CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1378|Reply: 9

[Politik] 'Kerana darurat era Muhyiddin, prestasi ekonomi negara buruk berbanding negara jiran'-Najib

[Copy link]
Post time 29-11-2021 12:45 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 29-11-2021 12:51 PM

'Kerana darurat era Muhyiddin, prestasi ekonomi negara buruk berbanding negara jiran'
Diterbitkan:  Nov 29, 2021 10:23 AM



Bekas perdana menteri Najib Razak memberi amaran bahawa Malaysia merupakan satu-satunya negara yang secara rasmi jatuh ke status kemelesetan ekonomi teknikal bagi suku ketiga tahun 2021, berbanding negara jiran yang lain.

Merujuk kepada graf yang menunjukkan Malaysia mencatatkan kadar penurunan ekonomi sebanyak 4.5 peratus, Najib yang juga bekas menteri kewangan itu mengaitkan situasi tersebut dengan kesan pelaksanaan darurat dan menggantung Parlimen ketika pentadbiran Muhyiddin Yassin.

“Semua negara-negara jiran sudah selesai lapor kadar pertumbuhan ekonomi bagi suku 3 tahun 2021.

“Malaysia satu-satunya negara sahaja yang jatuh secara rasmi ke status kemelesetan ekonomi teknikal pada ketika ini. Tengok graf,” katanya yang merujuk kepada laporan di Business Times.

“Kemelesetan teknikal bermaksud ekonomi mencatatkan penguncupan dua suku tahunan berturut-turut,” katanya pada satu hantaran di Facebook.




Malaysia mencatatkan pertumbuhan 3.5 peratus, Singapura 6.5 peratus, Filipina 7.1 peratus, Thailand menurun sebanyak 0.3 peratus, manakala Malaysia pula mengalami penurunan 4.5 peratus.

“Ini berikutan negara kita satu-satunya dalam dunia yang umumkan darurat untuk gantung parlimen dengan alasan nak melawan Covid tetapi sebenarnya sebab mereka mahu kekalkan kuasa,” katanya.

Belanja RM600 juta, lockdown separuh masak

“Biarpun darurat dibuat, RM600 bilion duit negara dibelanjakan oleh kerajaan dan lockdown separuh masak antara paling lama dalam dunia yang banyak menjahanamkan ekonomi rakyat dan perniagaan kecil, negara kita masih mampu mencatat kadar kes Covid dan kadar kematian Covid antara paling tinggi dalam rantau dan dunia.

“Harga barang-barang juga menaik tinggi akibat lockdown separuh masak tersebut - sehingga Guan Eng pun faham,” katanya.

Semalam, Lim Guan Eng bertanya apakah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi sanggup meletakkan jawatan sekiranya dia tidak mampu menangani harga keperluan asas seperti sayur daripada terus meningkat.

Kata pemimpin DAP itu, kerajaan persekutuan nampaknya seolah-olah tidak kisah atau tidak efektif dan tidak berbuat apa-apa bagi memeriksa kenaikan harga itu, yang katanya telah menyebabkan membebankan rakyat dan mengurangkan kuasa membeli mereka.

Bukan sahaja golongan B40, Lim berkata, kini golongan M40 juga buntu dengan kenaikan harga itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2024 10:59 AM | Show all posts
Sejak  masuk penjara ni makin bodo plak si najib ni.. dah nama pun era covid, nak pacu ekonomi cara mana? satu dunia tak dpat pacu ekonomi kot.. darurat tu mmg terpaksa buat..dia lupe ke masa covid export latex negara meningkat?sema ni berdasarkan demand..org dok cari sarong tangan latex
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2024 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Pffftttt!!! Macam la dia peduli sangat ekonomi negara. Kalau peduli tak adala 1MDB.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2024 12:36 PM | Show all posts
Kesan dari 1MDB tak nak cerita ke...??
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2024 01:32 PM | Show all posts
mcm mana ekonomi tak teruk..Abahcow and the geng masa jadi kjaan bukannya nak jaga rakyat sgt pun tapi gigih dok meyakau duit janawibawa


Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2024 11:08 PM | Show all posts
hahahaha..tahu takper
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2024 11:58 PM | Show all posts
bookmark
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Knp la dia ni di up2 Kan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2024 11:40 AM | Show all posts
6 thn lagi.....huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2024 09:45 AM | Show all posts
No lies....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.074074 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list