CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 588|Reply: 0

[Sarawak] 200 Wifi SALURAN dibina di Sarawak

[Copy link]
Post time 29-11-2021 09:30 PM | Show all posts |Read mode


Awang Tengah (tiga kiri), Dr Abdul Rahman, Denney (kanan) semasa pelancaran SALURAN dan JENDELA di Kampung Pahlawan hari ini.

LIMBANG: Sebanyak 200 Wifi Sarawak Linking Urban, Rural and Nation (SALURAN) yang merupakan inisiatif di bawah pelaksanaan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) berjaya dibina di seluruh negeri sehingga pada Mac tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, dengan adanya inisiatif-inisiatif oleh kerajaan Sarawak dan kerajaan persekutuan, bahagian Limbang dijangka dapat meningkatkan liputan telekomunikasi yang efesien daripada 48.5 peratus kepada 98.4 peratus pada penghujung 2022.

“Pembangunan infrastruktur digital ini seterusnya akan dilakukan secara strategik bersesuaian dengan acuan negeri Sarawak yang sangat luas ke arah pendigitalan dalam pelbagai sektor ekonomi,” katanya semasa melancarkan SALURAN-Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan Perasmian Pusat Komuniti Digital (DCC) di Dewan Kampung Pahlawan, Limbang hari ini.

Hadir sama Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Danau [url=mailtoalu@Paulus]Palu@Paulus[/url] Gumbang, Residen Bahagian Limbang Ir Ahmad Denny Ahmad Fauzi, Pengurus Besar SMA Dr Zaidi Razak, Ketua Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Cawangan Miri Fadzlida Hanim Abdul Razak.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan  Sumber Asli Kedua dan  Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak menjelaskan bagi Limbang, sebanyak enam lokasi telah diberikan kemudahan Wifi SALURAN.

Ia merangkumi Kampung Ipai, Kampung, Maruyu, Kampung Merajang, Long Rayeh, Rumah Rumpang dan Krangan Ma untuk memberi kemudahan secara percuma penduduk setempat yang tidak mempunyai liputan internet dengan menggunakan teknologi Very Small Aperture Terminal (VSAT).

“Selain itu, Sarawak Rural Broadband Network (MySRBN) adalah salah satu inisiatif oleh kerajaan Sarawak melalui SDEC untuk memperluaskan liputan jalur lebar sehingga 5 kilometer keluasan dengan menggunakan teknologi Fixed Wireless Access (FWA),” katanya.

Beliau berkata menara-menara telekomunikasi yang siap dibina dan yang akan dibina di bawah inisiatif kerajaan negeri akan dilengkapi dengan teknologi tersebut.

Kata beliau sebanyak 34 kawasan di Limbang telah menerima manfaat daripada perkhidmatan MySRBN yang mana akan memberikan kelajuan internet kepada lebih daripada 45,000 penduduk di kawasan ini dengan kelajuan internet sehingga 30Mbps.

“Di bawah inisiatif JENDELA oleh Kerajaan Persekutuan, sebanyak 22 tapak di daerah Limbang telah dikenal pasti dan akan mendapat akses perkhidmatan capaian jalur lebar melalui satelit (VSAT) dengan menyediakan perkhidmatan 4G yang dijangka akan memulakan pembinaan pada Disember 2021 dan dijangka siap pada penghujung tahun 2022,” katanya lagi.

Beliau menambah kerajaan Persekutuan tidak mengetepikan  keperluan rakyat Sarawak dan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk memastikan sinergi dalam melaksanakan inisiatif SALURAN.

“Dalam merancang dan melaksanakan agenda ekonomi digital Sarawak, kerajaan negeri peka kepada keperluan seluruh pelosok masyarakat.

“Untuk mengurangkan jurang digital di kalangan masyarakat, program digital inclusivity rancak dilaksanakan supaya semua masyarakat dapat mengikut serta dalam agenda ekonomi digital kerajaan,” katanya.



utusanborneo.com.my/2021/11/29

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.169584 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list