CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
1234Next
Return to list New
View: 3328|Reply: 64

[Dunia] Varian Omicron. TERKINI, Jepun dah tutup sempadan. Airport Haneda Tokyo kembali lengang

  [Copy link]
Post time 29-11-2021 07:39 PM | Show all posts |Read mode
Jepun tutup sempadan kerana varian COVID-19 Omicron
November 29, 2021 @ 7:07pm

TOKYO: Jepun menyertai negara lain menyekat semua kemasukan pelancong asing bagi membendung penularan varian baharu COVID-19, Omicron.

Kerajaan negara itu adalah yang terbaru mengambil langkah mengetatkan kawalan sempadan dengan menyekat semua ketibaan pelawat asing, hanya beberapa minggu selepas membenarkan pemegang visa tertentu memasuki negara itu.

Perdana Menteri, Fumio Kishida, berkata negara itu berada dalam kedudukan yang lebih kuat terhadap varian Omicron berbanding negara lain, merujuk kepada keberkesanan pemakaian pelitup muka secara sukarela dan kawalan kendiri.

Varian itu juga menimbulkan kebimbangan kepada Australia, yang sebelum ini mahu mempertimbangkan pembukaan semula sekatan sempadan dalam masa dua hari, namun sudah mengesan tiga kes positif varian Omicron setakat ini.

Ia dikesan pada penumpang yang menaiki penerbangan dari selatan Afrika ke Australia, yang mana dua daripada mereka mendarat di Sydney dan seorang di utara bandar Darwin.

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison, dilihat keberatan untuk melaksanakan semula sekatan penutupan sempadan ketat seperti yang dilaksanakan awal tahun ini.

"Kita bukan hanya perlu belajar untuk hidup bersama COVID-19, tetapi perlu belajar untuk hidup bersama variannya juga," katanya.

Ketika ini, ketidakpastian menyelubungi ramai mengenai tahap penularan Omicron dan sejauh mana ia tahan terhadap vaksin sedia ada.

Sebuah hospital berprestij di Rom, Hospital Bambino Gesu semalam mengeluarkan 'imej' pertama strain baharu itu dan mengesahkan lebih banyak mutasi daripada yang dilihat dalam varian Delta, namun menyatakan ia tidak bererti ia lebih berbahaya. - AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa yg plsn nk travel oversea kena bersedia...duit emergency, insurance etc...keadaan luar jangkaan..tgh bercuti tutup sempadan ...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 09:26 PM | Show all posts
me12345 replied at 29-11-2021 12:56 PM
Sapa yg plsn nk travel oversea kena bersedia...duit emergency, insurance etc...keadaan luar jangkaan ...

Rasanya dua tiga tahun lagi baru okey kalu nak travel semula kot... harga tiket flight pun dah tak semurah dulu dah... nak jaga sop lagi, kena kuarantin lagi... lainla kalu pegi oversea nak bekerja...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
omicron = moronic
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2021 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum ni Delta
huruf D
now Omicron
huruf O
mcm tak ikut turutan ja
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
me12345 replied at 29-11-2021 08:56 PM
Sapa yg plsn nk travel oversea kena bersedia...duit emergency, insurance etc...keadaan luar jangkaan ...

Agency pelancongan dah buka trip untuk bulan 12 ni daaa. Plan sambut musim salji katanya
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Negara lain awal2 dah tutup sempadan. Betol2 taknak bagi peluang omicron masuk. Malaysia bila lagi. Jangan kes dah tinggi baru nak ttp
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
abeh tu vaksin² setiap 6 bulan ni apa guna. atau adakah disebabkan vaksin² ni la virus doi mutate dlm perumah provaks.

tp doktor afrika kata omicron ni rilek² ja kat sana. kuarantin kat umah je no drama. who yg drama lebih
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru je rasa nak tarik nafas skit. Tiba2 dtg omicron.

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Radzor replied at 29-11-2021 11:47 PM
abeh tu vaksin² setiap 6 bulan ni apa guna. atau adakah disebabkan vaksin² ni la virus doi mutate  ...

Tula kata variant yg ni tak bahaya, tapi fear mongering kemain lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2021 03:04 PM | Show all posts
Jepun kembali ketatkan peraturan sempadan akibat ancaman Omicron
Bernama
November 30, 2021 14:50 MYT

TOKYO: Jepun membatalkan keputusan mengurangkan tempoh kuarantin kepada warga tempatan yang lengkap vaksin COVID-19 serta rakyat asing yang mempunyai visa pemastautin dan penduduk tetap, disebabkan kemunculan varian Omicron, bermula 1 Disember.

Kementerian Luar Jepun dalam satu kenyataan memaklumkan, kini semua pihak yang tiba di negara itu termasuk mereka yang sudah lengkap vaksinasi dan mempunyai sijil perakuan sewajarnya, perlu menjalani tempoh kuarantin mandatori selama 14 hari, lapor Sputnik.

Sebagai tambahan, keperluan sekatan perjalanan mandatori selama tiga hari di hotel khas turut dikuatkuasakan semula.
-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
2 tahun lg kot selesa sikit nk travel..skrg masih lom stabil ..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 06:40 PM | Show all posts
me12345 replied at 29-11-2021 08:56 PM
Sapa yg plsn nk travel oversea kena bersedia...duit emergency, insurance etc...keadaan luar jangkaan ...

Dah ada kes pun tersangkut tak boleh balik sebab lockdown tapi belah europe sana.  Betul tu duit kalau cukup2 je eloklah tangguh nak kemana2 dulu sampai selesai musim wabak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2021 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 29-11-2021 11:08 PM
Sebelum ni Delta
huruf D
now Omicron

nak letak Xi /ksi nti Xi Jinpeng mengamuk
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2021 12:25 AM | Show all posts
sblm booster n variant Omicron wujud, ramai mendakwa beksin kobid sebatkan heart failure n inflammation juga blood clots.
la ni tetiba simptom omicron ni ada gejala yg sama jugak..

Adakah, AEFI dari beksin kobed tu adalah variant omicron?!

Cover up?!




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2021 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
pengecatbintang replied at 1-12-2021 12:25 AM
sblm booster n variant Omicron wujud, ramai mendakwa beksin kobid sebatkan heart failure n inflammat ...

Hehe .....

Terpaksa ulang script sama for next Plateau.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2021 03:59 AM From the mobile phone | Show all posts
pantas btl krjn jepun bertindak...
katanya variant nie lebih 14% kelajuan utk kite padam...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2021 08:53 AM | Show all posts
Saje je tau omicron ni, baru nak berjimba-jimba
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2021 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 29-11-2021 11:08 PM
Sebelum ni Delta
huruf D
now Omicron

WHO kata nama2 yg sblm O tak sesuai digunakn
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2021 09:18 AM | Show all posts
heran...banyak banyak virus dlm dunia, covid ini yg paling cepat mutasi, cepat keluar yg baru....virus sars, flu, Hib, aids etc tak bermutasi pula??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Forum Hot Topic



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

24-1-2022 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.102233 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list