CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 998|Reply: 0

[Perak] Dua maut, dua parah kenderaan bertembung

[Copy link]
Post time 29-11-2021 11:13 AM | Show all posts |Read mode
Dua maut, dua parah kenderaan bertembung
SAIFULLAH AHMAD | | 29 November 2021


Keadaan kedua-dua kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di KM34 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar pada malam Ahad. - Foto Polis Perak


SUNGAI SIPUT - Dua lelaki maut selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 34 Jalan Ipoh-Kuala Kangsar, di sini pada malam Ahad.


Mereka yang maut merupakan pemandu kereta berusia 20 tahun dan penumpang kereta berusia 22 tahun.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak, Superintendan Azizan Hassan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10.20 malam ketika kereta jenis Proton Saga yang dinaiki mangsa sedang menghala ke Kuala Kangsar dari Ipoh.


Menurutnya, setibanya di lokasi kejadian, kereta mangsa terbabas dan memasuki arah bertentangan sebelum bertembung dengan MPV jenis Proton Exora yang dipandu seorang anggota polis berusia 41 tahun bersama empat ahli keluarga.


"Akibat perlanggaran itu, pemandu dan penumpang kereta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu MPV tidak mengalami kecederaan.


"Dua orang penumpang MPV mengalami kecederaan parah dan dua orang lagi mengalami cedera ringan.


'Kesemua mangsa kemalangan dibawa ke Hospital Sungai Siput untuk menerima rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.


Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... enderaan-bertembung
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.048621 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list