CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5201|Reply: 63

[Politik] Ismail Sabri dikritik ada 3 penasihat dengan kos RM150,000 sebulan

[Copy link]
Post time 29-11-2021 01:21 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 29-11-2021 04:31 PM

'Keutamaan salah' - MP kritik Ismail ada 3 penasihat dengan kos RM150,000 sebulan
Diterbitkan:  Nov 28, 2021 4:17 PM



Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng menyifatkan Ismail Sabri Yaakob mempunyai keutamaan yang salah susulan pengumuman pelantikan Pengerusi Umno Kedah Jamil Khir Baharom sebagai penasihat kepada perdana menteri.

Terdahulu, Ismail dilaporkan mempunyai tiga penasihat - bagi kesihatan, agama serta hak asasi manusia dan undang-undang - dengan setiapnya menelan belanja lebih RM50,000 sebulan.

"Mengapa perdana menteri perlu lantik tiga penasihat ketika sudah ada menteri yang menasihatinya dalam soal agama, kesihatan serta hak asasi dan undang-undang?

"Adakah Ismail tidak yakin menteri kabinetnya dapat memberi maklum balas yang diperlukan, atau mereka dilihat tidak cekap?

"Jika mereka tidak dapat menunaikan tanggungjawab mereka, sekurang-kurangnya mereka ada pegawai yang boleh dipanggil untuk menasihati perdana menteri. Kecuali, tentunya, Ismail Sabri tidak lagi percaya sesiapa dalam kabinetnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Lim membangkitkan yang Ismail Sabri baru saja melantik Naib Presiden PAS Idris Ahmad sebagai menteri di jabatan perdana menteri (hal ehwal agama) kira-kira tiga bulan lalu.

Jika Ismail merasakan tidak yakin dengan Idris, katanya lagi, dia sepatutnya menggantikannya dengan Jamil.

"Perdana menteri dan Idris perlu memberi penjelasan kerana ia melibatkan banyak wang pembayar cukai setiap bulan hanya untuk mengekalkan dua jawatan utama, terutama di saat rakyat bergelut menyara kehidupan," katanya lagi.

'Negara berdepan inflasi'

Ahli parlimen DAP itu berkata lagi, negara kini berdepan antara krisis ekonomi terburuk akibat wabak Covid-19 dan juga inflasi.

"Sementara Covid-19 adalah isu kesihatan global, punca utama inflasi adalah isu domestik yang perlu ditangani segera oleh Ismail Sabri, berbanding melantik orang sewenang-wenangnya sebagai penasihat."

Dia juga berkata Ismail Sabri sepatutnya menggantikan tiga penasihat itu dengan pasukan penasihat ekonomi yang layak bagi membantu kerajaan mengembalikan negara ke landasan yang betul.

Walaupun Ismail dilaporkan memiliki tiga penasihat, pada masa ini hanya Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said yang diketahui menjadi penasihat dalam soal undang-undang dan hak asasi manusia.

Semalam, poster ucapan tahniah atas pelantikan Jamil Khir disiarkan di laman Facebook Umno Kedah dan dikongsi beberapa pemimpin parti negeri termasuk ketua bahagian Sungai Petani Shahanim Mohamad Yusoff dan bekas ahli parlimen Langkawi Nawawi Ahmad.

Identiti penasihat untuk kesihatan pula masih tidak diketahui.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2021 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
biasala.. bg gula sikit2 sorang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2021 01:23 PM | Show all posts
Mahiaddin bapa PKP, Ismail Sabri pula bapa pembaziran, kata AMANAH Kedah
Oleh MALAYSIA DATELINE / November 29, 2021



Kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat meneruskan dasar membazirkan duit negara melalui konsep ‘scheme of things’ dengan melantik beberapa orang penasihat khas yang bertaraf menteri sudah tentu memerlukan ratusan ribu ringgit setiap bulan untuk gaji dan elaun mereka.

Pengarah Biro Komunikasi AMANAH Kedah, Dato Dr Ismail Salleh berkata, negara masih lagi dalam Pelan Pemulihan (PPN) di mana rakyat boleh memulakan semula pekerjaan atau perniagaan masing-masing setelah tidak boleh berbuat demikian kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Malangnya, kata beliau di kala rakyat berdepan laluan sukar untuk mengisi periuk nasi mereka, tidak ada tindakan yang tegas diambil oleh pihak kerajaan dalam usaha menangani isu kenaikan harga barang hari ini.


“Rakyat bawahan B40 baru sahaja beroleh rentak menguruskan pekerjaan atau perniagaan masing-masing, mereka terpaksa bertarung semula dengan laluan sukar, terpaksa mengikat perut kerana kenaikan harga barang yang sangat ketara dan mendadak.

“Barangan basah keperluan harian, sayur-sayuran, telur, bawang, minyak masak, ayam naik harga sehingga melebihi 50 %, dan trend kenaikan berterusan untuk beberapa bulan yang akan datang.

“Barangan pembinaan dan barangan hardware juga meningkat berkali-kali ganda,” kata beliau.

Beliau berkata, melantik Datuk Seri Jamil Khir sebagai Penasihat Agama tidak ada bezanya dengan kerajaan Tan Sri Mahiaddin Md Yassin, Ismail Sabri terus melakukan rasuah jawatan dan pembaziran terhadap wang rakyat.

“Sebelum itu kerajaan telah pun melakukan dua pembaziran bermula dengan lantikan size kabinet yang terlalu besar, di ikuti dengan perlantikan jawatan bertaraf menteri yang sememangnya tidak di perlukan sama sekali.



“Hari ini kita di gemparkan lagi dengan pelantikan seorang lagi Penasihat Khas Agama kepada Perdana Menteri yang bertaraf menteri, tidak cukup dengan tiga penasihat yang sedia ada.

“Rakyat seterusnya menunggu berapa banyak lagi pembaziran wang rakyat yang akan di buat oleh Perdana Menteri ini.

“Kalau PM lantikan MP yang pertama, Tan Sri Mahiaddin di gelar sebagai Bapa PKP, maka eloknya PM kedua lantikan MP ini di gelar Bapa Pembaziran,” katanya
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pu3_rania at 29-11-2021 01:44 PM

Kalau tak ada kredibiliti sebagai PM so lebih baik step down lar Mail oiii
Daripada membazir lantik sampai 3 penasihat lebih baik kos lantikan ni di salurkan kepada bantuan untuk rakyat
Tuntutan rakyat ko campak dalam tong sampah di tambahkan lagi boleh di katakan saban hari ada aje statements ugutan rakyat akan papa kedana bila di hari tua dan hutang negara menggunung tinggi sedangkan ko buat pembaziran yang tak sepatutnya di lakukan!!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 01:46 PM | Show all posts
Edited by Windler at 30-11-2021 11:42 AM

Ahli parlimen DAP itu berkata lagi, negara kini berdepan antara krisis ekonomi terburuk akibat wabak Covid-19 dan juga inflasi. Prepaid Card Status
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 01:49 PM | Show all posts
ate bodoh sangat ke yg sampe nak 3 advisors tuhhh?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2021 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
pu3_rania replied at 29-11-2021 01:41 PM
Kalau tak ada kredibiliti sebagai PM so lebih baik step down lar Mail oiii
Daripada membazir lantik  ...

Betul tu.....nk jd ceo pun kena tau serba serbi klau x senang2 kena kencing org bawahan....mcm najibun la....dia asyik dok salahkan org kanan, kiri, bawah bila kena saman.....semedang ckp x tau apa menda yg berlaku sampai duit masuk akaun pun  dia salahkan jo low....tp time perabih x ingat plk donia
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 01:50 PM | Show all posts
Ismail sabri oun sama konsep mcm abahcow, terpaksa agihh jawatann demi sokongann
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2021 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Orenn1 replied at 29-11-2021 01:50 PM
Ismail sabri oun sama konsep mcm abahcow, terpaksa agihh jawatann demi sokongann

Bak kata peribahasa 'Bapa Borek Anak Rintik
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
baik naikkan kj jd pm...."semua rakyat...WAJIB...cocok...montot"....
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 02:26 PM | Show all posts
ckp cinis tu mmg btol...cilakak p amik si jamil golf simulator tu buat pe...mesti ade tgn2 ghaib tunjuk tu tunjuk nie kt pak mail...hmmm dh mcm proxy sape lak ehhhh...buleh teka dak???
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 02:31 PM | Show all posts
Elok GE je ler pulangkan pilihan kepada rakyat dari asyik berbunyi sana sini tak ada kesudahan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2021 02:32 PM | Show all posts
Lantik Jamil Khir: Adakah Menteri Agama dari Pas tidak berfungsi?
Oleh MALAYSIA DATELINE / November 28, 2021



Angkatan Muda Keadilan (AMK) mempersoalkan adakah Menteri Agama daripada Pas tidak berfungsi sehingga Dato’ Seri Jamil Khir Baharom dilantik sebagai Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ketuanya, Akmal Nasir tidak menolak pelantikan ini memberi isyarat bahawa Umno akan mengenepikan Pas dan hanya mempergunakan parti Islam itu bagi mencukupkan sokongan terhadap Ismail Sabri.

“Adakah perlantikan pemimpin Umno selaku Penasihat Agama sebagai bukti bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) YB Idris Ahmad dari PAS tidak berfungsi sebagai Menteri?” soalnya.

Ini sekali gus katanya, melantik Penasihat Agama yang baru sebagai bukti kegagalan Duta Khas Ke Timur Tengah dalam menjalankan tanggungjawab sepanjang menjawat jawatan berkenaan sejak 2 April 2020.

“Selain sebagai ‘habuan’ kepada pemimpin Umno, perlantikan ini juga manifestasi kepada usaha Umno memperkukuhkan kedudukan dan mengenepikan Pas bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-15 akan datang.

“Rakyat tidak akan pernah lupa ketirisan yang berlaku ketika Jamil Khir menjawat Menteri Agama antaranya salahguna dana Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) untuk membeli ‘golf simulator’, membazir wang rakyat menganjurkan kursus perkahwinan di Paris dan kegagalan beliau mengurus Tabung Haji.

“Amat mendukacitakan demi kelangsungan hidup UMNO, Ismail Sabri memberi ‘nyawa’ kepada bekas Menteri yang gagal sebagai Penasihat,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Johor Bharu melihat pelantikan ini tidak ada keperluan melainkan hanya satu lagi pembaziran dari kerajaan Barisan Nasional hari ini.


Tegasnkya, perdana menteri sepatutnya fokus kepada masalah kenaikan harga barang keperluan asas yang membebankan rakyat ketika rakyat cuba bangkit selepas krisis pandemik dan krisis ekonomi yang melanda negara sejak 20 bulan lalu.

“Sejak Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri isu kenaikan harga barang semakin meruncing dan ianya menjadi semakin teruk selepas Pilihanraya Negeri Melaka yang mana terdapat banyak laporan kenaikan harga bahan mentah dan keperluan asas.

“Perkara ini ternyata membebankan rakyat dan kegagalan dalam mengawal kenaikan harga barang selain alasan-alasan dangkal punca kenaikan membuktikan kerajaan Barisan Nasional tidak peduli akan ‘keluarga Malaysia’ yang terbeban.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob melantik Ketua Umno Kedah Jamil Khir Baharom, sebagai Penasihat Agama.

Jamil yang mengesahkan pelantikannya kepada FMT, bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung tarikh pelantikannya itu.



Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 29-11-2021 02:31 PM
Elok GE je ler pulangkan pilihan kepada rakyat dari asyik berbunyi sana sini tak ada kesudahan

Setuju sangat
Ini lah jalan yang terbaik
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 02:37 PM | Show all posts
perdana menteri malaysia mana pernah bagus...kecuali Tun
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapak Dafi ni bodoh ke?
Sepatutnya jadi PM ni tak perlu pun nasihat sapa2. Apa guna menteri2 bawah dia. Saja la nak perhabis duit rakyat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2021 03:02 PM | Show all posts
Takziah lah rakyat Msia..duit tax yg dipotong drpd gaji korg bulan2 tu buat perabis tanggung gaji buta menteri2,penasihat yg x guna sesen ni




Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Sukati dia lah nak lantik siapa pun jawatan apa pun. Dia PM...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 03:57 PM | Show all posts
Edited by mejaputih at 29-11-2021 08:16 PM

adakah ini bermakna:
1- PM sendiri tak competent? or
2- Menteri2 kanan sedia ada tak competent?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 04:09 PM | Show all posts
Kan saya dah bagi tau dahulu, pm Malaysia sekarang sebenarnya hanya layak jadi wakil rakyat sahaja.

Memang menghabiskan duit pembayar chukai sahaja. Tak guna.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.708400 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list