CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1117|Reply: 1

Layar gergasi, sukaneka rai aksi final Piala Malaysia

[Copy link]
Post time 29-11-2021 10:58 PM | Show all posts |Read mode

KETUA jurulatih JDT, Benjamin Mora (di belakang, dua dari kanan) menyaksikan anak-anak buahnya menjalani latihan akhir di Stadium MBPJ menjelang aksi final Piala Malaysia menentang KL City di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok. - FARIZ RUSADIO

Layar gergasi, sukaneka rai aksi final Piala Malaysia

SEGAMAT – Sempena perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-100, tayangan secara layar gergasi perlawanan antara Johor Darul Takzim (JDT) menentang KL City akan dipancarkan secara langsung di daerah ini malam esok.

Siaran langsung tersebut dianjurkan oleh Majlis Belia Daerah Segamat dengan kerjasama Pejabat Daerah Segamat, Pejabat Belia dan Sukan Daerah, Pejabat Penerangan Daerah dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Segamat.

Menurut Pengerusi Majlis Belia Daerah Segamat, Mohd Faiz Mohamad, tayangan layar gergasi itu akan bermula seawal pukul 8 malam bertempat di HUB Belia Jalan Kolam Air Daerah Segamat.

“Tujuan utama kita menganjurkan acara ini adalah untuk memberi peluang warga Segamat merasai kehangatan malam perlawanan akhir Piala Malaysia seakan-akan berada di stadium.

“Dengan pandemik Covid-19 yang masih menular dan sop kehadiran penonton terhad di Stadium Bukit Jalil, kita mengambil inisiatif ini bagi penduduk Segamat terus kekal selamat berada dalam lingkungan daerah,” katanya ketika di hubungi di Bandar Segamat hari ini.

Acara sampingan seperti food truck, penalti shoot out dan cabutan bertuah dengan hadiah menarik seperti jersi JDT dan lain-lain lagi dijangka memeriahkan tapak tayangan layar gergasi esok.

Sementara itu di Pontian, beberapa pertubuhan dan kelab bola sepak daerah ini akan turut menganjurkan tayangan layar gergasi perlawanan antara skuad Harimau Selatan dan skuad Warga Kota bagi merancakkan malam final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Lokasi pertama di pekarangan Dewan Haji Othman Kampung Parit Kudus yang dianjurkan oleh PT Kudus FC dengan kerjasama Jawatankuasa Dewan Haji Othman bermula pukul  8.30 malam.

Menurut Timbalan Presiden PT Kudus FC, Mohammad Isa Ami, pihaknya teruja untuk  turut sama memeriahkan perlawanan akhir sempena Sambutan 100 tahun Piala Malaysia pada tahun ini.

“Bagi  tujuan tersebut,  peminat yang datang juga berperluang untuk membawa balik hadiah cabutan bertuah yang disediakan oleh pihak penganjur,” katanya.

Satu lagi lokasi layar gergasi akan disediakan di R&R Simpang Tiga Kayu Ara Pasong anjuran bersama Pemuda UMNO Bahagian Pontian dengan kerjasama SRCC Parlimen Pontian.

Pengerusi  SRCC Parlimen Pontian, Muhd. Helmi Buang berkata, pihaknya berharap peminat dapat hadir ke lokasi  tayangan bermula pada pukul 8.30 malam sebelum pertandingan pada pukul  9.00 malam.

“Sebagai anak Johor,  tentu kita merasa  teruja untuk menyaksikan JDT mendakap Piala Malaysia pada usia 100 tahun pada malam esok walau hanya dari jauh,” katanya. – K! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/11 ... nal-piala-malaysia/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2021 12:09 AM | Show all posts
jdt kalah 3-1
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.061437 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list