CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 797|Reply: 3

[Tempatan] Tiga pelajar tahfiz mengaku buli dua junior

[Copy link]
Post time 29-11-2021 05:16 PM | Show all posts |Read mode
Tiga pelajar tahfiz mengaku buli dua junior


GAMBAR hiasan

Kajang: Tiga pelajar sebuah pusat tahfiz yang membuli dua pelajar junior dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap mangsa.

Ketiga-tiga tertuduh juvana berusia 16 dan 17 tahun itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Syahrul Sazly Md Sain.

Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap dua kanak-kanak berusia 10 dan 12 tahun.

Kesalahan itu dilakukan di bilik asrama sebuah madrasah tahfiz di Hulu Langat di sini, pada jam 7.30 malam, 31 Oktober lalu.

Bagi kesalahan berkenaan, mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 29 Disember depan untuk pendengaran laporan akhlak, sebelum hukuman dijatuhkan.

Dalam mahkamah sama, seorang lagi tertuduh iaitu Muhammad Muaz Zainul Abidin, 24, yang juga rakan kepada tiga tertuduh juvana itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan sama.

Mahkamah menetapkan tarikh sama bagi sebutan semula kes.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Husna Amran manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan tiga tertuduh juvana itu diikat jamin RM1,000 setiap seorang dan Muhammad Muaz diikat jamin RM1,500.

Pada 24 November lalu, Harian Metro melaporkan dua beradik menjadi mangsa buli sekumpulan pelajar senior di sebuah pusat tahfiz di Hulu Langat.

Kejadian itu terbongkar apabila bapa saudara dua pelajar itu melihat ada kesan kecederaan pada badan dan muka mereka lalu membuat laporan polis.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... aku-buli-dua-junior

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2021 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kadangkala, warden tau kejadian ni tapi biarkan je konon budaya asrama
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
tersenyum sinis sajat
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 09:40 PM | Show all posts
Cerita dari tahfiz ni kadang lebih sadis dari asrama SBP. Bebudak SBP tu nakal budak pandai. Bebudak tahfiz ni ada yang tak boleh cope dgn mainstream. Ada juga tu family dah tak tau macam mana nak bentuk.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.050962 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list