View: 4696|Reply: 64
|
[Dunia]
Varian Omicron. TERKINI, Jepun dah tutup sempadan. Airport Haneda Tokyo kembali lengang
[Copy link]
|
|
Jepun tutup sempadan kerana varian COVID-19 Omicron
November 29, 2021 @ 7:07pm
TOKYO: Jepun menyertai negara lain menyekat semua kemasukan pelancong asing bagi membendung penularan varian baharu COVID-19, Omicron.
Kerajaan negara itu adalah yang terbaru mengambil langkah mengetatkan kawalan sempadan dengan menyekat semua ketibaan pelawat asing, hanya beberapa minggu selepas membenarkan pemegang visa tertentu memasuki negara itu.
Perdana Menteri, Fumio Kishida, berkata negara itu berada dalam kedudukan yang lebih kuat terhadap varian Omicron berbanding negara lain, merujuk kepada keberkesanan pemakaian pelitup muka secara sukarela dan kawalan kendiri.
Varian itu juga menimbulkan kebimbangan kepada Australia, yang sebelum ini mahu mempertimbangkan pembukaan semula sekatan sempadan dalam masa dua hari, namun sudah mengesan tiga kes positif varian Omicron setakat ini.
Ia dikesan pada penumpang yang menaiki penerbangan dari selatan Afrika ke Australia, yang mana dua daripada mereka mendarat di Sydney dan seorang di utara bandar Darwin.
Perdana Menteri Australia, Scott Morrison, dilihat keberatan untuk melaksanakan semula sekatan penutupan sempadan ketat seperti yang dilaksanakan awal tahun ini.
"Kita bukan hanya perlu belajar untuk hidup bersama COVID-19, tetapi perlu belajar untuk hidup bersama variannya juga," katanya.
Ketika ini, ketidakpastian menyelubungi ramai mengenai tahap penularan Omicron dan sejauh mana ia tahan terhadap vaksin sedia ada.
Sebuah hospital berprestij di Rom, Hospital Bambino Gesu semalam mengeluarkan 'imej' pertama strain baharu itu dan mengesahkan lebih banyak mutasi daripada yang dilihat dalam varian Delta, namun menyatakan ia tidak bererti ia lebih berbahaya. - AFP
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sapa yg plsn nk travel oversea kena bersedia...duit emergency, insurance etc...keadaan luar jangkaan..tgh bercuti tutup sempadan ... |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya dua tiga tahun lagi baru okey kalu nak travel semula kot... harga tiket flight pun dah tak semurah dulu dah... nak jaga sop lagi, kena kuarantin lagi... lainla kalu pegi oversea nak bekerja...
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 29-11-2021 11:08 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Sebelum ni Delta
huruf D
now Omicron
huruf O
mcm tak ikut turutan ja |
|
|
|
|
|
|
|
me12345 replied at 29-11-2021 08:56 PM
Sapa yg plsn nk travel oversea kena bersedia...duit emergency, insurance etc...keadaan luar jangkaan ...
Agency pelancongan dah buka trip untuk bulan 12 ni daaa. Plan sambut musim salji katanya |
|
|
|
|
|
|
|
Negara lain awal2 dah tutup sempadan. Betol2 taknak bagi peluang omicron masuk. Malaysia bila lagi. Jangan kes dah tinggi baru nak ttp |
|
|
|
|
|
|
|
abeh tu vaksin² setiap 6 bulan ni apa guna. atau adakah disebabkan vaksin² ni la virus doi mutate dlm perumah provaks.
tp doktor afrika kata omicron ni rilek² ja kat sana. kuarantin kat umah je no drama. who yg drama lebih |
|
|
|
|
|
|
|
Baru je rasa nak tarik nafas skit. Tiba2 dtg omicron.
|
|
|
|
|
|
|
|
Radzor replied at 29-11-2021 11:47 PM
abeh tu vaksin² setiap 6 bulan ni apa guna. atau adakah disebabkan vaksin² ni la virus doi mutate ...
Tula kata variant yg ni tak bahaya, tapi fear mongering kemain lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Jepun kembali ketatkan peraturan sempadan akibat ancaman Omicron
Bernama
November 30, 2021 14:50 MYT
TOKYO: Jepun membatalkan keputusan mengurangkan tempoh kuarantin kepada warga tempatan yang lengkap vaksin COVID-19 serta rakyat asing yang mempunyai visa pemastautin dan penduduk tetap, disebabkan kemunculan varian Omicron, bermula 1 Disember.
Kementerian Luar Jepun dalam satu kenyataan memaklumkan, kini semua pihak yang tiba di negara itu termasuk mereka yang sudah lengkap vaksinasi dan mempunyai sijil perakuan sewajarnya, perlu menjalani tempoh kuarantin mandatori selama 14 hari, lapor Sputnik.
Sebagai tambahan, keperluan sekatan perjalanan mandatori selama tiga hari di hotel khas turut dikuatkuasakan semula.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
2 tahun lg kot selesa sikit nk travel..skrg masih lom stabil .. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah ada kes pun tersangkut tak boleh balik sebab lockdown tapi belah europe sana. Betul tu duit kalau cukup2 je eloklah tangguh nak kemana2 dulu sampai selesai musim wabak ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 replied at 29-11-2021 11:08 PM
Sebelum ni Delta
huruf D
now Omicron
nak letak Xi /ksi nti Xi Jinpeng mengamuk |
|
|
|
|
|
|
|
sblm booster n variant Omicron wujud, ramai mendakwa beksin kobid sebatkan heart failure n inflammation juga blood clots.
la ni tetiba simptom omicron ni ada gejala yg sama jugak..
Adakah, AEFI dari beksin kobed tu adalah variant omicron?!
Cover up?!
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
pengecatbintang replied at 1-12-2021 12:25 AM
sblm booster n variant Omicron wujud, ramai mendakwa beksin kobid sebatkan heart failure n inflammat ...
Hehe .....
Terpaksa ulang script sama for next Plateau.
|
|
|
|
|
|
|
|
pantas btl krjn jepun bertindak...
katanya variant nie lebih 14% kelajuan utk kite padam... |
|
|
|
|
|
|
|
Saje je tau omicron ni, baru nak berjimba-jimba |
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 replied at 29-11-2021 11:08 PM
Sebelum ni Delta
huruf D
now Omicron
WHO kata nama2 yg sblm O tak sesuai digunakn |
|
|
|
|
|
|
|
heran...banyak banyak virus dlm dunia, covid ini yg paling cepat mutasi, cepat keluar yg baru....virus sars, flu, Hib, aids etc tak bermutasi pula?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|