CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 648|Reply: 1

[Sarawak] Cuaca sejuk negara import punca harga sayur naik

[Copy link]
Post time 29-11-2021 09:37 PM | Show all posts |Read mode


Penguat kuasa KPDNHEP Sarawak membuat pemeriksaan harga sayur.

KUCHING: Faktor cuaca sejuk sekali gus menjejaskan tanaman di negara pengimport sayur antara punca utama kenaikan harga sayur terutamanya sayuran jenis berdaun, di Sarawak.

Antaranya kubis bulat yang diimport di China, kubis Beijing, kubis bunga dan brokoli.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjelaskan, hal ini menyebabkan harga sayur mengalami kenaikan sehingga 20 peratus terutamanya sayuran yang diimport dari China.

"Selain faktor cuaca, kenaikan pertukaran mata wang dollar 1USD berbanding Ringgit Malaysia turut menjadi faktor kenaikan harga sayuran berkenaan," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Berhubung sayur tempatan, setakat ini tiada masalah dari segi bekalan sayur berkenaan.

"Bagaimanapun, kenaikan harga antara 10 peratus hingga 20 peratus turut berlaku bagi sayur sawi, kacang buncis, kacang panjang dan cili disebabkan musim tengkujuh sekarang ini.

"Namun, pemborong dan pengimport memberi jaminan bahawa situasi ini bersifat sementara dan bekalan harga sayur akan pulih seperti biasa pada hujung Disember ini," kata kenyataan itu.

Notis pengesahan maklumat barangan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011 telah diserahkan kepada pemborong dan pengimport yang terlibat.

Selain itu, pengguna juga boleh mendapatkan maklumat perbandingan harga barangan keperluan dengan memuat turun aplikasi 'price catcher' yang dibangunkan menggunakan platform Android dan iOS.

Aplikasi ini memaparkan maklumat harga lebih 400 barangan keperluan pengguna seluruh negara secara harian, mingguan dan bulanan.

"Melalui aplikasi ini, pengguna dapat menjimatkan masa dan kos untuk membuat perbandingan harga antara premis yang berlainan di sesuatu kawasan.

"Pengguna juga dapat merancang perbelanjaan dengan memilih premis yang menawarkan harga berpatutan sekali gus mengoptimumkan perbelanjaan," katanya lagi.

Justeru, bahagian penguat kuasa KPDNHEP Sarawak akan terus menjalankan pemeriksaan di setiap peringkat pengedaran bagi memastikan harga sayur-sayuran di pasaran masih baik dan memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan untuk mendapatkan untung berlebihan.

Pengguna juga boleh menyalurkan maklumat atau aduan berkaitan peniaga yang didapati menjalankan aktiviti menyalahi undang-undang kepada pihak kementerian melalui portal e-aduan.kpdnhep (https://eaduan.kpdnhep.gov.my), pusat pangggilan 1 800 886 800, e-mel e-aduan@kpdnhep.gov.my, Ez ADU KPDNHEP (aplikasi telefon pintar) dan Pusat Arahan Penguatkuasaan (03 8882 6088/6245).


utusanborneo.com.my/2021/11/29




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2021 10:35 PM | Show all posts
aku dh kte lama dh...kobis korang mkn dh lama dtg dr cina...

kt ch tu poyo je...sume cuci duit jaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.063598 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list