CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 996|Reply: 3

Billie Eilish rayu henti sembelih ayam belanda

[Copy link]
Post time 29-11-2021 12:26 PM | Show all posts |Read mode

BILLIE EILISH

Billie Eilish rayu henti sembelih ayam belanda

PENYANYI Billie Eilish yang juga merupakan seorang vegan (hanya memakan sayur-sayuran) menggesa orang ramai supaya berhenti menikmati hidangan ayam belanda ketika menyambut Hari Kesyukuran (Thanksgiving) yang disambut pada 25 November setiap tahun.

Ujar penyanyi berusia 20 tahun itu, setiap tahun, berpuluh juta ekor ayam belanda akan disembelih untuk menyambut perayaan tersebut di seluruh dunia.

“Ayam belanda merupakan antara haiwan paling ‘lembut’ di dunia. Bagaimanapun, sekitar 46 juta ekor ayam belanda akan dibunuh (disembelih) untuk sambutan Hari Kesyukuran. Perkara ini sangat menyedihkan,” kata Eilish.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, dia turut berkongsi foto sedang memeluk seekor ayam belanda.

Dia memberitahu dirinya tidak lagi memakan sebarang daging sejak berusia 12 tahun.

“Sejak saya menjadi seorang pemakan sayur-sayuran, saya lebih menghargai setiap makhluk yang bernyawa dan menentang industri daging dan produk tenusu,” kata pelantun lagu Happier Than Ever itu.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/11 ... belih-ayam-belanda/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2021 02:48 PM | Show all posts
dia ingat semua makanan vegan tuu dr tumbuhan ka...ishhh
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 03:50 PM | Show all posts
Bukan senang nak tukar kebiasaan orang lain nak2 bila bab makanan
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Minah fefeeling emo dan bebudak vegan nieyh sibok kempen makan sayur dan buah sebab kesian dekat haiwan. Deols tatau ker deols sebenarnya pesaing haiwan untuk dapatkan makanan? Kalah sumer makan sayur, kuranglah makanan untuk haiwan. Btw tumbuhan pun rasa sakit yer.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.142495 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list