CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1739|Reply: 14

[Dunia] Laporan fenomena Matahari lenyap cetus kebimbangan ramai

[Copy link]
Post time 29-11-2021 05:43 PM | Show all posts |Read mode

Sekiranya Matahari lenyap, manusia tidak akan menyedari keadaan itu selama lapan minit. – Getty

Laporan fenomena Matahari lenyap cetus kebimbangan ramai

LONDON – Satu laporan mengenai kesan yang dialami Bumi sekiranya Matahari lenyap telah mencetuskan panik dalam kalangan netizen dengan ramai meluahkan rasa bimbang dan resah mengenai fenomena tersebut, lapor akhbar Daily Star semalam.

Laporan dikeluarkan majalah New Scientist itu mendakwa bahawa sekiranya Matahari lenyap, Bumi akan terapung dan ‘hanyut’ di angkasa lepas.

Penduduk Bumi bagaimanapun didakwa tidak akan berdepan dengan kegelapan selama lapan minit, iaitu tempoh masa diambil bagi cahaya Matahari untuk sampai ke planet ini.

Laporan itu mencetuskan kebimbangan bahawa manusia tidak akan menyedari mengenai kehilangan Matahari selama tempoh masa tersebut, sebaliknya Bumi akan terus terapung di angkasa lepas.

Seorang pesohor media sosial dari Britain, LittlestChicken, berkongsi pandangannya mengenai laporan tersebut yang menambahkan lagi kebimbangan dalam kalangan orang ramai.

“Laporan itu mendakwa bahawa sekiranya Matahari lenyap, kita tidak akan menyedari fenomena itu selama lapan minit.

“Bagaimanapun, sejurus selepas kita menyedarinya, ia sudah tidak berguna lagi kerana Bumi akan terapung di angkasa lepas sehingga ia menemui bintang baharu.

“Bermula saat ini sehingga saya mati, saya akan sering memikirkan mengenai apa yang akan terjadi sekiranya kita terapung di angkasa lepas,” katanya.

Dalam pada itu, seorang pakar dari India, Dharmendra Bhatia menjelaskan mengenai laporan tersebut dengan menyatakan bahawa fenomena tersebut akan menyebabkan suhu Bumi jatuh mendadak, sekali gus menyukarkan manusia untuk terselamat.

Ini kerana, Matahari merupakan pusat kepada graviti dalam sistem solar.

Bagaimanapun menurutnya, selepas beberapa pelanggaran, sistem solar mungkin akan menemui pusat baharu.

“Mungkin ia adalah Musytari, atau planet gergasi baharu yang terhasil selepas pelanggaran Musytari dengan objek-objek lain yang mengorbit Matahari.

“Sekiranya Bumi ‘cukup bertuah’ dalam mengelak daripada terlibat dengan pelanggaran dan tidak terapung di angkasa lepas, ia mungkin mula berputar di sekeliling pusat baharu,” katanya. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/11 ... -kebimbangan-ramai/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2021 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
tiba tiba je?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
wartawan tu minum ketum ke? tiba tiba matahari nak hilang
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 06:29 PM | Show all posts
setiap permasalahan ada penyelesaian nya. apa susah, nnt kita tukar la fahaman ke flat earth settle masalah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila sampai masa matahari akan mati. Dah belajar masa sains pmr dulu.

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 06:33 PM | Show all posts
ini aku rasa ialah penjelasan untuk soalan .. 'what if'
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2021 06:44 PM | Show all posts
so bila kome2 nak bertaubattttt?

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 06:44 PM | Show all posts
Daily Star apo yang ko harapkan?
Level Mustika...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2021 06:53 PM | Show all posts
Edited by Brutal at 29-11-2021 06:55 PM

Biasa la....
Influencer tu upload kat Tik Tok...pastu warga Tik Tok buat2 kecoh....wartawan daily star pun ambiklah buat berita. Senang kerja...Kosmo pun ambik berita dari Daily Star, masuk dalam kosmo. Lagi senang kerja.

Rasanya ni "laporan" New Scientist Magazine tu...
https://www.newscientist.com/las ... ddenly-disappeared/
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak silap akhir hayat matahari nanti akan jadil kerdil putih (white dwarf) sebab bintang saiz sederhana. Takdelah jadi lohong hitam (black hole).

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 11:31 PM | Show all posts
sebelum matahari hilang, ianya akan membesar dan 'telan' bumi dulu, baru la meletup

takkan timbul  masalah tetiba hilang pun..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 01:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Pasni Daily Star boleh buat cerpen pasal 'Apa Akan Berlaku Jika Bumi Ditelan Matahari' sambil dak-dak TikTok memeriah-suasanakan keadaan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Ituari tajuk 'Asteroid Hentam ORBIT Bumi'.

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 02:07 AM From the mobile phone | Show all posts
christmas is around us
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 05:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Lenyap terus pun takpo. I hate sun, panas macam nerake
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.510764 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list