CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 606|Reply: 1

[Sarawak] Covid-19 29/11/2021

[Copy link]
Post time 29-11-2021 09:25 PM | Show all posts |Read mode





COVID-19: Sarawak kembali rekod kes dua angka

KUCHING: Sarawak merekodkan kes positif baharu COVID-19 dua angka buat pertama kalinya sejak beberapa bulan lalu dengan 98 kes dilaporkan hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataannya hari ini berkata dengan penambahan 98 kes baharu itu, jumlah kumulatif kes COVID-19 di Sarawak setakat ini, 250,622.

Menjelas lanjut JPBNS berkata bagi kes harian hari ini kategori dua (gejala ringin) merekodkan jumlah tertinggi iaitu 53 kes diikuti kategori satu (tiada gejala) 42 kes, kategori tiga (jangkitan paru-paru) dan kategori empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen) masing-masing dua kes manakala kategori lima (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator) satu kes.

"Di daerah Kuching 34 kes positif baharu COVID-19 direkodkan, jumlah tertinggi  hari ini, diikuti Miri (17), Sibu (12), Lawas (10), Bintulu (7), Dalat (5), Samarahan (4), Limbang, Kanowit, Kapit (masing-masing dua), Matu, Song dan Asajaya (masing-masing satu)," katanya.

JPBNS juga memaklumkan satu kes kematian akibat COVID-19 dikesan di negeri ini pada 26 November 2021 melibatkan wanita, 79 tahun dari Samarahan.

Kes itu dikategorikan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) dan mempunyai komorbid seperti darah tinggi, kencing manis, dislipdemia, penyakit buah pinggang kronik dan penyakit jantung.

"Satu lagi kematian akibat COVID-19 dilaporkan pada 27 November 2021 . Mangsa lelaki, 78 tahun dari Kuching, meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS).
"Mangsa juga mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung," jelasnya.

Sementara itu jumlah kluster COVID-19 yang masih aktif kekal empat setelah tiada kluster baharu diisytiharkan juga ditamatkan.

Empat kluster yang masih aktif itu ialah Kluster Putai 2, Bukit Mabong, Kluster Ensurai, Limbang, Kluster Jalan Sultan Rengah Rampangi, Kuching dan Kluster Jalan Ong Tiang Swee, Kuching.


utusanborneo.com.my/2021/11/29

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-11-2021 09:26 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.053287 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list