CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 609|Reply: 0

[Sabah] APM laksana uji lari siren amaran sekitar Kota Kinabalu 1 Disember depan

[Copy link]
Post time 29-11-2021 09:47 PM | Show all posts |Read mode


SIREN AMARAN: Orang ramai diminta tidak panik semasa uji lari siren amaran dilaksanakan.

KOTA KINABALU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sabah akan melaksanakan sesi uji lari satu unit siren amaran awam pada 1 Disember depan.

Pengarah APM Sabah, Sharudin Md Zain berkata, siren amaran yang akan diuji itu telah dipasang di bangunan strategik di sekitar Kota Kinabalu.

Katanya, penyelengaraan telah dibuat ke atas siren tersebut dan kebolehfungsiannya akan diuji pada 1 Disember depan.

“Ujian akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada jam 11 pagi hingga 12 tengah hari dan waktu malam jam 10 hingga 11 malam.

“Semasa ujian itu dilakukan, kita akan melihat jarak jangkauan dan litupan bunyi yang boleh dicapai dari titik lokasi siren,” katanya dalam kenyataan medianya, di sini semalam.

Menurutnya, uji lari siren akan dilaksanakan dengan mengaktifkan dua nada bunyi dalam setiap fasa yang akan dioperasikan dalam tempoh selama dua minit bagi setiap nada bunyi.

“APM Sabah memohon kerjasama semua penduduk sekiranya mendengar bunyi siren tersebut agar tidak panik dan boleh meneruskan urusan masing-masing seperti biasa.

“Anggota APM Sabah akan ditempatkan di lokasi tertentu untuk memantau situasi keselamatan awam dalam tempoh uji lari siren amaran ini dilaksanakan,”katanya.


utusanborneo.com.my/2021/11/29

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.049997 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list