CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Abahmung

[Politik] Ismail Sabri dikritik ada 3 penasihat dengan kos RM150,000 sebulan

[Copy link]
Post time 29-11-2021 04:12 PM | Show all posts
Selagi dorg boleh tarahh duitt selagi tu lahhh dorg tarahh ramaiii2, dorg dah ada kuasa in charge everything psl negara termasuk duit. Aku pikir kjaan campuran mungkin lebih baik utk msia sbb biar dorg  musuh2 berada dlm kjann so dorg akan check n balance sesama sendiri, masing2 tak selamat klu menyewengg sbb musuh sentiasa memerhatiii. Kurang skitt sakitt hatii kita rakyatt jelata ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-11-2021 04:26 PM | Show all posts
Rakyat tanggung beban lantikan banyak penasihat Ismail Sabri
Oleh SHAHBUDIN HUSIN / November 29, 2021



Semalam, ramai yang terkejut dengan laporan tentang pelantikan Pengerusi Umno Kedah, Jamil Khir Baharom sebagai penasihat agama kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Dengan perlantikan itu, bermakna Ismail Sabri kini mempunyai tiga penasihat khas – kesihatan, undang-undang serta hak asasi manusia dan agama.

Dilaporkan lagi, belanja setiap penasihat khas itu adalah sebanyak RM50,000 sebulan.

Bermakna, untuk tiga penasihat khas itu, kerajaan membelanjakan sebanyak RM150,000 sebulan, walhal peranan mereka adalah bertindih dengan menteri-menteri sedia ada dalam portfolio berkaitan.

Maka itu, ramai yang mempertikaikan untuk apa penasihat khas itu dilantik, sedangkan sudah ada menteri kesihatan, menteri menjaga undang-undang dan menteri hal-ehwal agama.

Dalam kes penasihat khas undang-undang yang dilantiknya, selain sudah ada menteri yang menjaga undang-undang dan Peguam Negara, Ismail Sabri sendiri seorang yang berlatarbelakangkan guaman sebelum itu.

Jadi, untuk apa lagi penasihat khas berkaitan undang-undang dilantiknya?

Begitu juga dengan penasihat khas agama, bersama menteri agama yang sudah sedia ada, malah Pas sebagai parti agama ada bersama-sama dalam kerajaan, adakah kehadiran Jamil Khir untuk menjadikan Perdana Menteri lebih alim dan warak serta menjadikan dasar kerajaan lebih Islamik selepas ini?



Selain pelantikan itu difahami adalah untuk Ismail Sabri memberi gaji, jawatan serta habuan kepada kawan-kawannya dalam Umno, beliau sendiri sebenarnya amat memerlukan penasihat-penasihat khas tersebut di sisinya.

Walaupun sudah ada barisan menteri Kabinet dan puluhan pegawai lagi di sekelilingnya atas kedudukannya sebagai Perdana Menteri, semua itu ternyata masih tidak mencukupi baginya.

Sebab utama beliau memerlukan ramai penasihat khas ialah kerana Ismail Sabri, jika diteliti rekodnya sebagai menteri atau pemimpin Umno sebelum ini, beliau adalah seorang yang diketahui memiliki kemampuan amat terhad dan bukanlah seorang yang dikenali dengan ada sesuatu kejayaan pernah diciptanya.

Hang Tuah bukan, Hang Jebat pun bukan – beliau lebih kurang seperti wujudnya Hang Lekiu, Hang Lekir dan Hang Kasturi saja.

Maknanya, beliau bukanlah orang penting dalam senarai kepimpinan Umno, jauh sekali pernah mencipta rekod kejayaan atau ada sesuatu perkara yang boleh dikaitkan dengannya.

Kalau dalam PRU-14 pada 2018 lalu, BN tidak hilang kuasa, malah dapat mengekalkan kuasanya, belum tentu Ismail Sabri berpeluang menang Naib Presiden Umno dalam pemilihan parti yang diadakan selepas kekalahan itu.

Sebagaimana beliau berjaya menjadi Naib Presiden Umno banyak disebabkan oleh faktor nasib, kemenjadiannya sebagai Perdana Menteri juga lebih kerana nasib.

Jika BN tidak kalah PRU-14 atau kalau Hishammuddin Hussein turut bertanding pada pemilihan Umno 2018 itu, Ismail Sabri barangkali bukan Perdana Menteri ketika ini.

Dengan kemampuan dan kewibawaannya sebagai pemimpin diketahui amat terhad itu, Mara Digital yang merupakan idea kecilnya itu pun gagal digerakkan untuk membuahkan kejayaan.

Lantaran memiliki kemampuan dan keupayaan yang terhad juga, sudah tentulah beliau memerlukan ramai penasihat khas di sekelilingnya untuk menampakkan dirinya kelihatan lebih berkemampuan.

Tidak mustahil selepas ini beberapa lagi penasihat khas akan dilantiknya, mungkin mengikut portfolio setiap kementerian atau keghairahannya kepada perkara-perkara tertentu yang berkaitan dengan peranannya sebagai Perdana Menteri.

Mungkin selepas ini ada penasihat khas politik, budaya, bukan Melayu, pertanian, komunikasi, berkaitan Asean dan macam-macam lagi akan dilantiknya.

Lagi banyak pelantikan bermakna lagi banyak wang rakyat diperlukannya untuk membayar gaji-gaji mereka itu.

Itulah hakikatnya, tidak perlu kita marah atau bising-bising kerana inilah beban nyata yang rakyat terpaksa tanggung entah sampai bila lantaran memiliki seorang Perdana Menteri yang terhad kemampuannya.

Tapi kuasa kita sebagai rakyat masih ada untuk menamatkan semua itu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 04:27 PM | Show all posts
org lain sibuk ekonomi nak melingkup... dialagi nak nasihat ke hulu kehilir.... aku x pnampak pon berita dia bercakap pasal ekonomi..

alahaii... cepat2 laa PRU 15 ni....rimas aku dengan gomen separuh masak semua ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau bodoh sangat tak payah jd pm la pak mael oiii, dah tua bangka pon nak ada org nasihat bab agama. ni aku bagi nasihat pree jah tak payah bayar "membazir amalan syaitonirrojim!"
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahalnyer bayar 150k monthly
Jangan haloba sangat duit rakyat tuh
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 06:46 PM | Show all posts
org jd PM, ko pun nak jd PM. penasihat sampai tiga org tu, menunjukkan memang ko tak reti mentadbir, dan dah biasa membazir duit tax payers kan?

dah la lembik lemah, bodoh, boros pulak tuh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2021 06:50 PM | Show all posts
Bakal dapek title Kerajaan Gagal 2.0 la ni...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Menteri agama kan ada.. kenapa nak ada prnasihat agama lagi.. ni semua agenda politik! Nyampah aku!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2021 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Incompetent PM
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 08:55 PM | Show all posts
mampu gelak je......good luck malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Terharu dengar camna deols gunakan kewangan negara cara mana. Selagi masih ada selagi itulah yea.

Agak2 dgn perlantikan2 itu kebajikan rakyat terbela dgn lbh baik lg tak
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 09:45 PM | Show all posts
asal si dia pilih pm je mcm hapeeeee je.2 kali pulak tu.ini pun ada ada mangkok manatah yg sibuk suruh perkenan dari raja2 tuk satu platform reset pelanc dipenuhi dgn puak elit  kapitalis,academics zero fuck given pasal struggle rakyat marhaen
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 29-11-2021 04:12 PM
Selagi dorg boleh tarahh duitt selagi tu lahhh dorg tarahh ramaiii2, dorg dah ada kuasa in charge ev ...

Tiber I nak atuk lim Guan eng jadi pm kejap..2 tahun tengok apa jadi.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 10:10 PM | Show all posts
Skuau replied at 29-11-2021 02:01 PM
baik naikkan kj jd pm...."semua rakyat...WAJIB...cocok...montot"....

KJ menteri kesihatan pun ada penasihat yang dilantik dari kalangan orang UMNO.


Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
What.
The.
Effing.
Shit.
Lah.
Woi.
Jilake.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 10:26 PM | Show all posts
banyak penasihat bermakna beliau tak pandai....................................tapi orang pilih jadi pn juga..malaysia kan boleh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2021 10:32 PM | Show all posts
tripleid replied at 29-11-2021 03:02 PM
Takziah lah rakyat Msia..duit tax yg dipotong drpd gaji korg bulan2 tu buat perabis tanggung gaji bu ...

excuse me Tabung HAji tak tunggang langgang semasa beliau jadi menteri Agama ye

yg tunggang langgangkan TH dan membuat seolah olah  TH tu ada masalah and jual asset strategik TH sapa ? tanya 22 buan korang lah. TRX melepas etc
tanya menteri agama PH lah ketika tu ....
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 10:34 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 29-11-2021 10:40 PM

sebenarnya PM tak perlu penasihat dalam hak asasi manusia CENTHRA , MAPIM ,PPIM kan ade depa ni profesional berfikrah Islam so dah cover bab undang2 and ha asasi islam. so boleh je gunakan platform mereka, badan2 ni juga dah ade pengalamn pi kat geneva  tu review session tu. Niat PM mungkin baik tapi execution beliau ni kalau mendatangkan firnah senahng je dimanipulasi pihak tertentu terutama golongan lip Lim Seng ni lah. jadi bagi mereka yg tak peka ba bab ni akan turut menyelar sebab execution tu mendatangkan fitnah.  so, i sarankan gunalah badan profesional islam yg dah ade dan depa pun ade pengalaman.

kena ingat juga ye soal islam and hak asasi malaysia ni memang tercabar sebab ? sebab ape banyak sebab lah oleh golongan tertentu.

so pada I PM boleh discuss dengan PPIM, CENTHRA etc depa juga ada pakar depa pun. Gunakan itu pun  tak ape.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 10:35 PM | Show all posts
negare kite diheret ke UN punya hak asasi reviewing bodies kat Geneva ke ape ke ekoran sapa ? haa itu mau tanya.

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
kitmal replied at 29-11-2021 10:26 PM
banyak penasihat bermakna beliau tak pandai....................................tapi orang pilih jadi ...

mende ni bermula/berpunca drp...'sistem politik negara kita'.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.430671 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list