CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 650|Reply: 5

[Tempatan] Kerajaan P Pinang digesa hapus judi tanpa lesen

[Copy link]
Post time 29-11-2021 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
GEORGE TOWN: Ketua Pembangkang Pulau Pinang Muhammad Yusoff Mohd Noor menggesa pihak berkuasa menyemak semula pusat perjudian di negeri itu dan menghapuskan premis beroperasi tanpa lesen.

Beliau mendakwa, di kawasannya saja iaitu Sungai Dua, “lima hingga enam” premis seperti itu wujud dan patut dihapuskan.


“Buat permulaan kerajaan negeri patut menutup dan mengambil tindakan terhadap kedai judi yang tidak berlesen. Hapus itu dulu, yang berlesen kita kaji semulalah, Insya-Allah,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno itu ketika membahaskan bajet negeri 2022 pada sidang DUN.

Exco Phee Boon Poh kemudian mencelah dan meminta Yusoff menggesa orang Islam tidak memegang saham atau jawatan pengarah di mana-mana syarikat, selain kerajaan mengasingkan hasil cukai diperoleh daripada premis perjudian berlesen.

Bagaimanapun, Speaker Law Choo Kiang mengarahkannya tidak menyampuk Yusoff.

Selain itu, Yusoff menyelar “sikap hipokrit kerajaan Pulau Pinang dan pemimpinnya” apabila membantah projek penambakan di Melaka dan Forest City, Johor, memandangkan mereka juga sibuk menambak tanah di negeri itu.

Beliau memberikan sebagai contoh kerja penambakan seluas 650ha yang bakal dilakukan di Butterworth yang dikatakannya akan “menghapuskan” perkampungan nelayan Melayu dan Cina.

Bagaimanapun, Satees Muniandy (PH-Bagan Dalam) berkata, projek penambakan itu dicadangkan parti Yusoff dan Barisan Nasional (BN) ketika mentadbir Pulau Pinang, 20 tahun lalu.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/11/29/kerajaan-p-pinang-digesa-hapus-judi-tanpa-lesen/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2021 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Hapuskan judi haram. Judi halal takpe.

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 11:39 PM | Show all posts
Kenapa pulak nak kecoh pasal judi haram…kebodohan terserlah kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 08:50 AM | Show all posts
Semua negeri patut hapuskan semua perjudian merentasi jenama..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 09:06 AM | Show all posts
Payah weh nak hapuskan kedai nombor haram ni. Kedai tayar, kedai makan, kedai runcit ada je jual servis ni.

Majoriti yg beli orang melayu. Ialah kalau masuk yg halal nanti jabatan agama cekup. Baik beli yg haram. Bayar pun lebih.

Tu yg main 4D. Belum game judi online lagi. Bersepah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 09:11 AM | Show all posts
Phee Boon Poh pegi la balik New Zealand. dah ada PR sana dah pun, why meddle in the affairs of local Penang people? jagalah kebajikan penggembala kambing di NZ sudah lah
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.052386 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list