CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3730|Reply: 3

XPDC - Ntahye Ntahtidak

[Copy link]
Post time 29-11-2021 09:44 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ip_lepat at 29-11-2021 09:51 PM




XPDC - Ntahye Ntahtidak


Nak apa lagi kalau dah terungkap
Nak apa lagi kalau dah musnah semua
Begitulah dunia aman damai tanpa sengketa
Begitulah nasib suka duka ada hikmahnya

Oh kerana sabar itu separuh dari iman
Aku tetap aku walau dicampak ke lautan duka

Ntahye ntahtidak tutur kau penuh riak
Tak sedar diri untung nasib kau pun terpijak
Begitulah hidup manusia buta hatinya
Menilai sesuatu tanpa akal ikut nafsunya

Di mana terjawab semua yang benar tetap benar
Amalannya
Suka duka kita saudara
Tiada apa bezanya kita sama

Indahnya oh alam maya
Burung berkicau riang
Pohon menghijau

Apa yang nak dikesalkan
Gagal bukan penghalang

Buat pedoman
Buat pedoman

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-11-2021 09:44 PM | Show all posts


Ntahye Ntahtidak
Album - Rasopariso (2009)

Lagu - XPDC
Lirik - Izo





Nama sebenar Izo adalah Mohd Zulkifly dilahirkan pada 4 Februari 1967 Kelantan dibesarkan di Batu Gajah Perak . Dan kini Izo dilihat akan mempunyai pewaris yang mempunyai gaya permainan gitar dan solo yang mirip sepertinya iaitu anaknya sendiri Arif yang kini selalu bersama ayahnya Izo dalam bersama mejayakan persembahan pentas XPDC.

Mohd Zulkifly Nik Hussin atau lebih dikenali sebagai Izo XPDC merupakan pemain gitar utama bagi kumpulan XPDC. Beliau merupakan Guitarist utama XPDC sejak awal penubuhan kumpulan XPDC bermula dari era band Tragedy hinggalah sekarang apabila XPDC berpecah kepada dua band. Satu XPDC Izo dan satu lagi XPDC Mael.

Izo merupakan satu-satunya anggota XPDC paling lama kekal dan tidak pernah meninggalkan kumpulan XPDC dari awal penubuhan kumpulan ini dan kini mengetuai kumpulan XPDC lineup sendiri bersama vokalis Ali, Bassist Eddy dan juga Drummer Lola dan mereka baru sahaja menerbitkan album XPDC terbaru berjudul DOA.

Menarik mengenai Izo kebanyakan lagu, susunan muzik, riff dan solo gitar dalam album-album XPDC sebelum ini adalah ciptaan beliau dan JS Kevin yang membuatkan XPDC mempunyai trademark sound dan identiti muzik mereka sendiri hingga digelar Metallica Malaysia. Izo juga turut bertindak sebagai penerbit bersama untuk album-album XPDC.

Izo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 10:37 PM | Show all posts
mael ttp pujaan hatikuuuuuuu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2021 10:40 PM | Show all posts
musangbodoh replied at 29-11-2021 10:37 PM
mael ttp pujaan hatikuuuuuuu

dia mmg lejen wpun suara agak parah skrg
tkde sapa blh ganti dia  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.077468 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list