CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1859|Reply: 12

Pasya tunduk, nak beli jiwa peminat

  [Copy link]
Post time 29-11-2021 12:28 PM | Show all posts |Read mode

PASYA

Pasya tunduk, nak beli jiwa peminat


KETIKA memperkenalkan dirinya selaku wajah baharu dalam arena industri seni negara menerusi penyertaan sebagai peserta program Mentor musim ketujuh (Mentor 7) pada 2018, kemunculannya menjadi tumpuan.

Memiliki suara serak basah dengan imej ‘rock n roll’ bersama juraian rambut panjangnya, sosok tubuh seorang anak muda bernama Pasya pantas menangkap perhatian peminat ketika itu.

Selepas tiga tahun melalui kehidupan sebagai penyanyi baharu, Pasya diberikan kepercayaan menyanyikan lagu untuk runut bunyi drama Diari Seorang Suami yang sedang ditayangkan ketika ini untuk slot Lestary TV3.

Menerusi naskhah yang dibintangi Afieq Shazwan dan Yuna Rahim tersebut, Pasya, 27, diberi mandat menyanyikan lagu berjudul Kemelut yang dihasilkan oleh Zimi Sofazr dan Jerry.

Berpeluang menemu bual anak muda itu menerusi maya baru-baru ini, dia bercakap tentang transisi genre yang dilakukannya menerusi Kemelut berbanding dengan apa yang pernah dipersembahkan kepada umum sebelum ini.


KERAP dipanggil membuat persembahan di kediaman Datuk Seri Siti Nurhaliza, Pasya juga sama seperti orang lain yang memasang impian untuk beradu vokal dengan penyanyi tersohor itu suatu hari nanti.

“Kali ini dalam Kemelut, saya tampil dengan genre yang berbeza sedikit berbanding dua buah single terdahulu, Rapsodi Jalanan dan Arca.

“Untuk single Rapsodi Jalanan, ada dimasukkan elemen band iaitu busker. Single kedua pula lebih bercorak kontemporari dan ‘electronic’.

“Sekarang, saya back to basic iaitu memenuhi cita rasa rakyat Malaysia yang gemarkan lagu berunsur sedih dan sentimental. Kesimpulannya, kelainan yang saya bawa kali ini adalah dengan mengikut selera orang ramai,” jelasnya.

Menerima sambutan yang baik daripada pendengar, pemilik nama lengkap Faizul Asyraf Fauzi itu mengakui, dia perlu ‘tunduk’ dengan permintaan serta kehendak pasaran kerana itulah tugasnya sebagai seorang penyanyi.

“Tak susah nak tukar genre daripada dua buah lagu terdahulu, sebab tugas seorang penyanyi memang begini. Kena nyanyi macam-macam jenis lagu.

“Menerusi Kemelut, saya anggap ini fasa bereksperimentasi dengan lagu. Mungkin sekarang saya ikut selera orang, kemudian nanti saya turuti tekak sendiri. Kalau tak jadi, kita pusing semula,” ujarnya.


FAKTA tentang Kemelut, Pasya sebenarnya mendapat lagu tersebut dua hari sebelum proses rakaman dan melalui cabaran kerana tidak mempunyai cukup masa untuk latihan.

Kembali mendaki

Tiada kata-kata mampu digambarkan penyanyi kelahiran Selangor itu kerana pada saat dia baru memulakan pendakian, langkahnya terhenti dek pandemik yang mencengkam dunia.

“Selepas Mentor, saya hanya sempat ‘menjual’ bakat selama setahun sebelum pandemik muncul. Ibaratnya pada waktu itu, saya baru nak mendaki, tetapi tersadai di pertengahan jalan. Tak sempat menuju ke puncak.

“Cuma saya sangat bersyukur, sepanjang ‘berehat’ kerana pandemik, peminat tidak henti-henti memberi galakan untuk kembali ke landasan.

“Saya tak menang Mentor, jadi ramai peminat kecewa. Sebab itu mereka minta saya masuk pertandingan lain,” katanya.

Demi memastikan kariernya tidak tergelincir selepas pandemik, Pasya menyertai program Lagu Cinta Tiga musim ketiga (LCK3) bergandingan dengan Puteri Khareeza, vokalis kumpulan Venus.

Penyertaan tersebut sekali gus membuktikan penyanyi itu langsung tidak pernah ada rasa putus asa dalam kariernya.

“Untuk saya, karier sepenuh masa adalah muzik. Sebelum ini saya bergelut selama 14 tahun lamanya untuk sampai ke tahap ini, jadi saya anggap kedatangan pandemik sebagai waktu rehat.

“Dahulu, macam-macam saya dah lalui. Maka saya anggap dua tahun sepanjang pandemik sebagai satu percutian panjang,” katanya optimis.


MENGAKUI sukar menaikkan nama selepas Mentor 7, kemudian teruji dengan pandemik, Pasya mengharapkan kemunculan semulanya menerusi LCK3 bersama Puteri Khareeza dan lagu Kemelut dapat mengembalikan kedudukannya dalam industri.

Merantau, ‘busking’

Bagaimanapun, tempoh yang dianggapnya sebagai masa bercuti tersebut dimanfaatkan sebaik mungkin dengan keluar dari zon selesa apabila melakukan ekspedisi ke beberapa lokasi di seluruh negara.

Pasya keluar mengembara dengan menjalani kehidupan sebagai penyanyi ‘busking’ selama tiga bulan lamanya di beberapa buah pulau peranginan popular negara bermula di Pulau Perhentian dan Pulau Kapas di Terengganu serta Pulau Tioman (Pahang) termasuk di Kuantan, Melaka dan Perlis.

“Saya keluar mengembara sebelum Kuala Lumpur dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0). Saya dan kawan-kawan pergi ke negeri yang tak dikenakan PKP dan tak pernah sampai sebelum ini supaya boleh cari makan.

“Alhamdulillah, petualangan kami mendapat sambutan baik orang-orang kampung. Mereka sangat baik hati, siap bagi tempat tinggal untuk kami. Saya sifatkan momen tersebut sebagai pengembaraan ‘rock n roll’ yang sempurna,” ujarnya yang sememangnya bermula sebagai penyanyi jalanan.

Bukan sekadar tujuan mencari rezeki ketika dunia dilanda pandemik, namun kembara Pasya tempoh hari diibaratkannya sebagai pengalaman mewah dari segi jiwa.

“Mungkin tak mewah dari segi kelengkapan tetapi sangat mewah untuk pengalaman dan jiwa saya.

“Kalaulah dalam tempoh dua tahun tak buat apa-apa, semangat boleh jatuh. Tapi perantauan kami buatkan saya semakin bersemangat dan nak lawan bersungguh-sungguh dalam perjalanan ini,” tuturnya sebelum menutup bicara.


KATA Pasya, dia tidak akan menolak untuk menyanyikan lagu berunsur sama seperti Kemelut andainya mendapat permintaan daripada peminat.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/11 ... -beli-jiwa-peminat/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2021 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Oo haritu nmpk kat muzik2 dia ni... confuse jap sb tgk mcm perempuan tp apsal xmekap hehe.. rupa2 jantan.. rambut dia tu gaya mcm pompuan je
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kepamnya dik
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm PATI         
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 02:12 PM | Show all posts

tu la baru nk ckp cam buruh kontrak pon ado tapi sore dia sedap weh
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 02:20 PM | Show all posts
lerrr igt Pasha kump Unggu tu.. aiseh kaka tak bape kenal kau lah dik..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2021 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Rambut kepuk2 lawa pulak tengoknya... Rambut je tauuu
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 04:16 PM | Show all posts

aku perhati baik pic pasya nih...
lama2 aku tenung... tergelak aku....

dugaan jadi public figure camni la kannn...
orang bebas berkomen apa saja...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2021 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Sblm masuk Mentor ada 2 - 3 kali tgk dia busking. Thin line between serak n sengau....tapi best lah! Orangnya pun tak nyombong. Kaka sokong u dekkk
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Nauzubillah min zalik, macam hamba dari kerajaan yindu majapahit yang di hantar ke melaka untuk jadi gundik. Yihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 04:21 PM | Show all posts
ye2 aku msuk ingat pasha ungu hhahahahhaa
btw suara dia sedap tapi tulaa sendu huhuhuh
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 05:05 PM | Show all posts
macam muka wife izue islam je. ade kena mengena ke
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2021 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Artis baru?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.099452 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list