CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 969|Reply: 15

[Tempatan] Terperangkap dalam ruang mesin ATM

[Copy link]
Post time 29-11-2021 10:24 AM | Show all posts |Read mode
Terperangkap dalam ruang mesin ATM


Dua individu diselamatkan pasukan bomba selepas terperangkap dalam ruang mesin ATM di sebuah bank di Keningau. - Foto ihsan Bomba

KENINGAU: Dua lelaki berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam ruang mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, kedua-dua mangsa berusia 30-an dipercayai masuk ke bank berkenaan untuk mengeluarkan wang.

Bagaimanapun, pintu bank berkenaan tiba-tiba terkunci secara automatik sehingga memaksa kedua-dua mangsa menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.15 pagi.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan empat anggota dan pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian untuk membantu mengeluarkan mangsa terbabit.

"Siasatan awal mendapati, semua mangsa terperangkap di ruangan mesin ATM selepas pintu automatik (roller) tertutup sendiri secara tiba-tiba.

"Pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian segera membuat 'size up' menggunakan peralatan 'crowbar'," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mangsa dikeluarkan tanpa mengalami sebarang kecederaan dan operasi tamat pada jam 2.38 pagi.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... lam-ruang-mesin-atm

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 10:49 AM | Show all posts
Bukan ke mesin ATM tutup pukul 12 tengah malam? Mcm mana boleh masuk pukul 2 pagi?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 11:23 AM | Show all posts
orang mana ni yang tak reti-reti lagi atm sampai pukul 12 jah?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols igtkan dia terperangkap dlm mesin atm tu rupanya dlm bank.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 29-11-2021 11:23 AM
orang mana ni yang tak reti-reti lagi atm sampai pukul 12 jah?

mungkin saja...." eh!....bkn sepatutnya tutup 12tgh mlm buta...napa buka lg??...boleh/24 jam...KOT"....DAN...mereka pon...mencuba...agaknya...lah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 11:57 AM | Show all posts
Saru hal pulak abam bomba nak kena bantu lepaskan pukul 2 pagi
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 12:03 PM | Show all posts
mati2 ku ingat terperangkat dlm atm machine tu..aduii tajuk pun mengundang
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah byk kejadian dah
Masih la jg nak masuk pakai atm tgh2 mlm buta
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 12:50 PM | Show all posts
desperate sgt kot perlukn more cash
dlm wallet maybe x cukup
transfer online maybe not an option


tp kan, xde guard eh
no tel org bank ke kt pintu bank tu
x memasal nk kena reapair atau beli lock baru

kesah plk aku kan...

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 29-11-2021 11:49 AM
mungkin saja...." eh!....bkn sepatutnya tutup 12tgh mlm buta...napa buka lg??...boleh/24 jam...KOT ...

Ini paling mungkin..malam2 nak keluar duit nak beli apa..keningau tu bukan bandar besar mcm kl yg 24 hour ada jer kedai buka
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 02:29 PM | Show all posts
sukacactus replied at 29-11-2021 12:34 PM
Dah byk kejadian dah
Masih la jg nak masuk pakai atm tgh2 mlm buta

lepas dua tiga kes nanti adalah warga pandai nak suruh gomen buat undang2 wajib itu, haram ini.

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 10:33 PM | Show all posts
pukul 2 pagi guna mesin atm macam2 lah
aku 2 pagi tengah sedap tidur
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Pukul 2 pagi akak tengah lena diulit intan
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Bank patut ada system macam ni, yg bila sensor kat atm detect ada cubaan mengopek atm untuk rompak duit dalam tu, roller akan tertutup secara automatik
Cadangan aku jelah ni. Takde kena mengena dengan 2 orang yg terperangkap tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 12:47 AM | Show all posts
Kenapa tak menyempat2 nak keluarkan duit jam 2.00 pagi. Emergency bebenor ke? Time orang semua tidur, dua orang tu pulak busy nak keluarkan duit di atm. Ni datang berteman atau kebetulan sama2 nak keluarkan duit atau .........?Kalau ada yg sempat pantau keadaan sekeliling, mungkin 2 orang tu je yg masih segar bugar menikmati udara mlm sedangkan orang lain sedang enak tidur diulit mimpi. Pulak musim covid ni pun tak gherti duduk rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya dulu ada thread kat europe pernah ada kes org yg terperangkap dalam mesin atm. Sbb kat sana mesin atm kat tepi bangunan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

23-5-2022 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.089805 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list