anaknya selamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, jeriji keselamatan itu sekurang-kurangnya dapat memberikan kelegaan kepada ibu bapa yang meninggalkan anak-anak di rumah kerana sejak akhir-akhir ini banyak berita menyiarkan kanak-kanak terjatuh dari bangunan tinggi.

"Saya berpandangan cadangan ini perlu disegerakan termasuk mewajibkan pemasangan di bangunan yang sudah siap dibina," katanya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.065830 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list