CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 541|Reply: 0

[Sabah] Bantuan akan diteruskan dalam pasca pandemik

[Copy link]
Post time 29-11-2021 09:48 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan terus menyediakan bantuan kepada keluarga-keluarga di Sabah agar mereka mampu menjalankan kehidupan dalam era pasca pandemik COVID-19.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, pelbagai bantuan telah pun disalurkan kepada keluarga-keluarga yang terjejas sebelum ini.

"Bantuan dalam bentuk makanan dan kewangan telah disampaikan menerusi Bantuan Sabah Prihatin (BSP) 1.0, 2.0 dan yang terkini 3.0 kepada mereka yang pendapatan terjejas akibat COVID-19," katanya sempena Pelancaran Bulan Keluarga Malaysia peringkat Sabah, di sini hari ini.

Beliau berkata, dapatan kajian terhadap cabaran ibu bapa dan tekanan ketika berhadapan dengan pandemik COVID-19 menunjukkan 79.9 peratus keluarga telah terjejas pada gelombang ketiga.

"Oleh itu, institusi kekeluargaan ini perlu diberikan bantuan dalam usaha mengatasi isu berkaitan COVID-19.

"Kita bertuah pemimpin negara ini sangat komited untuk memulihkan Malaysia daripada masalah atau kesan pandemik.

"Konsep Keluarga Malaysia oleh Perdana Menteri adalah sangat tepat," katanya.

Hajiji berkata, kajian dilakukan ke atas kesan pandemik COVID-19 ke atas kehidupan, kerja dari rumah dan perancangan keluarga yang dilakukan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di Malaysia menunjukkan satu daripada empat responden berkata terdapat perubahan besar dalam kehidupan mereka.

Kata Hajiji, kesan terbesar adalah pengurusan kewangan keluarga dengan 49 peratus responden menjelaskan mereka tidak lagi menjamu selera di luar, 44 peratus mengurangkan perbelanjaan bulanan, 40 peratus menggunakan wang simpanan dan 28 peratus terpaksa mencari kerja sambilan.

"Walaupun kita terpaksa hidup bersama dengan COVID-19, namun ia bukanlah satu penghalang kepada kita untuk menguatkan hubungan kekeluargaan.

"Hubungan erat diantara ibu bapa dan anak akan bertindak sebagai barisan keselamatan dalam ahli keluarga yang menghadapi tekanan dan kesan negatif disebabkan pandemik ini," katanya.

Hajiji berharap sektor swasta, badan bukan kerajaan dan komuniti akan mampu menjalankan peranan masing-masing dengan memastikan program kebajikan keluarga dapat dilaksanakan dengan jayanya.

"Saya juga berharap Bulan Keluarga Malaysia yang akan disambut setiap November akan mampu menyatu-padukan Keluarga-Keluarga Malaysia untuk berhadapan dengan krisis ekonomi dan COVID-19," katanya.


utusanborneo.com.my/2021/11/29

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.068432 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list