CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 699|Reply: 0

[Politik] Lantik Jamil Khir: Adakah Menteri Agama dari Pas tidak berfungsi?

[Copy link]
Post time 29-11-2021 01:27 PM | Show all posts |Read mode
Lantik Jamil Khir: Adakah Menteri Agama dari Pas tidak berfungsi?
Oleh MALAYSIA DATELINE / November 28, 2021



Angkatan Muda Keadilan (AMK) mempersoalkan adakah Menteri Agama daripada Pas tidak berfungsi sehingga Dato’ Seri Jamil Khir Baharom dilantik sebagai Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ketuanya, Akmal Nasir tidak menolak pelantikan ini memberi isyarat bahawa Umno akan mengenepikan Pas dan hanya mempergunakan parti Islam itu bagi mencukupkan sokongan terhadap Ismail Sabri.

“Adakah perlantikan pemimpin Umno selaku Penasihat Agama sebagai bukti bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) YB Idris Ahmad dari PAS tidak berfungsi sebagai Menteri?” soalnya.

Ini sekali gus katanya, melantik Penasihat Agama yang baru sebagai bukti kegagalan Duta Khas Ke Timur Tengah dalam menjalankan tanggungjawab sepanjang menjawat jawatan berkenaan sejak 2 April 2020.

“Selain sebagai ‘habuan’ kepada pemimpin Umno, perlantikan ini juga manifestasi kepada usaha Umno memperkukuhkan kedudukan dan mengenepikan Pas bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-15 akan datang.

“Rakyat tidak akan pernah lupa ketirisan yang berlaku ketika Jamil Khir menjawat Menteri Agama antaranya salahguna dana Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) untuk membeli ‘golf simulator’, membazir wang rakyat menganjurkan kursus perkahwinan di Paris dan kegagalan beliau mengurus Tabung Haji.

“Amat mendukacitakan demi kelangsungan hidup UMNO, Ismail Sabri memberi ‘nyawa’ kepada bekas Menteri yang gagal sebagai Penasihat,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Johor Bharu melihat pelantikan ini tidak ada keperluan melainkan hanya satu lagi pembaziran dari kerajaan Barisan Nasional hari ini.


Tegasnkya, perdana menteri sepatutnya fokus kepada masalah kenaikan harga barang keperluan asas yang membebankan rakyat ketika rakyat cuba bangkit selepas krisis pandemik dan krisis ekonomi yang melanda negara sejak 20 bulan lalu.

“Sejak Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri isu kenaikan harga barang semakin meruncing dan ianya menjadi semakin teruk selepas Pilihanraya Negeri Melaka yang mana terdapat banyak laporan kenaikan harga bahan mentah dan keperluan asas.

“Perkara ini ternyata membebankan rakyat dan kegagalan dalam mengawal kenaikan harga barang selain alasan-alasan dangkal punca kenaikan membuktikan kerajaan Barisan Nasional tidak peduli akan ‘keluarga Malaysia’ yang terbeban.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob melantik Ketua Umno Kedah Jamil Khir Baharom, sebagai Penasihat Agama.

Jamil yang mengesahkan pelantikannya kepada FMT, bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung tarikh pelantikannya itu.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.056757 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list