CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 588|Reply: 0

[Sarawak] Tergoda komisen lumayan, wanita rugi RM26,937

[Copy link]
Post time 29-11-2021 09:27 PM | Show all posts |Read mode


BINTULU: Gara-gara terpengaruh dengan komisen lumayan yang ditawarkan oleh sebuah agensi pekerjaan tidak wujud dalam laman sosial Facebook, seorang wanita tempatan mengalami kerugian sebanyak RM26,937 pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Zulkipli Suhaili (gambar) dalam kenyataannya hari ini berkata, mangsa berumur 21 tahun yang bekerja sebagai akauntan di sebuah syarikat di sini telah dijanjikan dengan komisen sebanyak 15 peratus dari nilai harga produk yang ditawarkan.

Beliau berkata, kejadian bermula sejak 21 November lepas apabila mangsa melihat iklan tawaran pekerjaan separuh masa ketika mangsa melayari laman sosial Facebook.

"Mangsa yang berminat bagi menjalankan pekerjaan sambilan itu kemudiannya berurusan dengan seorang individu yang juga wanita yang kononnya membantu mangsa untuk melakukan kerja sambilan berkenaan," jelasnya.

Katanya, tertarik dengan pulangan lumayan yang ditawarkan, mangsa bersetuju untuk melakukan tugas yang diberikan.

Pada mulanya menurut Zulkipli, mangsa diarahkan untuk membuat pembayaran ke atas produk yang diberikan melalui aplikasi WhatsApp mengikut masa yang ditetapkan dan mangsa telah mendapat keuntungan yang dijanjikan.

Selepas berjaya melakukan tugasan itu ujarnya, mangsa diarahkan oleh sindiket terbabit untuk melakukan tugasan yang seterusnya sehingga 10 tugasan dan diminta untuk membuat pembayaran ke beberapa akaun bank yang diarahkan oleh sindiket.

"Mangsa hanya menyedari yang dirinya ditipu apabila mangsa bertanyakan tentang wang miliknya termasuk pulangan yang dijanjikan, namun sindiket memberikan pelbagai alasan dan meminta mangsa untuk melakukan tugasan lain bagi melayakkan mangsa menebus modal dan komisen yang ditawarkan," ujar beliau.

Menyedari dirinya ditipu, mangsa bertindak membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan berhubung perkara berkenaan.

Zulkipli dalam masa sama mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan tawaran kerja separuh masa yang menjanjikan pulangan lumayan melalui media sosial dan sentiasa berwaspada dengan taktik-taktik penipuan atas talian.

Orang ramai juga katanya  dinasihatkan agar membuat semakan dengan pihak berwajip sebelum melakukan sebarang urusan perniagaan dan pekerjaan di mana-mana laman sosial.


utusanborneo.com.my/2021/11/29

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.082384 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list