CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 836|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bayar RM4,000 hingga RM5,000 untuk masuk Malaysia

[Copy link]
Post time 29-11-2021 11:55 AM | Show all posts |Read mode
Edited by kerisnaga at 29-11-2021 11:57 AM

Bayar RM4,000 hingga RM5,000 untuk masuk Malaysia

Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.m



GAMBAR hiasan



Butterworth: Polis menumpaskan sindiket pemerdagangan manusia membabitkan penyeludupan warga Myanmar dengan menahan 30 individu termasuk empat dalang kegiatan berkenaan dalam beberapa serbuan Op Pintas di daerah Seberang Perai Utara, di sini, kelmarin.



Serbuan itu dijalankan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bersama Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) serta Bahagian Siasatan Khas (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra'ais berkata, serbuan diadakan melalui hasil risikan dijalankan polis.



"Polis berjaya menahan dua lelaki tempatan, seorang wanita tempatan dan seorang wanita warga Myanmar berusia 43 hingga 66 tahun dipercayai dalang aktiviti itu.



"Keempat-empat mereka dipercayai bertanggungjawab membawa masuk semua pendatang tanpa izin (Pati) dengan menggunakan jalan darat menerusi sempadan Bukit Kayu Hitam, Kedah," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook PDRM Pulau Pinang, di sini, hari ini.



Beliau berkata, polis juga menahan 21 lelaki dan lima wanita warga Myanmar berusia antara 20 hingga 35 tahun dalam operasi itu.



"Siasatan awal mendapati setiap Pati membayar antara RM4,000 hingga RM5,000 kepada dalang untuk dibawa masuk ke Malaysia.



"Dalam serbuan itu, polis turut merampas empat kereta, telefon bimbit dan sejumlah wang tunai.



"Kesemua individu yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara untuk tindakan lanjut," katanya.



Rahimi berkata, semua dalang yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Kesalahan Penyeludupan Migran).



"Pati yang ditahan pula disiasat mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (kesalahan tidak memiliki permit yang sah)," katanya.

Disiarkan pada: November 29, 2021 @ 11:52am


sumber


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.058731 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list