CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1136|Reply: 14

[Tempatan] RM4.5 juta untuk panda, RM0 untuk Harimau Malaya

[Copy link]
Post time 29-11-2021 07:51 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 29-11-2021 07:54 PM



RM4.5 juta untuk panda, 0 ringgit untuk Harimau Malaya
Diterbitkan:  Nov 29, 2021 5:40 PM





Anggota parlimen DAP dan PAS mempersoalkan ketiadaan peruntukan untuk Pusat Pemuliharaan Harimau Kebangsaan (NTCC) dalam Belanjawan 2022.


Cha Kee Chin (Rasah-DAP) berkata setiap tahun lebih kurang RM4.5 juta diperuntukkan untuk konservasi panda.


“Ya betul, kita ada perjanjian antarabangsa dengan Cina berkenaan panda yang ditempatkan di zoo negara.




"Dan saya sendiri menyambut baik kerana ia tarikan pelancongan. Saya sendiri pernah pergi dua kali zoo negara, ia boleh bantu zoo negara jana keuntungan.



Cha Kee Chin




“Pusat Pemuliharaan Harimau Kebangsaan, tahun lepas (peruntukan) RM1.7 juta, tahun sebelum tu RM1 juta. Tahun ini kosong. Saya nak tanya, kenapa?


“Saya setuju kita lindungi panda tapi jangan ini harimau made in Malaysia kita pinggirkan,” katanya.


Dia memohon campur tangan menteri dan mengingatkan supaya jangan kera di hutan disusukan, anak sendiri di rumah kebuluran.


Sementara itu, Shaharizukirnain Abdul Kadir (Setiu-PAS), berkata kajian National Tiger Survey mendapati bilangan Harimau Malaya yang direkodkan kurang daripada 200.


Katanya, data ini menunjukkan bilangan populasi yang amat membimbangkan dan boleh membawa kepada kepupusan dalam tempoh lima tahun.


“Soalan saya, kenapa tiada bajet peruntukan bagi peruntukan ini bagi tahun 2022?”


“Jika pusat telah pun siap dibina 100 peratus namun tidak mustahil peruntukan tambahan diperlukan setelah dibenarkan pengoperasiannya.”


Abdul Latiff Abdul Rahman (Kuala Krai-PAS) pula bertanya adakah tiada peruntukan diberikan kerana bilangan Harimau Malaya bertambah.


“Kenapa perkara ini berlaku? Adakah harimau sedang bertambah sebab itu tiada peruntukan?”


Menteri perjelas


Sementara itu, dalam ucapan penggulungan, Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan memberi maklum balasnya.


“Untuk makluman, NTCC satu projek yang telah siap sepenuhnya. Dan NTCC ini satu tempat dgunakan dan dibina dengan pagarnya untuk tujuan lepaskan harimau-harimau ini.


“(Ia) dipanggil rewilding, dari buat tempat rehab di Sungkai dan beberapa tempat akan dilepaskan di NTCC. Sebab itu tahun ini tiada peruntukan.”


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2021 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Korang apa tahu..hubungan macam inilah yg kita mahu..abang besar maaaa..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2021 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
orion_pax replied at 29-11-2021 08:34 PM
Korang apa tahu..hubungan macam inilah yg kita mahu..abang besar maaaa..

Tapi x patut la sampai mengabaikan harimau malaya.ikon negara tuuu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 29-11-2021 11:51 PM

Ni kalo buat zaman ph 22bulan dulu,smpai kiamat la walauncai meratib tuduh kjaan bela komunis dlm zoo sambil buat demo depan Sogo

Tapi sbb Jibby yg start bawak masuk panda walaun pun krik2 je lah wlaupun berjuta duit rakyat hangus wat bela panda prc komunih ni

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Legasi najib panda ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 10:13 PM | Show all posts
bagi ja harimau makan panda. mesti sedap macam wagyu.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2021 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau harimau, pasukan harimau malaya la kena bantu derma. kalau panda, foodpanda la support. tak gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
akuman1981 replied at 30-11-2021 09:52 AM
kalau harimau, pasukan harimau malaya la kena bantu derma. kalau panda, foodpanda la support. tak gi ...

Dulu2 zoo negara best setiap binatang ada corporate companies sponsor.. rimau maybank sponsor, unta arab malaysian sponsor.. pastu apasal pegi buang kfc tgh2 tasik tu? Woi itulah daya tarik pegi zoo makan kfc tgh tasik sambil tgk org kayuh2 sampan la gondola la.. ini skang kau bg org masuk memancing lak kat tasik tu sambil2 biawak menyusup sana sini apooo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2021 10:01 AM | Show all posts
fefeeling replied at 30-11-2021 09:57 AM
Dulu2 zoo negara best setiap binatang ada corporate companies sponsor.. rimau maybank sponsor, unt ...

iols msuk zoo negara aritu pun sendu jah. yg best kt tempat haiwan2 reptilia sebab ada aircond n bangunan baru rasanya... mcm tempat2 lain utk haiwan lain oh sedihh... spe rumah dia dekat2 situ untung la hari2 bleh tgok haiwan dari tingkap tingkat atas free2 jah...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by fefeeling at 30-11-2021 10:03 AM

Boleh tak aku rasa building finas tu tukar tempat lain? Clearkan tanah tu buat parking lot cos salah satu buat org menyampah pegi is susah parking.. yg pergi all families with small kids bawak strollers bagai bagi la facilities elok2.. these families have money ok, kau charge 40 masuk zoo pun diorang leh bayar otherwise they won’t go in the first place.. banyakkan lagi facilities kat dalam zoo tu, tarik fast food chains masuk bukak kedai, ada playground, sampan2 gondola kayuh2 tu buat balik alang2 ada tasik.. animal shows jangan la suka suki cancel, org dtg susah payah nak tgk hanjeng laut lompat2 kau pi cancel amende laa.. banyakkan trip utk keretapi tu jalan2 dlm kawasan zoo for easy access utk org yg ada anak ramai or yg bawak parents tua.. these people got money ready to spend percayalahhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Najibun senyum sinis..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 30-11-2021 10:01 AM
iols msuk zoo negara aritu pun sendu jah. yg best kt tempat haiwan2 reptilia sebab ada aircond n b ...

Management tahi camni lah memang tak ke mana zoo kita.. membe ioll ada duk kt blakang2 tu dia ckp tgh duk umah rilek2 know know dengar je harimau mengaum
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 10:10 AM | Show all posts
bukan zoo negara dok rayu dana konon haiwan dalam tu xcukup makanan ke?
zoo negara ni telus ke tak? rasa ramai yang dok donate
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Teruk betol zoo negara sekarang ni
Nasib la aku pergi time zoo negara masih ok
Anak aku merasa la jugak
Masa tu KFC zoo pun ada lagi
Tapi aku tak ambik tiket tengok panda la
Buang masa dan duit je
Harga asing. Ntah pape
Haiwan yang ada pun letih nak round 1 zoo tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 10:29 AM | Show all posts
hidup lg ke panda tu

yg rimau tu ape maksudnya?
nk pindah ke sungkai ke


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.072361 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list