CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1191|Reply: 2

[Jenayah] Siasat wang haram: Pejabat rakan Anwar Ibrahim kena serbu, lapor portal

[Copy link]
Post time 29-11-2021 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Vinod yang merupakan seorang ahli perniagaan yang juga penyokong kuat kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar FB

Beberapa agensi penguatkuasaan termasuk Bank Negara Malaysia (BNM) menyerbu sebuah pejabat yang dikaitkan dengan ahli perniagaan berpangkalan di Kuala Lumpur, Vinod Sekhar, berhubung siasatan pengubahan wang haram, lapor MalaysiaNow.

Laporan itu menyatakan serbuan dilakukan serentak oleh sepasukan anggota Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), BNM, dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di pejabat Petra Group.

Serbuan itu dipercayai dilakukan sebagai sebahagian permulaan siasatan salah satu kes pengubahan wang terbesar sejak siasatan skandal 1MDB tiga tahun lalu, kata laporan berkenaan.

Memetik laporan itu, Petra Group adalah syarikat yang mengendalikan rangkaian beberapa syarikat dan organisasi, diketuai oleh Vinod yang merupakan seorang ahli perniagaan yang juga penyokong kuat kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sumber rapat dengan siasatan tersebut memberitahu MalaysiaNow serbuan itu dijalankan kira-kira dua minggu lalu di Bangsar, susulan siasatan selama beberapa bulan berhubung dakwaan pengubahan wang dan pengelakan cukai melibatkan ratusan juta ringgit.

“Sumber turut berkata pegawai penyiasat merampas “beberapa dokumen dan barangan” sebagai sebahagian daripada siasatan tersebut. Difahamkan juga, serbuan itu dilakukan ketika Vinod berada di luar negara,” kata laporan itu.

Portal itu turut memaklumkan mereka menghubungi pegawai tertinggi NFCC dan SPRM namun kedua-duanya enggan mengulas atau memberikan butiran lanjut, respons biasa badan-badan itu berhubung siasatan rasuah dan pengubahan wang.

Vinod, 53, adalah anak kepada mendiang BC Sekhar yang diiktiraf kerana jasanya memodenkan industri getah Malaysia.

Dia diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi pada 2005 namun dibersihkan daripada status muflis pada tahun lalu.

Sebelum ini portal berkenaan melaporkan Vinod melalui GR Technologies, sebuah syarikat dengan alamat di Bangsar memperoleh bahagian terbesar kontrak bernilai bilion dolar bagi membekalkan ventilator atau alat bantuan pernafasan kepada kerajaan Hungary.

Hungary yang membeli ventilator daripada pelbagai pembekal mencetuskan kekecohan tahun lalu ketika pandemik Covid-19 memuncak di Eropah selepas ahli politik pembangkang menyelar dan mengecam pemberian kontrak kerajaan itu, menyifatkannya sebagai tidak telus selain turut menyebabkan lebihan bekalan alatan tersebut.

Mereka juga berkata ventilator yang dibeli oleh Hungary adalah terlalu mahal, mempersoalkan mengapa pembelian itu dibuat melalui kementerian luar negara.

Vinod mengesahkan menerima kontrak itu namun menegaskan “semuanya mengikut landasan yang betul”, sambil menambah beliau menerima “peratusan biasa” dalam bentuk komisen.

Dokumen dari Hungary menunjukkan Budapest bersetuju untuk membayar kepada Vinod sejumlah AS$559,600,000 melalui beberapa akaun bank, yang pada masa kontrak diberikan pada Mei 2020 bernilai hampir RM2.43 bilion.

Badan pemantau anti-rasuah Transparency International (TI) turut menggesa Hungary untuk mengeluarkan butiran khusus berkaitan kontrak kepada Vinod, menyatakan terdapat persoalan sama ada GR Technologies memenuhi garis panduan ketelusan di negara itu.

Cawangan TI di Hungary juga turut mempersoalkan mengapa Budapest bersetuju untuk membayar beberapa fi yang dikenakan GR Technologies kepada pihak ketiga, selain turut mempertikaikan sama ada kerajaan Hungary memberikan kontrak tersebut melalui proses tender terbuka yang kompetitif atau tidak.

Sumber: Agenda Daily
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/siasat-wang-haram-pejabat-rakan-anwar-kena-serbu-lapor-portal/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2021 07:16 PM | Show all posts
ape kena mngena dgn nuar
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 09:47 PM | Show all posts
banyaknya plot twist berita ni.

baca boleh, lelain tunggu je lah perkembangan.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.140665 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list